10 Motivasi Untuk Jadi Kaya



Apabila saya mula bermentor, rupanya mempunyai wang yang banyak merupakan salah satu ketakutan hamba Nya. Bukan tidak mahu kaya. Bukan tidak mahu punyai banyak wang. Cuba kita lihat contoh terbaik iaitu Ustaz Ebit Lew, kekayaannya berlipat ganda. Saya tak dapat nak bayangkan, tetapi jika dilihat menerusi media sosial, Masya Allah.


KAGUM.


Cabang pekerjaan yang paling menguntungkan ialah berniaga. Walaupun mindset kebanyakkan masih lagi, eh kaya ke bisnes? Ko buat bisnes ke? Tak takut rugi?


Banyak sangatlah persoalan kebimbangan ramai orang. Rakyat Malaysia khususnya masih ada yang berfikir jadi sales person itu miskin sedangkan CEO-CEO dan para jutawan merupakan seorang SALES PERSON. Mereka menceburi bidang perniagaan. Tetapi bila makin besar, makin hebat, mereka tidaklah lagi bergelar SALESman, mereka bergelar CEO SYARIKAT. haaa, gah sangat.


عَلَيْكُمْ بِالتِّجَارَةِ فَإِنَّ فِيْهَا تِسْعَةَ أَعْشَارِ الرِّزْقِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu berniaga kerana padanya 9 daripada 10 rezeki.”


hadith yang dinyatakan di atas adalah mursal atau dhaif kerana sanadnya terputus. Walaubagaimanapun, makna hadith tersebut adalah benar kerana perniagaan sememangnya menjadi salah satu daripada sumber rezeki yang terbesar. Islam amat menggalakkan umatnya mencari kesenangan hidup dan perniagaan merupakan salah satu daripada caranya. Akan tetapi, Islam meletakkan beberapa garis panduan agar setiap perkara yang dilakukan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ، وَالصِّدِّيقِينَ، وَالشُّهَدَاءِ

Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]


Rujukan: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2689-irsyad-al-hadith-siri-ke-292-perniagaan-adalah-sumber-rezeki-terbesar


Bagaimana Nak Mengatasi Rasa Takut Kaya, Nanti Jadi Riak?



Mari saya kongsikan 10 Motivasi Jadi Kaya ini oleh Ustaz Halim Hafidz


1. Jadilah pemilik harta yang banyak. Anda tak mampu memberi jika tak memiliki apa-apa.

2. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. Islam menggalakkan umatnya memberi. Lebih banyak memberi lebih baik. Lebih ikhlas memberi lebih berganda ganjarannya.

3. Islam agama yang mendidik umatnya menjadi kaya. Nabi SAW bukan miskin tetapi baginda banyak memberi hingga ke titisan hartanya yang terakhir.

4. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat. Bukan dirikanlah solat, terimalah zakat. Banyak dalil yang memuliakan pemberi zakat, eksklusif hanya kepada mereka yang berharta.

5. Jadilah orang yang kaya. Mukmin yang kaya dan dermawan lebih mulia dari mukmin yang miskin dan tidak mampu memberi.

6. Jauhi kemiskinan dan kefakiran. Sesungguhnya kefakiran boleh menjurus kepada kekufuran.

7. Tak salah mencari harta yang melimpah asal jiwa turut kaya ingin menyumbang ke arah kebaikan.

8. Si miskin yang bongkak lebih hina dari si kaya yang bongkak. Si kaya yang bersyukur lebih mulia dari si miskin yang bersyukur.

9. Nabi Muhammad SAW adalah usahawan unggul yang mencapai kebebasan masa dan kebebasan kewangan sehingga baginda bebas berdakwah.

10. Jika kamu mengejar kesenangan dunia, kebahagiaan akhirat akan lari dari kamu. Jika kamu mengejar kesenangan akhirat, nikmat dunia akan mengejar kamu.



Semoga berjaya semua


P/S: Jangan lupa follow youtube channel dan blog saya ya, banyak perkongsian bisnes dan tutorial secara percuma. 





Jumpa lagi


 

Catat Ulasan

0 Ulasan