Saya Jual Al Quran Siap Tagging dari Sahabat Enuur

Bismillah. Alhamdulillah. Sudah hampir 4 tahun sebenarnya saya bersama Sahabat Enuur. Bermula saya menjual al quran terjemahan berwarna edisi humaira. Masa itu, terasa panggilan untuk berniaga barangan islamik, dan bermulalah episode saya mencari produk keagamaan untuk dipromosikan buat sahabat semua. Masya Allah, sedar tak sedar sudah tahun 2021 dan saya sebenarnya jarang ceritakan kisah saya sebagai penjual produk al quran terjemahan humaira dan al quran terjemahan bertagging buat pembaca di blog emmemarina.com


Rugi sangat-sangat rasanya saya tidak ceritakan kebaikkan dan manfaat memiliki al quran bertagging ni. Rugi kerana saya sendiri sudah memilikinya, membacanya setiap hari tetapi tidak kongsikan pada sahabat. Setiap masa kita kongsi cerita bisnes, kongsikan panduan marketing tetapi tak ajak sahabat-sahabat turut dapat manfaat terbaik dari senaskhah al quran bertagging keluaran Sahabat Enuur.


Tahukah ANDA?


Sahabat Enuur sebenarnya PIONEER atau syarikat pertama yang mengeluarkan produk set tagging al quran terjemahan dan al quran terjemahan siap tagging iaitu pada tahun 2017. Pada awalnya semua tempahan al quran bertagging kami ambil secara pre order batch by batch sehinggalah Enuur melihat permintaan sangat tinggi terhadap al quran bertagging dan mereka mula mengeluarkan ready stok buat semua muslimin dan muslimat di Malaysia malah diluar negara pun ada kami poskan. Ha, sampai begitu sekali impak permintaan al quran tagging dari Sahabat Enuur.


Pernah muncul di TV Al Hijrah dan menceritakan momen-momen idea dan terciptanya produk tagging alquran dari Sahabat Enuur. Sukacitanya saya mengumumkan Sahabat Enuur pencetus idea produk AL QURAN BERTAGGING. Masya Allah dan sekarang semakin ramai mengeluarkan versi masing-masing. Alhamdulillah. Semoga semua pencipta tagging al quran mendapat rahmat dari Allah swt kerana memudahkan ramai insan dapat tadabbur dengan ayat-ayat alquran dengan lebih baik dan lebih seronok setiap hari mengaji alquran. 






Sahabat eNuur di TV Al-Hijrah 2018

Siapa masih ingat Sahabat eNuur pernah MASUK TV
.
Haaa.. kalau siapa nak tau, Sahabat eNuur pernah dijemput ke program Assalamualaikum TV Alhijrah sempena Hari Nuzul Quran untuk membincangkan topik "Quran Tag"

Bukan calang-calang orang yang dijemput tau! Pengasas eNuur sendiri yang menceritakan salasilah PENERAJU PERTAMA AL-QURAN TAGGING DI MALAYSIA




Jom kita dengarkan dari mana datangnya IDEA AL QURAN TAGGING PERTAMA DI MALAYSIA ini! 



Apa Itu Al Quran Tagging? 


Ini merupakan soalan paling kerap saya jumpa malah walaupun sudah 4 tahun di pasaran dan pesaing sangat ramai yang turut mengeluarkan produk Al Quran Tagging, tetap ada insan yang kurang jelas mengapa mereka memerlukan al quran bertagging ni? Alhamdulillah, tidak mengapa mari kita sama-sama belajar apa sebenarnya al quran tagging dan mengapa sahabat semua wajib dapatkan al quran tagging ini. Tidak kiralah sahabat mahukan alquran siap tagging atau set tagging manual. Kedua-duanya membawa maksud yang serupa iaitu memudahkan dan meraikan lebih ramai umat Islam mendekatkan diri kepada Al quran serta memahami setiap patah dan baik firman Allah swt yang terkandung di dalam al quran.








