Soalan-Soalan Lazim Program Emas Orodesign

Soalan-soalan lazim tentang platform Emas Orodesign;

soalan lazim orodesign


APA ITU ORODESIGN?

Oro dlm bahasa latin bermaksud “EMAS”. Design bermaksud reka bentuk. Orodesign = Reka bentuk Emas.


PENDAFTARAN DEALER DIBUKA UNTUK 

  • WARGANEGARA MALAYSIA - BUMIPUTERA SAHAJA
  • WARGANEGARA SINGAPURA DAN BRUNEI - MELAYU SAHAJA


Penghantaran dalam MALAYSIA sahaja.

Jadi dealer Orodesign yuran promo RM599 (Yuran asal RM799) sekali seumur hidup, PERCUMA 0.25g GOLDBAR



Alhamdulillah, semakin ramai yang mula celik Emas.

Nak bisnes ke tak nak bisnes, terpulang. Nak beli untuk sendiri ke nak tolong order untuk orang lain, suka hati kita.

Nak jual balik emas yang dibeli pun takde sape nak larang. Kalau boleh dapat duit tepi ke duit tengah, why not kan?

Komisen Orodesign boleh jadi passive income. Income Orodesign juga boleh diwariskan.


Kenapa saya suka kongsi peluang jadi dealer emas Orodesign direct terus dengan kilang?

1️⃣ Ini bukan bisnes MLM dan ianya trading semata - mata.
2️⃣ Urusniaga beli emas dapat emas.
3️⃣ Kilang diiktiraf FEDMAS untuk daftar ketulenan.
4️⃣ Jual brg pada pelanggan, untung masuk dalam akaun kita. Bukan kilang yang pegang.
5️⃣ Insentif yg diberi kilang tkde syarat2 untuk dikeluarkan walaupun RM1. Suka hati nak guna bila.
6️⃣ Boleh jual emas lama pada kilang tanpa ada penolakan lain walaupun emas kondisi barang tu lerai, kemek dan bengkok.
7️⃣ Ilmu emas & cara fungsikan emas. Boleh join belajar kelas secara offline (face to face) BUE yang dianjurkan. Kos untuk belajar ilmu emas ni nilai sebenarnya ribu² jika belajar diluar sana.
8️⃣ Stok emas sentiasa update 24jam. Tak melibatkan sesen pun duit kita untuk adakan stok.
9️⃣ Keahlian takkan luput walaupun jadi dealer hanya kerana nak beli surat pajak dan taknak beli atau taknak menjual emas baru keluaran kilang.
🔟 Kita boleh keyin sendiri dalam sistem utk order. Payment selesai dan penghantaran dibuat selesai semua boleh semak dalam sistem.
1️⃣1️⃣ Acc dealer boleh diwarisi kepada pasangan atau anak-anak untuk teruskan perniaga dan manfaat sebagai ahli kilang.

Secara kesimpulannya perniagaan EMAS ni unik. Emas ni kalau kilang keluarkan takde sape nak beli, kilang tak rugi apa2 pun sebab EMAS itu DUIT.

Hasrat En Azrul (pemilik Kilang Emas MAA) nak bantu ramai orang kita JANA INCOME dan CELIK EMAS supaya tak ditipu atau diambil kesempatan dengan orang lain. Kalau nak gadai barang pun buat di arrahnu islamik. Jangan di pajak gadai.

Semoga dapat pencerahan yang terbaik. Moga kita dapat sama-sama menyimpan emas walaupun 1gram sebulan.


Siapa MAA Precious Metals?

✅ MAA Precious Metals Sdn. Bhd (Company Registration Number : 201601018091)
✅ Kilang emas milik penuh Encik Azrul Bin Azmi (muslim)
✅ Berpengalaman 20 tahun dalam industri Emas
✅ Peneraju emas 1g 916 dan 999.9


Jika masih was2 boleh cek kesahihan syarikat:

Cara-cara:

  • Klik https://www.ssm.com.my
  • Klik E-Semak
  • Masukkan No.Pendaftaran Syarikat 201601018091(MAA Precious Metals Sdn. Bhd)


Pengenalan kepada SYARIKAT MAA PRECIOUS METALS SDN. BHD. (Company Registration Number: 201601018091)


🎯Kilang emas milik penuh En Azrul Bin Azmi.

🎯Berpengalaman 20 tahun dalam Industri emas. 

