Apa Nak Buat Penukaran Setting Shipping Shopee Bermula 17 Mac 2022

Apa Nak Buat Penukaran Setting Shipping Shopee Bermula 17 Mac 2022| Sekali lagi Shopee membuat penukaran sistem setting Shipping bagi seller-seller Shopee. Ramailah meluahkan rasa marah, geram, sedih di group Facebook Shopee Universiti. Saya sendiri termiss notis tersebut sehinggalah petang tadi semasa skroll Facebook, terbaca rungutan ramai seller. Sejujurnya saya sendiri turut terpalit kesannya sekiranya perkara ini berlaku. Tahun lepas, Shopee menukar setting daripada status seller boleh membuat setting kurier sendiri pada setiap produk tanpa sebarang masalah kepada standard shipping. 







Apa Bende Shopee Standard Delivery Shipping?

Secara ringkasnya, Standard Shipping term ini dimana buyer sudah tidak boleh lagi memilih kurier yang mereka nak dan buyer tidak akan tahu apa kurier tersebut sehinggalah seller memproses order mereka. Namun, seller masih mempunyai kelebihan memilih setting kurier yang mereka mampu uruskan. Contohnya, jika di area rumah seller, paling dekat ialah DHL, maka seller boleh setting hanya satu kurier sahaja digunakan bagi seluruh kedai atau produk mereka atau jika seller tersebut mampu menguruskan kesemua kurier yang ada, pihak Shopee yang akan memilih mana-mana kurier yang diinginkan. Contoh, seller A ON kan 3 tiga kurier pilihan iaitu, Poslaju, JNT dan Citylink, jadi jika ada order masuk, Shopee akan automatik memilih mana-mana satu kurier di antara tiga pilihan tersebut. Walaupun begitu, sistem ini tetap memihak kepada seller kerana seller diberi mandat menentukan kurier pilihan mereka.



NEW Shipping Sistem Bermula 17 Mac 2022

Baiklah. Dalam masa setahun sahaja, Shopee menukar lagi Shipping sistem mereka dan kali ini ia sangat membebankan pihak seller. Tiada lagi pilihan kurier yang boleh dipilih oleh seller. Ini akan membebankan seller yang tidak mempunyai kurier yang Shopee pilih berdekatan dengan rumah mereka, dropshipper yang mempunyai banyak supplier, atau produk seperti Al-Quran yang hanya mampu diuruskan oleh kurier yang bertauliah sahaja. 



Tahukah anda bukan semua kurier boleh menguruskan pengeposan produk Al-Quran?

Hanya tiga kurier sahaja buat masa ini yang mampu dan boleh menguruskan urusan pos produk Al-Quran iaitu Poslaju (TOP CHOICES), Ninjavan dan Citylink. 

Bagaimana jika pihak Shopee terlepas pandang dan subkan produk ini kepada pihak kurier yang tidak handle produk suci seperti Kitab Al-Quran?

Atau

Bagaimana jika walaupun pihak Shopee telah memilih antara tiga pilihan kurier tersebut namun seller berstatus dropshipper ini, suplier mereka hanya menguruskan satu atau dua pilihan kurier sahaja? 

Maka, hal ini sangat membebankan seller.


Namun, ia tidak bermakna anda buntu sepenuhnya. Insya Allah ada jalannya yang boleh anda usahakan. Bagaimana?

1. Memohon penukaran kurier pilihan pada 17 Mac 2022, anda boleh menukar kurier kepada kurier pilihan anda melalui borang yang akan diedarkan pada tarikh tersebut dan keputusannya tertakluk kepada budi bicara pihak Shopee. 

2. Menukar pilihan shipping kepada others (non SSL). Ini mungkin agak sukar pada mulanya namun jika anda boleh kurangkan jadikan harga tersebut kepada percuma postage insya Allah, customer anda tetap akan memilih produk anda. Dan sebaiknya mulakan penukaran ini secepat mungkin sebelum 17 Mac 2022.



3. Mengorbankan beberapa produk yang anda tidak mampu uruskan lagi, dan fokus kepada produk yang anda boleh uruskan yang membawa margin untung yang lebih besar untuk kedai anda. 


-----------------

Semasa saya membaca hal ini, celaru juga dibuatnya. Namun perkara pertama saya buat ialah on kan dahulu setting non-ssl, kedua kita tunggu pada 10 Mac, apakah agaknya kurier yang akan diassign pada kedai kita kay. 


Marah, panik, dan secara tiba-tiba menjadi keyboard warrior bukan masanya. Kita harus tenang, dan lihat apa yang bakal berlaku. Bak kata kawan saya, kita menumpang di rumah orang, apalah daya kita kan? Jika masih mampu menetap, maka tetaplah kalian jika tidak ada banyak platform lain yang anda boleh gunakan bagi meneruskan sales anda.


Bisnes kita tidak terhenti, kitalah yang menggerakkan. Maka, tanyalah diri kita, adakah setakat itu sahaja usaha yang mampu kita lakukan? Yakni, 100 peratus bergantung pada Shopee? Sudah masanya, jika sahabat perjuangan sekalian amat sukakan perniagaan, mulalah menambah ilmu marketing yang lain. Insya Allah, anda usaha anda pasti berjaya

Catat Ulasan

0 Ulasan