Wakaf Al Quran Tagging Enuur

Alhamdulillah, saya begitu teruja apabila HQ Enuur membuka peluang berwakaf dengan alquran tagging. Biasanya kita berwakaf dengan alquran terjemahan biasa kan? Belum ada lagi wakaf alquran bertagging ni. Tagging pada alquran pula merupakan perkara terbaru sejak tahun 2017.


APA MAKSUD WAKAF?

.

Dari segi bahasa :

Al-Waqf (اَلْوَقْفُ) bermaksud harta yang diwakafkan

Al-Habs ( اَلْحَبْس ُ  ) bermakna harta itu ditahan

Al-Mana’( اَلْمَنْعُ  ) bermaksud dihalang


Dari segi syarak :

Wakaf bermaksud seseorang yang menyerahkan hak miliknya ( harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya ) kepada pengguna wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T. Ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.




Walaupun sudah mencecah 4 tahun alquran tagging bertapak di Malaysia dan Quran Tag Girl iaitu Ayesha di Astro Naura, masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan alquran tagging ni.


Kenapa Alquran Tagging?

Apa itu Alquran Tagging?

Apa Bestnya Alquran Tagging Ini berbanding Alquran Biasa?


banyak persoalan dan insha Allah ada jawapannya.




Tahukah anda? Enuur merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan idea menjual tagging ayat alquran ini? Bermulanya episode alquran tagging ialah dengan mengeluarkan set tagging manual iaitu Tag Mika. Kemudian kami buka pembelian alquran siap tagging secara berperingkat. Dan apabila permintaan semakin tinggi, Enuur buka peluang kepada semua untuk mendapatkan alquran siap tagging ini secara ready stok. Tiada lagi preorder atau pembelian secara batch. Alhamdulillah


dan Alhamdulilllah, makin ramai pesaing juga bermakna ramai melihat potensi tagging ini sebagai sumber saham akhirat bagi semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk mendalami isi terjemahan ayat alquran. 


Daily tadabbur. 


Pengertian tadabbur ialah:-


Maksud tadabbur adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati. Tadabbur adalah maksud terbesar daripada tafsir kerana banyak ayat al-Quran menyuruh manusia mengambil pengajaran dan mematuhi arahan Allah SWT.



Mari saya kongsikan kelebihan memiliki alquran siap tagging daripada Enuur












Berminat untuk sertai program Wakaf Al-Quran Tagging Enuur?



klik di sini untuk teruskan sumbangan wakaf anda; 

>> https://www.qurantag.com/2021/03/wakaf-al-quran-tagging-enuur-care.html
>> https://www.qurantag.com/2021/03/wakaf-al-quran-tagging-enuur-care.html
>> https://www.qurantag.com/2021/03/wakaf-al-quran-tagging-enuur-care.html


Selamat Berwakaf!

0 Comments