Menikmati Hidup Sebagai Surirumah Panic Disorder

Saya diagnosis sebagai pesakit panic disorder sejak tahun 2021. Namun saya tak serius cuba merawatnya dengan terapi atau ubatan. Cuba kawal diri sendiri sebaiknya untuk banyakkan bertenang, sabar, sabar dan menerima ujian dari Allah.

Apa yang berlaku,telahpun berlaku.

The damage is done, what more to cure? Just let it flow with the flow

Boleh?

Oh tidak. Rupanya kesihatan mental saya merudum. Kejap stabil, kejap merawang, kejap tenggelam dalam emosi yang kacau bilau. Marahnya saya pada hidup sendiri, anak-anak dan suami. Adakalanya marah pada ibu bapa. Tapi semua ni dalam diri saya sahaja tahu. Marah anak tu membebel ajela. Penat bebel ni

Takpelah. Lain kali je saya kongsikan kisah saya yang disorder ni. Bulan ni saya mula semula rawatan. Alhamdulillah, ada baiknya ubat tersebut.

Pagi tadi breakfast di area parking rumah aje. Sejak minggu lepas saya benarkan anak-anak bermain permainan mereka di luar. Alhamdulillah bila rumah dah berpagar dan bertembok, yakin la skit nak bagi kelonggaran bermain walaupun sebenarnya dalam area rumah sendiri. 

Enjoy the moment
Yakin dengan rezeki Allah
Jika masih belum berjaya, teruskan usaha
Allah nampak, Allah tahu

Insya Allah saya boleh. Anda juga boleh. Ujian tanda Allah sayang. Jangan paksa diri melebihi kemampuan yang diberikan. Jangan sakiti diri sendiri. Banyakkan meminta ampun kepada Allah. Istigfar dan bersyukur.


Ketemu lagi kita ya
Saya rehat kejap menulis ebook. Berat kepala ni. Doakan saya dapat siapkan segera mungkin.


Salam sayang

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Mcm ayah sy pun ada panik disorder juga.. mmg faham sgat mcm mana.. Take care kak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke... membayangkan nurul dan keluarga menghadapi situasi tu.. anak2 akak kdg risau terlebih dengan akak. harap akak tak bebankan hidup diaorg pulaa... isk

      Padam