Pasang Unifi 30 MBPS

Sayang seribu sayang. Semasa saya daftar untuk. 30 Mbps, encik di kaunter tu kata ramai ambil 100 Mbps. Kenapa nak ambil yang rendah sahaja?





Soalan tu kena tanya kewangan dan keperluan setinggi gunung everest atau gunung Kinabalu. Komitmen bulanan saya terlalu tinggi saya rasa 30 Mbps adalah cukup bagi keperluan ofis saya di rumah. Selama ini saya hidup bertahun-tahun dengan 10 Mbps ke bawah dan lebih rendah lagi. So its ok. I still survive.


Astro Beyond ok
Netflix ok


Paparan 4k HD jelas la walau kadangkala gambar blur bila umobile buat hal. Ah ya, kami pakai umobile line sahaja sebagai wifi di rumah. Oklah. Pakai bulanan 30 ok, 68 pun ok.


Anggaplah saya kedekut. Its ok.


Saya rela kurangkan bajet komitmen bulanan dari menambahkan. Jika yang rendah itu sudah cukup bagus buat saya dan keluarga. Staff pakai ok bila dirumah. Anak2 layan youtube dan Netflix ok di tv. Line download file dan image pun memuaskan. Alhamdulillah


Unifi RM89. 00 bagi 30 Mbps. Bolehlah kan? Handphone line dah RM68. Plus lagi wifi ni dah jadi RM157 sebulan. Ah, cukuplah tu.


Baru hari kedua guna unifi😆 harap cemerlang lah unifi ni di rumah. Anda? Wifi di rumah pakai apa? Line telco ke line tetap? 

No comments:

Powered by Blogger.