Pajak Gadai Emas Dalam Islam

Pajak Gadai Emas Dalam Islam


Bagi yang ada emas tak kisah la gelang, rantai, cincin, goldbar ke, asalkan emas tulen, boleh gadai.


Inilah kelebihan yang ada emas. Nilainya tak beku. Emas kita wujud dan kita kontrol 100%. Kalau simpan duit untuk investment lain, kita serahkan sejumlah duit dan kita terima dividen bulanan/tahunan, kalau keluar awal duit tersebut kita mungkin rugi atau kena kompaun (Janji kita faham apa disertai ok je).


Cuma berbeza dengan emas ni, kalau nak pakai duit sekejap, emas boleh dipajak dengan KADAR SEGERA. Bila dah selesai urusan, kita boleh tebus emas tersebut bila-bila masa dan emas tu jadi hak milik kita semula.


Tapi bagi orang islam tolong alert untuk pilih pajak gadai ar-rahnu yang patuh syariah sebabnya kiraannya jelas dan tiada unsur riba.


Dibawah ni saya share contoh perbezaan bank rakyat ar-rahnu dan kedai emas convensional. Jumlah pinjaman sama tapi jumlah bayaran balik berbeza.


Mungkin ada yang kata kalau pajak di kedai biasa senang, terus dapat cash. Kalau di ar-rahnu banyak term tak tahu. Jadi saya share di sini supaya kita sama2 ada ilmu hal pajak patuh syariah ni. 


4 term sahaja kena faham.


1)Marhun - Nilai emas semasa.


Kalau orang bank bagitau, jumlah pinjaman adalah 65% dari nilai marhun. Jangan panik. Maksudnya marhun ni harga emas pada masa tersebut.


Contoh harga sgram ialah rm240. Dan kita nak pajak 10gram. Jadi nilai marhun ialah rm2,400. Senang kan.


2)Caj simpanan/upah simpan.


Kadar upah berbeza bagi setiap ar-rahnu. Di bank rakyat hari ni rm0.65 bagi setiap nilai marhun/rm100.


Jadi, formulanya: 
(Marhun/100) x rm0.65
(Rm2,400/100) x rm0.65
=rm15.60 kos upah sebulan.


3)Jumlah pinjaman.
Bank akan beri pinjam dalam 65-75% dari jumlah marhun. Bergantung pada offer bank.


Jika offer pinjaman ialah 65%,
Rm2,400 x 65% = rm1,560 jumlah maksima kita layak untuk pinjam.
(Nak pinjam bawah dari jumlah tu pun ok, ikut pada keperluan contohnya rm1,000 je pinjam).


4)Tempoh pinjaman.
Kebanyakan ar-rahnu beri tempoh 6 bulan. Pemajak boleh tebus bila-bila masa hanya bayar jumlah pinjaman dan jumlah kos upah simpan ikut berapa bulan dah pajak.


Jika cukup tempoh 6 bulan, pemajak perlu tebus sepenuhnya jumlah yang dipinjam dan kos upah, atau boleh renew surat pajak tersebut.


Cara renew pula, harga emas tersebut akan dinilai semula dan samada perlu tambah duit pinjaman atau dapat lebihan duit pinjaman. Ini kena menuntut ilmu dengan betul, takut terjerat.


Nasihat saya, simpan la emas walaupun sbulan sgram, jika konsisten setahun dah ada 12g. Emas ini lah akan membantu kita bila memerlukan. Contohnya boleh dipajak ikut harga semasa atau jual terus pun untung. Di Malaysia dah sediakan platform khusus untuk emas sebab nilainya sentiasa berharga dan diiktiraf.


Jika tidak mampu tebus atau renew, cari kami dealer emas yang boleh beli surat pajak tersebut daripada burn macam tu aje. Sebabnya baki 35% dari nilai emas tersebut masih hak anda dan boleh dapat cash lagi. 



Boleh share jika bermanfaat. Ilmu emas ni banyak. Kita perlu tahu untuk fungsikan dengan cara betul.


EMME MARINA 
Dealer Emas Orodesign.
0189100852 

#pajakgadai #emasfizikal #ilmuemas #dealerwanted

Catat Ulasan

0 Ulasan