Cara Kenal Gred-gred Emas di Pasaran

Assalamualaikum

Ada banyak gred emas sebenarnya yang kita tidak ketahui namun penting untuk kita tahu. Lebih-lebih lagi dapat mengelak dari ditipu oleh penjual emas.


Gambar sekadar hiasan 


Tanpa buang masa, jom kenali gred-gred emas yang ada di pasaran


ILMU GRED EMAS


Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen
 
Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Syiling & Barang Kemas)

Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Bar, Dinar & Barang Kemas)

Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)

Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas 

Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian

Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas.

Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)

Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas

Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas

Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)

Contoh Emas 916👇

(22karat ÷ 24 karat) × 100 = 91.6%
Didalam emas 916 ada 91.6% emas tulen manakala 8.4% lagi adalah campuran logam lain sama ada tembaga atau perak.

Contoh Emas 375 👇

(9karat ÷ 24 karat) × 100 = 37.5%
Didalam emas 375 ada 37.5% emas tulen manakala 62.5% lagi adalah campuran logam lain sama ada tembaga atau perak. (Suasa 37.5% emas tulen, Sebab tu lelaki tak boleh pakai)


Jelas? 

Alhamdulillah 

Selamat membeli emas dan menyimpan emas. 


Untuk lihat katalog barang kemas, lihat sini view.orodesign.biz 

Untuk lihat katalog goldbar, lihat sini

No comments