🎯Peneraju emas 1 gram 916 yang terawal di Malaysia.

🎯MAA PRECIOUS METALS merupakan ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA.

🎯FEDMAS merupakan badan yang mengesahkan standard mutu dan ketulenan emas yang dikeluarkan.


Website Dealer : www.orodesign.biz

katalog Emas online untuk customer : view.orodesign.biz


Orodesign MAA PRECIOUS METALS TIDAK JANJIKAN sebarang pulangan DIVIDEN, HIBAH mahupun BONUS baik secara BULANAN @ TAHUNAN.

Hanya mengajak & mengajar MENYIMPAN serta MENABUNG dlm bentuk EMAS fizikal  BESERTA dgn ilmu melalui seminar untuk semua Dealer yang berdaftar


Tentang MAA PRECIOUS METALS

Sejujurnya saya mohon sahabat semua baca penjelasan serta penerangan saya di bawah ini. 

1. Lebih 20 tahun dalam industri Emas. 

2. HQ MAA Precious Metals trainning & consultancy

🎯 Butterworth, Penang

3. OBJEKTIF ORODESIGN MAA Precious Metals

🎯Memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi Usahawan emas dengan modal minimum.
🎯Mengajak masyarakat menyimpan emas 1 gram sebulan dan menambah gram emas dengan cara berniaga
🎯Menyebarkan ilmu kepentingan emas kepada Masyarakat
🎯Memberikan bimbingan dan latihan keusahawanan kepada Dealer berdaftar

Hukum beli Emas melalui atas talian (online)



Apa itu FEDMAS?


orodesign

Kami adalah "Member Of Fedmas"

EMAS KELUARAN MAA MENERIMA PENGIKTIRAFAN FEDMAS
====================================================  

MAA Precious Metal Sdn Bhd (1189026-V) kini adalah ahli BIRO PIAWAI FEDMAS MALAYSIA 

Siapakah FEDMAS?
FEDMAS adalah satu badan yang setara SIRIM yang memastikan kilang-kilang yang menghasilkan produk emas mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Kebanyakan semua pengeksport, pengeluar utama dan borong di Malaysia adalah ahli-ahli kepada assay FEDMAS di mana mereka boleh mengemukakan sejumlah pengeluaran barang kemas mereka pd FEDMAS untuk daftar ketulenan.

Ia membantu untuk membina keyakinan di kalangan pembeli utama dan barang kemas dibuat di Malaysia untuk dieksport ke Timur Tengah, Amerika Utara, Eropah dan juga di Asia Tenggara.

Semua barang kemas yang dijual di Malaysia perlu DIUJI untuk ketulenan dan MESTI diterangkan berdasarkan Standard Malaysia (MS 1365: Part1: 1994) yang dibangunkan oleh SIRIM (Standard Industrial & Research Institute of Malaysia) di bawah Perihal Dagangan Peraturan-Peraturan (Artikel diperbuat daripada logam berharga) 1994.

FEDMAS berbangga menjadi salah satu ahli kumpulan (Logam berharga) wakil SIRIM untuk membantu dan memberi nasihat standard ketulenan barang-barang kemas yang diperbuat daripada logam berharga seperti emas dan perak.

Tiga makmal FEDMAS (Penang, KL dan JB) SAHAJA pejabat assay di Malaysia yang diiktiraf di bawah MS ISO / IEC 17025: 2005 yang diiktiraf oleh Standard Malaysia dan Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa.

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝘂𝗷𝘂𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗢𝗿𝗼𝗱𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻?




𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐨𝐬 𝙀𝙣. 𝙈𝙪𝙝𝙖𝙢𝙖𝙙 𝘼𝙯𝙧𝙪𝙡 𝘼𝙯𝙢𝙞 𝐨𝐰𝐧𝐞𝐫 𝙆𝙞𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙈𝘼𝘼 𝙋𝙍𝙀𝘾𝙄𝙊𝙐𝙎 𝙈𝙀𝙏𝘼𝙇 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐢𝐯𝐢𝐝𝐮 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐎𝐑𝐎𝐝𝐞𝐬𝐢𝐠𝐧. 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐫𝐡𝐚𝐞𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐫𝐨𝐧𝐠 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠. 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧. 𝐉𝐮𝐚𝐥 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐁𝐚𝐫𝐮, 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐥𝐚𝐦𝐚/𝐩𝐚𝐭𝐚𝐡/𝐤𝐞𝐦𝐞𝐤, 𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐬𝐮𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐣𝐚𝐤, 𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠. 𝐃𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐚𝐥𝐞𝐫, 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐦𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐦𝐚𝐭. 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐜𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐚𝐬. 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧-𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧.


