Kemuliaan Tugas Covid-19 Frontliners

 



Kemuliaan Tugas Barisan Hadapan


Berikan sokongan kepada petugas barisan hadapan. Mereka telah berkorban dan berjuang bagi memastikan kesejahteraan negara ini. Ingatlah firman Allah dalam al-Quran: Dan sesiapa yang menghidupkan (menjaga keselamatan hidup) seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. (Surah al-Maidah: 32). Semoga Allah merahmati para pertugas barisan hadapan.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Usah kita bersikap mementingkan diri. Ada yang provoke bahawa diri kita kebal dari penyakit covid-19, mungkin. Mungkin Allah tidak sampaikan kepada kita penyakit berjangkit ni, tetapi bagaimana jika kita menjadi pembawa senyap yang boleh membunuh orang di sekeliling kita? Bayangkan, kita mungkin membahayakan nyawa anak-anak dan ibu bapa kita yang tidak berdaya. 


Oleh itu, buanglah sifat rasa hebat kerana sesungguhnya kata-kata Allah itu segalanya. Kun Fayakun. Jaga SOP, patuhi arahan dan peraturan dan paling penting kita jaga orang sekeliling kita supaya kita tidak menjadi asbab kepada punca mereka dijangkiti.


Catat Ulasan

0 Ulasan