Puazz Roti Gardenia Kari Ayam

Saya dah lama sangat tunggu kemunculan kembali roti savoury Gardenia khususnya Roti Bun Kari Ayam! Jika anda pernah ingat, pada tahun 2003 Gardenia pernah mengeluarkan rangkaian roti bun yang sangat enak.


Bukan sahaja Roti Bun Kari Ayam, roti bun manisan mereka juga sangat laris. Perisa vanilla dan chocolate chip rasanya. Saya sudah agak lupa. 


Waktu tu saya di Matrikulasi Pahang. Faham ajelah budak kolej makanan mereka ni roti. Roti dan kolej terpisah tiada. Roti bun Gardenia kari ayam masa tu paling laris di kedai runcit kolej. Asal restok je habis. Apalagi saya ni antara pemborong roti bun savoury Gardenia terutamanya kari ayam. 


Sedap giler. 


Now bila Gardenia announced ada kari ayam bakal dikeluarkan. Tak sabarlah saya nak rasakan? Kot-kot sama ke rasa dengan yang dulu? 


PUAZZ GARDENIA ROTI BUN DIDATANGKAN DENGAN 3 PERISA, KARI AYAM, MACKEREL SAMBAL DAN SAMBAL IKAN BILIS. MANA SATU KEGEMARAN ANDA? 



Harga sangat berpatutan. Kari ayam Gardenia RM2 sahaja tau. Kenyang dimakan. 

Bila dibuka rupanya ada 2 bun. Bolehlah dikongsi bersama teman tersayang. Jimat dan siap boleh sharing. 



Jeng jeng, isi dalamnya ada kentang dan ayam. 

Jujurlahhh.. Apa rasanya? 

Berbeza dengan roti bun kari ayam tahun 2003, bun kari ayam sama seperti bun sambal ikan bilis. Bukan 2 bun macam sekarang. Dari segi bun tersebut, saya prefer jenis bun sambal ikan bilis lagi. Tetapi, roti ni agak lembut juga cuma lebih tebal. 

Rasanya? 

Okaylahh.. Nostalgia tahun 2003, dapat saya rasakan sedikit. Rasa puazz perisa kari ayam Gardenia memang sedap. Tidak terlalu pedas. Dapat rasa karinya, manisnya ayam dan kentang. Saya sukakannya😍


Nampaknya berbanding roti bun gardenia coklat dan lain2, roti puazz kari ayam akan menjadi roti kegemaran saya! Anak bawa bekal pun ok sangat ni. Kenyang terus. Saya makan satu bahagian pun dah kekenyangan. Cukup untuk alas perut yang lapar. Insha Allah 


Apa lagi? Jom ke kedai dan rasa sendiri. Lain citarasa mungkin ada yang tak menggemari. Tapi ini lebih sedap dari bun korea pedas. 


Nanti nak rasa mackerel sambal bun pulaaaa. 

Catat Ulasan

0 Ulasan