Pendapatan dealer Emas Orodesign datang dari mana?


1 Jual emas baru (yg ada dlm kedai kita tu - dok ada 20 - 30kg). Mark up sendiri harga dr harga dealer dalam web dealer atau boleh follow table Harga Jualan bagi customer. So kita dpt untung runcit.

harga harian emas orodesign dan pasaran

 

Cth mark up rm 12 per gram. Jual rantai tangan berat 20g. Jadi untung RM 240 ++RM10~50 (upah BK bg dealer dalam web dealer www.orodesign.biz lebih rendah dari upah customer dalam katalog view.orodeaign.biz) , sebenarnya jadual yang HQ sediakan ini adalah yang terbaik, harga pasaran masih mampu milik dan setaraf dengan harga pesaing.

2. Beli emas lama - kilang sediakan harga buyback utk kita rujuk. Kita beli dari customer (boleh follow table Harga Belian) & jual pada kilang (Harga buyback kilang rujuk dalam web dealer).

Cth harga buyback 916 kilang hr ni RM 260. Jadi kita perlu beli rendah dr 260. Beli 250, dapat untung rm 10 pergram.  So, kalau cstmer jual 100g, untung RM 1000.

3. Beli surat pajak/arrahnu - sama juga dgn beli emas lama. Cuma yg ni brg ada di pajak/arrahnu. Yg ni ada cara kira dia. Cara nak beli ni, akan diajar kepada dealer-dealer berdaftar.

4. Dealer Get Dealer - perkenalkan org lain utk jadi dealer. Sama2 nikmati emas harga kilang. So dikira dia adalah cawangan kedai emas kita.


Apa yg Orodesign bagi?

1 cawangan = dapat komisen RM200 (sekali saja)

Buka lah sbyk mana cawangan yg nak. Kalau 50 cawangan komisen dah RM 10,000. Dapat beli 50g dah tu.

Lagi? 

Setiap belian yg cawangan kita buat, kita dpt RM 1 per gram.

Kalau setiap 50 cawangan yg kita ada tu beli 10g sebulan, kita dapat RM 500. Sapa nk bg? 😘

5️⃣. EMAS PERCUMA dari KEMPEN DITAWARKAN OLEH PIHAK KILANG

Jadi DEALER EMAS ORO ni kena beli emas tiap-tiap bulan ke? 

Ini yang best tentang ORO.
Tiada paksaan kena beli tiap-tiap bulan.
Beli emas ikut suka hati.
Rasa nak puasa beli, takyah beli.
Rasa dah gigil kena sawan emas, belilah emas.
 

Jadi DEALER EMAS ORODESIGN ni kena menjual ke?


Tak perlu menjual emas pun. 

Jadi dealer ni, ibarat ada membership supaya kita boleh beli emas pada harga murah (harga dealer). 

So bila jadi dealer ni.
Fokus beli emas untuk diri sendiri.


Platform Emas Orodesign ni Patuh Syariah Ke?



Fahamkan ye, orodesign tidak sesekali melakukan perniagaan saham , pelaburan emas. Kita adalah syarikat menjual emas fizikal secara atas talian. Itu sahaja

Jenis Goldbar dan Dinar Orodesign




𝗝𝗲𝗻𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗢𝗿𝗼𝗱𝗲𝘀𝗶𝗴𝗻

Goldbar 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐨𝐬 𝐮𝐩𝐚𝐡. 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐥𝐞𝐧𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝟗𝟗𝟗.𝟗


𝐊𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐮𝐚 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐜𝐤𝐚𝐠𝐢𝐧𝐠:


𝟏) 𝙎𝙡𝙤𝙩 𝙘𝙖𝙧𝙙. 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐜𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭.


👉𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐬𝐥𝐨𝐭 : 𝟏𝐠 𝐁𝐥𝐚𝐜𝐤 𝐠𝐨𝐥𝐝, 𝟏𝐠 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚, 𝟓𝐠𝐦, 𝟏𝟎𝐠𝐦, 𝟐𝟎𝐠𝐦, 𝟓𝟎𝐠𝐦, 𝟏𝟎𝟎𝐠𝐦, 𝐝𝐢𝐧𝐚𝐫.