Memahami Ayat Al Quran itu Amalan Yang Dituntut



Sewaktu dulu sebelum wujudnya kemudahan memiliki al quran terjemahan, kita semua memiliki al quran biasa sahaja. Buka al quran itu mengaji, kemudian tutup. Kita tidak tahu apa yang kita baca kerana sahihnya ramai orang melayu tidak pandai berbahasa arab. Malah, alquran zaman dahulu, tiada juga mengajar tajwid atau memberitahu perkara tajwid untuk kita berbanding hari ini. Masya Allah, sekarang amat mudah mendapatkan al quran terjemahan dengan tajwid berwarna. 


Setiap umat Islam dituntut memahami maksud kalimah al-Quran dibaca serta mentadabbur ayat-ayatnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menggalakkan manusia agar memahami, memerhati, menyelidiki serta mentadabbur, antaranya ialah sepotong ayat yang bermaksud: 


“Inilah sebuah kitab yang kami turunkan kepada kamu dengan penuh berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya orang yang mempunyai akal fikiran mengambil pelajaran daripadanya.” (Surah Sad, ayat 29).


Umat Islam sentiasa digalakkan agar sentiasa menghayati dan mengkaji ayat al-Quran agar mereka beroleh mutiara ilmu serta hikmah daripadanya.


Manusia perlu melakukan tadabbur dengan meneliti dan menghayati isi kandungan al-Quran secara mendalam agar petunjuk yang diberikan Allah SWT dalam kitab suci al-Quran al-Karim itu dapat memperteguhkan keimanan kita kepada Allah SWT.


Al quran terjemahan dan tafsir membantu kita memahami ayat-ayat Allah namun dengan adanya tagging ayat ini kita dapat terus menerus menelek al quran dan timbul rasa ingin tahu untuk mengetahui apakah maksud ayat yang dituliskan di stiker tangging berkenaan. Setuju? Begitulah apa yang terjadi kepada saya sendiri. Dari belek satu mukasurat, ke satu mukasurat baca dan cari makna setiap helain bertagging tak sedar masa tu berlalu dan lama rupanya saya duduk bertadabbur bersama al quran tercinta. Masya Allah. Alangkah indahnya perasaan itu.


Saya kongsikan beberapa gambar dari isi tagging ayat yang kami sediakan.


Penyembuh Penyakit Hati - Agaknya apa yang terkandung di dalam ayat tersebut ya?

Berdoalah Allah Kabulkan


Jadilah Pemaaf

Terpelihara Fitnah Dajal


Dan banyak lagi isi tagging yang kami dahpun sediakan buat sahabat semua. Set Al quran lengkap dari kami ada sehingga 400 tagging ayat khusus untuk para wanita atau dikenali sebagai tagging Khadeeja atau 353 tagging ayat umum sesuai buat sesiapa sahaja yang mengkehendakinya. Jadi ada 2 tagging untuk sahabat pilih. Para wanita yang inginkan ilmu bagi upgrade diri melalui al quran maka saya syorkan sangat-sangat Al Quran Khadeeja. MUST HAVE. 


Saya pun grab satu untuk diri sendiri. Hadiahkan untuk diri sendiri dengan ukir nama serta ucapan. Semua ini ada di Sahabat Enuur



Nanti saya ceritakan dalam entri lain keistimewaan Al Quran Khadeeja. Insha Allah. 


Sahabat semua tahu dah kan kenapa besar sangat manfaat memiliki al quran tagging ni? Owh ya, jika sahabat rasa ala Kak Emme ni mesti nak suruh beli kan? Iya betul. Memang nak semua orang yang baca ni ada al quran tagging kat rumah masing-masing. Setiap seorang satu naskah tahu. Bukan berkongsi. Kerana al quran bukan untuk dikongsi, satu-satunya al quran itulah yang akan kita pakai sehingga lusuh. Penuh kesan tangan, kesan dipegang setiap hari berjam-jam. Itulah bukti kita kenal al quran kita dan kita sayangkan al quran kita. Namun, bagi sahabat yang dah ada alquran kesayangan sendiri. Jangan bimbang! Tak perlu beli al quran baru, tak perlu bazirkan duit anda. Kita ada sediakan set tagging manual di mana anda boleh tampal sendiri pada al quran terjemahan kesayangan anda. Ha, best tak? Alhamdulillah


Ada Berapa Banyak Al Quran Tagging dari Sahabat Enuur?


