Cara Kira Sebenar Shopee Marketplace Commissions Fee Mulai June 2021

Hari ni ramai sahabat Shopee kongsikan info terkini mengenai cas komisyen seller di Shopee. Berkuatkuasa 1 June 2021, komisyen di Shopee bakal berubah buat peniaga dalam 3 kategori. Nama fees kali ini ialah MARKETPLACE COMMISSIONS RATE


3 kategori seller di Shopee adalah:-

1. New Seller
2. Non-Preferred Seller
3. Preferred Seller dan Preferred Seller +






Maksud di atas, bermula dari seller join berniaga di Shopee jika belum dapat sales sebanyak 100,anda masih selamat dari dikenakan komisyen marketplace tersebut. Dan bila bertambah order anda kepada 101 order, order yang ke 101 akan mula dicas sama ada 1.06% (non preferred) atau 2.12% bagi preferred Seller.


Kenapa Preferred Seller kene cas lebih mahal?

1. PS dapat banyak kelebihan as seller berbanding seller biasa. Ada coins etc kan?
2. Dapat claim benefits shopee voucher dan shopee ads credit sebanyak RM200 berbanding RM75 bagi seller biasa.



Maka bertambahlah bayaran seller kepada pihak Shopee. Apa nak buat. Kita sekadar menumpang di kedai orang. Begitulah kisahnya di mana sahaja. Lazada, Facebook, Instagram, website. Setiap platform adalah milik seseorang, melainkan anda buat semuanya termasuk memiliki hosting, server dan rangkaian internet sendiri.


Jadi berapa ya nak dibayar ke shopee mulai 1 June 2021?


Sekiranya anda tak join mana-mana program di Shopee. Anda cuma dicas 2.12% + 1.06% = 3.18%



Pengiraan di atas bukan total lagi ya. Transaksi fees belum dikira lagi tu. 


Saje bual dengan cs candrran. Ok. Konfirm ye. Jangan esok pelik asal kiraan tak sama pulak. 



Kiraan sebenar dan keuntungan yang anda dapat ialah seperti di bawah ni

Keuntungan sebenar shopee seller non preferred

Commission fees

+         70.00
-          1.06% | -0.74
---------------
+         69.26

Transactions fees

+         70.00 harga produk
+          4.20 shipping
-          2.12% | -1.57
---------------
+         72.63

Tambah kedua komisyen
+          0.74
+          1.57
---------------
+          2.31

Untung anda

+         70.00
-          2.31
---------------
+         67.69

Jika tiada shipping subsidies,
anda guna others RM0 maka transactions
Fees dikira pada harga product sahaja


Dan kiraan tertakluk lagi kepada tambahan lain yang anda sertai di Shopee.


Program tambahan fees di shopee

1. RM15 shipping 

2. RM40 shipping 

3. 10% cashback 

4. Atau RM15/ RM40 + 10% cashback 


Jadi bagaimana? 


On atau tak on berniaga di Shopee? Walau apa pun, berniaga ni kita tidak harus bergantung pada satu platform melainkan anda sudah berpuas hati dengan income bersih yang anda terima. 


Oh ya, ada benefits yang shopee sediakan. 



Bagi yang baru nak join berniaga di Shopee jangan down. Dunia berniaga beginilah. Ada modal produk, modal yuran, modal iklan dan pelbagai kos lain. Usah lemah semangat. Rezeki anda pasti ada selagi mana niat anda baik di sisi Allah. Teruskan usaha dan bismillah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan