Cara Paling Mudah Blogger Nak Kecilkan Saiz Image di Handphone

​Bagi blogger kepantasan speed web adalah sangan penting. Kita tak mahu selepas semua usaha kita menangkap gambar, menulis review, tutorial menjadi sia-sia apabila pembaca gagal membuka page entri tersebut. Lagi besar image gambar kita, lagi lambat loading page dan to make it worse pembaca kita quota internet atau line dia dah dihujung tanduk. Aduh, kesiankan kita? Baik bagi penyampai mahupun pembaca. 


Kita sedia maklum jika snap gambar menggunakan handphone saiz image ni sangat besar. Tahu-tahu ajelah teknologi sekarang ni. Image HD, Ultra HD, 4K dan macam macam la term dan perkara ini membuatkan saiz gambar anda hanya tuk sekeping gambar boleh jadi sebesar 3 ke 4 MB. Oh not good!


Rekomended maksima saiz image 300 KB guys! So lagi kecil saiz gambar anda lagi bagus


Image Resizer Menggunakan Laptop

Sekiranya anda rajin upload gambar dari handphone ke pc masing masing, canva.com merupakan tools terbaik untuk resize image anda tanpa merosakkan kualiti image tersebut.


Caranya: 

  1. Pilih saiz gambar yang anda nak, standard sekarang 1080 x 1080 (instagram) tapi saya biasa pilih 500 x 500 untuk blog. 
  2. Save as jpg instead of png file.

Settle.


Resize Image Gambar di Handphone

Ini merupakan experiment saya mencari cara terbaik untuk saya resize gambar kerana saya tak pandai edit gambar guna adobe photoshop dan seangkatan dengannya. Yang saya pandai skitlah Photogrid setakat grid gambar, ah ya itu ajelah saya tahu. Canva versi HP agak sukar bagi saya kerana limited function better guna pc. So okay anda lihat gambar ni, satu gambar saya snap ni 3.7 MB. Besar!




Ideanya upload ke apps photo editor kemudian save kembali.


So saya cuba photogrid, canva, instagram, dan pininterest. Yes finally guna apps pininterest dapat kecilkan saiz gambar tanpa perlu buat sebarang perubahan. 


Caranya:

  1. Upload gambar anda di pininterest 
  2. Download image itu semula!


Hah senangkan? Buktinya






Saiz image dari 3.7 MB ini menjadi 216 KB tanpa merosakkan kualiti image. Insya Allah. Nak lagi kecil saiz tersebut? Tak boleh dah guna apps yang sama kenalah korang cuba cara lain. Bagi saya, cara ni dah terbaik❤️


Alhamdulillah 


Semoga entri ni dapat membantu anda semua berblog dengan lebih rajin dan bersemangat!

Catat Ulasan

0 Ulasan