Masya Allah banyak! Dari saiz mini quran sehinggalah al quran besar cukup elok untuk ibu bapa atau anak-anak yang mahukan keselesaan membaca dan mengaji al quran. 


Banyakkan? Cuma al quran A6 soft cover sahaja tiada tagging ya. Yang lain semua ada siap bertagging di bookstore Sahabat Enuur.


Pelbagai saiz seperti saya katakan. Setiap al quran bezanya ialah saiz. Walaupun ramai konfius, tetapi mudah sahaja sebenarnya. Tanya diri sahabat, yang mana satu akan menjadi peneman sehidup semati sahabat? Yang mudah apabila dibaca. Jika sahabat seorang yang selalu travel dan membaca al quran, maka yang terbaik ialah saiz yang ringan, mudah dibawa ke sana ke mari, disimpan di dalam bag. Iya kan? Jika kalian sentiasa membaca di rumah atau membawanya sekali sekala ke kampung halaman. Ini juga soalan yang senang untuk kita tanya diri kita. Kemudian insha Allah, kita akan tahu jawapan kepada al quran yang manakah sesuai untuk kita dapatkan. 


Set Tagging Manual Tampal Al Quran Sendiri


Kami juga sediakan set tagging manual untuk sahabat semua. Rekomen sangat-sangat terus dapatkan set tagging lengkap iaitu ada 353 tag ayat dan 30 tag juzuk. Sesuai tidak kiralah apa saiz al quran sahabat dari kecil hinggalah saiz A4. Cantik dan penuh apabila ditampal. Saya tunjukkan contoh al quran tagging saiz A4 ya. Bila sahabat dah siap tampal nanti, tak nampak lompang-lompang sangat berbanding tagging ayat yang sedikit. 






Bagaimana Nak Tempah Al Quran Tagging atau Set Tagging Al Quran? 


Sahabat boleh hubungi saya di whatsapp +6018 9100 852 (www.wasap.my/60189100852/alqurantagging)


Alhamdulillah, saya berharap entri hari ini sedikit sebanyak dapat bantu sahabat semua memahami kepentingan al quran bertagging yang saya lihat semakin banyak di pasaran. Alhamdulillah. Tidak kiralah brand apa sahabat miliki ianya adalah kebaikkan terbaik yang sahabat ada. Saya pasti semua founder tagging ini menginginkan semua orang mendapat manfaat tadabbur dari tagging yang mereka sediakan. 


Oh ya sebelum saya terlupa, saya juga ada jual tagging surah tau, tetapi bukan daripada Sahabat Enuur. Saya dapatkan dari Furqan Buddies. Mereka ada sediakan stiker tagging surah sebanyak 114 surah, dan bercorak. 









Saya tagging sendiri tau tagging ayat ni. Punyalah tiada seni. Bulat-bulat saya tampalkan pada setiap surah. Rupanya ada seni dan kreativiti untuk menampal. Masya Allah. Sabar aje kan?


Oleh itu, kita semua patut bersyukur dan berterima kasih kepada semua staff tagging al quran kerana bukan sahaja menampal secara manual tetapi kreatif dan disiplin dalam menampal setiap naskah alquran.



Nak tahu sesuatu?


Saya ambil masa 1 jam setengah untuk tampal stiker tagging surah sahaja. Itu belum lagi tampal 353 tag ayat dan 30 juzuk. Masya Allah kagum dan bertambah kagum saya kepada staff-staff tagging. Mari kita doakan kesejahteraan mereka dan diberikan mereka kesihatan serta kekuatan dalam meneruskan kerja mereka setiap hari. Banyak pahala lagi kan? Alhamdulillah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. menarik..mudah dijadikan panduan bila ada tagging tu kat al-Quran

    BalasPadam