Selamat Tinggal Ogos 2021

Bulan Ogos 2021 ada suka ada duka. 2 harijadi anak saya, sulong 23 Ogos dan bongsu 25 Ogos. Beza mereka selang 2 hari sahaja. Kedua-dua anak ini overdue tahu, seorang overdue 4 hari, maka sepatutnya lahir pada 19 Ogos 2010 dan seorang lagi overdue 5 hari, maka tarikh lahir asalnya 20 Ogos 2020. Gap sepuluh tahun, penantian seorang anak lelaki dalam keluarga kecil kami. Saya bersyukur akhirnya Allah makbulkan doa kami setelah menanti selama 10 tahun setelah dikurniakan 4 cahaya mata perempuan. 


Ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. Empat orang kakak inilah yang menjaga adik lelaki seorang, cukup lasak, tak berhenti buat nakal, ada sahaja yang nak dikerjakan. Sekarang usianya 1 tahun masih belum pandai bercakap, sekadar papa, kakak, mama itupun jika dia nak sebut. Paling dia suka sebut papa dan suka sangat menjerit. Allahu akbar, pekak sekeluarga ni dibuatnya. Adakalanya takde ribut, datanglah pekikan si adik. Sudahlah garang, kuat menjerit dan pandai pula memanjakan diri dengan kakak-kakak. Tidak kira dengan siapa, pandai sahaja membuat muka dan suara manja minta dibelai, maka kakak-kakak yang terkena itu akan mendukung dan dibawa bermain. Sukalah hati si adik dengan layanan istimewa si kakak. Dapatla mama buat kerja cepat-cepat bila waktu tu berlaku. 


Namun, walaupun ada empat orang kakak, bila mama masak di dapur. Memang betul bersilat ya. Bersilat masak sambil melayan lasak Rayyan di dapur. Ada 6 almari di dapur yang kami tak kunci, puaslah saya ni nak masak, nak tengok Rayyan. Haiiiiii.. kakak-kakaknya? Semua menjawab tak mampu la mama nak jaga Rayyan!


Haha. Comella sangat perangainya tapi kita masak kat dapur faham-fahamlah kan. Apinya, pisaunya. Rayyan tu nampak je apa yang boleh dicapai, laju je. Tak boleh leka sedikitpun. Bahaya


Murung. Down. Depress. 


Saya alami juga proses ini. Lima orang anak yang sentiasa perlukan saya untuk monitor. Masak dari pagi ke malam. PDPR 3 orang anak yang kejap saya mampu untuk pantau, kejap saya terus lost maka untuk anak ketiga, saya bergantung kepada anak pertama dan kedua untuk monitor dan uruskan kerja si adik. Kesian pula tengok Qaireen, baru darjah satu, dia kurang pandai berdikari. Sampaikan geram kami ni semua nak uruskan kerja dia seorang. Aduhai si anak. 


Progress website khadija, sangat lambat. Saya hingga hari ini masih banyak lagi page dan produk yang belum update di website. Nak stay up, tapi banyak waktunya saya tertidur bila tidurkan Rayyan. Terasa kepenatan itu betul-betul memakan diri. Alangkah bagusnya dapat diurutkan bila badan keletihan. Badan yang letih membawa kepada minda yang kurang cergas. 


Nak kejar sales. Ada turun dan naik perjalanan bisnes di rumah. Namun, saya tidak akan mengalah pada situasi yang berlaku. Bila down, murung... Kita tutup sebentar dan rehat. Akhirnya, saya rasa terlalu banyak rehat pula. Dah asyik down, apa la nak jadi kat diri ni. Saya cuba juga sedaya upaya untuk ubah keadaan. Alhamdulillah, bulan ni, saya mula menulis di buku, mula susun kewangan untuk LHDN. Saya cuba untuk memotivasikan diri kerana perjalanan bisnes saya dari awal hingga sekarang masih seorang diri. 


