Catatan Harian 16 Julai 2020

Perkara yang dididik oleh guru Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR) ialah buat catatan harian anda dan postkan di entri blog setiap hari. Sudah 5 tahun berlalu sejak saya sertai ABDR, rindu pada guru dan rakan. Rindu aktif berblogging dan berceloteh seorang diri di sini. Jadi daripada beri seribu alasan nak update entri blog, jomlah mulakan. Hehe.


Keyword hari ni: 
Surirumah - aktiviti mencuci alas tidur, selimut, dan semua seluar jeans dan slack. Sudah tentu aktiviti harian yang lain usah lah disebut. 

Bisnesmom - aktiviti biasa, keyin dan submit order dari Shopee dan Lazada. Youbeli. Re-edit keyword listing product.


Sebagai seorang yang terpaksa multitasking dan punyai banyak personaliti sama ada sebagai ibu, pengurus rumahtangga dan usahawan, harus ada waktu di mana kita fokus lakukan aktiviti pada satu-satu masa. Sebagai contoh, ofis saya dibuka sepenuhnya bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari. Maksudnya apa, jam 9 pagi tu saya akan duduk di meja menguruskan semua order, menjawab wasap/chat/pm, nak buat iklan ke. Nak update youtube ke edit entri ke all in that timeframe. Masa tu, memang sukarlah saya nak bergerak atau melayan aktiviti selain dari kerja-kerja bisnes. 


Jadi sebelum mula buka ofis, nak membasuh baju ke kemas rumah ke buatla mana yang patut. Jika tak habis dalam tempoh tu, sambung lepas ofis hour.


Ini sebenarnya as guideline standard jika saya tak mengandung haha. Keadaan agak berubah sekarang sebab petang je saya mula keletihan dan perlu rehat. Jadi maksima saya mampu bertahan lakukan semua multitasking job ni as both housewife and bisneswoman adalah sehingga jam 2 petang. Kebiasaan yang saya sedang alami macam ni lah. Lembik dah pastu.


Enough sembang standard. So hari ni tenaga macam ok. Saya tak ambil iberet. Pagi tadi telan sebiji suplemen vitamin C 1000mg. Sewajarnya saya kene ambil iberet tu sebab low hb kan, 10 aje. Tapi kesan sampingan ubat tambah darah terhadap badan saya, akan buatkan saya bertambah lemah. Meragam. Sakit kepala. Saya tak mampu nak hadap lembik dan kurang sihat setiap hari gara-gara kesan sampingan ubat tambah darah. Skip hari ni. Esok kena ambil nampaknya kalau tak kita risau jugakan kesan low hb ni pada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. 


Bangun pagi, lepas je suami gi kerja, terus saya buka alas tilam, sarung bantal, ambil semua selimut haaa basuh! Rasa macam dah lama pula tak basuh. Nak rajin hari-hari basuh semua alas ni memang tak mampu la saya. Tak larat oii. Mesin basuh bukan besar mana nak muatkan kesemuanya. Jadi tugasan istimewa hari ni, alas tidur sepersalinan (haha) dan kesemua seluar jeans dan slack kami mengambil masa 4 kali penggunaan mesin basuh 6.5kg. Itu ajelah.. 4x cucian. 4x kita menyidai. 


Tibe pagi tadi, dapat wasap dari Youbeli bagitau ada kempen 9.9. Saya pun join. Ya, saya memang ada buka shop di Youbeli. Pernah dapat sale di situ dan masih aktif cuma jujurnya sales dari Youbeli agak pasif. But better open dari tak open langsung kan? Rezeki dari mana sahaja. Kita usahalah.


2 parcel sampai hari ni, order tudung bawal instant dari Properhijab dan produk penjagaan muka dan berpantang dari Sendayu Tinggi. Happyler


Order online aje. Kejap je sampai. 


Item dari Properhijab:- bawal Yuna Lulu (black) dan latest design Kitty Lulu. Alhamdulillah tak mengecewakan.

Comel takkk? Sibuk ajela budak kecik tu. Kitty lulu kali ni, material lain. Jenis chiffon rasanya, dan dekat awning ada jahitan tau. Katanya untuk mudah bentuk tudung. Pendapat saya? Okay lah kot. Kena pandai adjust juga tu. 


Item dari Sendayu Tinggi:- set terbaru glass skin iaitu Serum Drop Glass Skin, Toner dan Sleeping Mask. Pumping lips warna dawn, liptint, sunscreen for dry skin dan set berpantang (amme tone tuk mandian, amme capsule as jamu selepas bersalin nantilah). 

Itupun saya order Amme Capsule tuk 20 hari dulu. Ada lagi 4 botol saya belum order. Nantilah ek, save tuk next belian.


Macam-macam aktiviti sebenarnya nak tulis banyak. Letih taip. Consult client fb page lah, melipatlah, mengemas bilik kan tadi dah basuh. Kering so kita mengemaslahkan.. Sarungkan semula. And ya, nanti anda lihat. Saya memang sukakan patchwork material ni haha.

Simple aje bilik kita. Taklah deko sangat. Dah kemas buatlah aktiviti melipat kain. Tak habis kerjanya

Dibantu oleh si comel. Kadang rajin, kadang moody juga dia. 

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Qaireen iqra semakin bagus. Tak danla snap semua gambar ek. Next week anak-anak dah mula sekolah. Sempat juga petang tadi selepas ambil Qaireen di tadika, gi beli barang-barang seni kakak Balqis. Misi menyiapkan kerja PDPC anak. Minggu depan sekolah cikgu nak tengok kerja sekolah yang diberikan. Kalutlah mama ni jawabnya. Huhu. 


Minggu ni saya dah 35 minggu. Bertahan. Menunggu hari. Doakan saya selamat bersalin nanti ya. 


Shopee bot Cybersona latest version masih belum launch, ebook Buat Duit 7 hari di Shopee pun belum siap update. Harus segerakan kerja sebelum bersalin. Tinggal sorang lagi client Fb page. Menanti design sahaja. Dapat sahaja design page, setella job fb page minggu ni. Alhamdulillah 


Dah jam 11.15 malam. Jom tido. Selamat malam semua. Jangan lupa niat bangun solat tahajud kay? Assalamualaikum 

Catat Ulasan

0 Ulasan