Saya mula memvisikan untuk menyiapkan satu kedai islamik di mana semua orang boleh mendapatkan produk islamik seperti yang saya jual sekarang ini dapat satu website sahaja. Saya mula mengumpulkan dan mencari suplier-suplier yang direct (HQ) dan menjadi agen/stokis bagi produk tersebut dan menyenaraikannya di kedai islamik saya nanti. Progress agak lambat, tetapi alhamdulillah ianya tetap dijalankan. 


WINS bulan ini ialah saya dapat capai sales enuur sebanyak RM8,000 bagi personal sales. Alhamdulillah. Trust the process, jangan sesekali mengalah. WINS kedua, dapat upgrade status kepada stokis mini bagi produk Al-Qolam dan berjaya lepasi jualan target 50 unit sebulan. Syukur alhamdulilah. Masih ada terlalu banyak target yang perlu diatasi, insya Allah, kita tak harus DOWN dengan pencapaian yang belum dicapai. Kita harus bangun dan teruskan usaha. Kita pasti boleh buat!


Pemergian ahli keluarga kerana COVID.


Adik pergi selamanya kerana COVID-19. Allahyarham Adib Hanis bin Mohamad, 29 tahun, meninggalkan kami pada tanggal 25 Julai 2021. Adib Hanis yang sentiasa gelak besar setiap masa. Adakalanya saya konfius dia gelak sebab apa. Semasa dia bagitau yang dia dapat covid 19, dia gelak juga. Saya anggap itu sebagai cara dia meredakan hati kegelisahan yang dia rasa. Tak lama pun Adib sakit, demam, sesak nafas, oksigen level jatuh 60% dan akhirnya Allah ambil dia dari kami dan pergi buat selama-lamanya. Sekejap saya rasa ok, sekejap saya menangis. Tapi saya kurang tunjukkan pada suami. Ya Allah, rasanya akan ambil masa yang lama untuk okay. Bila dapat balik kampung dan jumpa mak abah, saya sendiri takut akan mula menangis teruk. Rumah kami membesar, di situlah ada kenangan bersama Adib. 


Apa pun jua, suka dan duka. Ujian dan kemenangan. Ianya adalah ujian dari Allah swt. 


Be yourself.

Be the best Hamba Allah you can be. 

Upgrade ilmu tentang kehidupan. Jadi insan yang lebih baik dari hari ini. 


Hidup di dunia hanyalah satu pentas yang kita akan tinggalkan untuk alam akhirat yang abadi. Saya selalu bertanya pada diri sendiri, apakah amal sudah cukup? Bakti ini kepada keluarga, suami, anak-anak, ibu bapa dan masyarakat? Masyarakat wajib ada kerana ia ada dalam kriteria yang Allah sediakan. Saya tak mampu nak pergi ke sana sini memakmurkan insan lain. Maka saya cuba sedaya upaya saya membantu rakan-rakan, tak kira siapa anda yang masuk dan singgah di blog ini, di youtube yang saya sediakan. Tak sempurna, tapi saya cuba. Saya berharap apa jua ilmu yang saya kongsikan ianya dapat membantu setiap insan yang memerlukan.


Terima kasih saya ucapkan pada semua. Saya doakan kalian beroleh rahmat, kesihatan yang baik, dijauhkan dari wabak covid dan dimuliakan Allah swt.


Hidup kena sentiasa bersyukur, iri hati itu boleh tetapi untuk memajukan diri sendiri. Iri yang memakan diri adalah bisikan syaitan yang perlu kita elakkan. Jika kita rasa iri, lihatlah akan orang yang tiada dari kita. Kenapa saya bercakap tentang iri hati? Kerana, iri hati menutup hati daripada bersyukur. Maka, hindarilah iri hati dan banyakkan bersyukur. Insya Allah.


Hari ini 1 September 2021. Mari kita teruskan langkah berusaha ke hadapan. Tetapkan iman dengan menambahkan ibadah. Hidupkan tahajjud. Kita semua boleh. Salam kejayaan semua. Saya sign out dulu ya.







Catat Ulasan

0 Ulasan