𝟐) 𝙇𝙖𝙢𝙞𝙣𝙖𝙩𝙚. 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐚𝐥 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐥𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐬. 𝐓𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠.


👉𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐥𝐚𝐦𝐢𝐧𝐚𝐭𝐞 : 𝟎.𝟐𝟓𝐠𝐦, 𝟏𝐠𝐦 𝐌𝐀𝐀, 𝟎.𝟓𝐠𝐦 𝐬𝐲𝐢𝐥𝐢𝐧𝐠.


Apa Beza Fine Gold dengan Pure Gold?

orodesign


Dari segi harga macam mana? keduanya 24K dan sah diperdagangkan.

Bezanya:

  • Pure Gold adalah jongkong emas yg diproses dari bahan mentah datang terus dari lombong emas.
  • Fine gold adalah yg bahan mentahnya dari emas2 lama yang dikitar semula dan ditapis menjadi 24K semula. Kata kunci refine.
  • Harga pasaran tiada beza sebab indek emas dunia merujuk pada emas per ukuran berat bukan datang dari planet mana..
  • Bagi org celik emas, tak kisah emas lombong ke emas recycle ke..yg penting ketulenan tu betul. Sebab itu barang kemas yang putus, goldbar patah pun masih diperdagangkan dengan harga yang sama.
  • Kalau diperhatikan bullion2 lain pun kalau pure gold dia tulis 99.99%. Fine gold 999.9%. Kenapa ? Memang standardize dia macam tu ke?
  • Dari segi matematik nilai percentage% tak boleh lebih dari 3 digit..100.0% . Kalau hampir pure kena tulis 99.9999% bukan 999.9
  • Dia tulis tu purity % adalah 99.99%.

Cuma kita sebut 999, Macam emas 916 tapi dari segi % 91.6%

Kenapa Kena Simpan Emas?


1. Keselamatan (Security) Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.

2. Perlindungan (Protection) Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.

3. Mudah Dicairkan (High Liquidity) Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu, dan mana-mana ejen Jongkong Emas dan ramai lagi. =)]

4. Menguntungkan (Profitable) Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.

5. Mudah Dipindahkan (Portable) Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

6. Tahan Lama (Durable) Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship) Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan.

Melabur atau menyimpan dalam Emas ini dikenakan cukai tidak?

orodesign


Tidak perlu, tuan puan, anda tak perlu membayar cukai melabur dalam emas. Tidak ada cukai yang perlu dibayar semasa anda beli, jual dan malah semua untung melabur dalam emas itu.

Kenapa tidak?

Jawapannya ialah kerana tidak ada capital gains tax di Malaysia (kecuali hartanah). (Untuk pengetahuan anda, capital gains tax wujud di beberapa buah negara termasuk Amerika Syarikat. Jadi rakyat Amerika perlu membayar cukai untuk semua keuntungan pelaburan mereka termasuk emas juga.) Ketiadaan capital gains tax di Malaysia inilah sebabnya mengapa kita tak perlu membayar cukai melabur dalam emas, dan malah semua pelaburan lain termasuk saham dan unit amanah.

Nak sembunyikan Kekayaan, nak elak bayar cukai? Simpan duit dalam bentuk Emas fizikal. LHDN tak tahu

Jadi inilah lagi satu sebab mengapa anda perlu melabur dalam emas!

Kenapa Harga Emas Berbeza-beza?


kenapa la harga EMAS berbeza tiap tempat atau kedai, Ada yang murah tapi UPAH MAHAL,Ada yang macam MAHAL tapi upah MURAH,Bukan ke emas ni ikut harga pasaran dunia ke?

So saya huraikan semudah secawan TEH TARIK..

Harga secawan teh tarik yang di minum di kedai MAMAK tak sama harga teh tarik di CAFE.Sama jugak harga TEH TARIK di HOTEL jauh lebih tinggi harga nya.

Tapi, Kalau TEH TARIK yang kita sendiri bancuh di rumah dengan stok yang kita beli masa harga serbuk TEH tu MURAH...Nak pulak kita tambah perasa sesedap rasa..Nikmatnya pasti tak terkata.

So,

Kesimpulannya...persamaan TEH TARIK VS HARGA EMAS ni...barang yang sama tapi berbeza harga adalah sebab servis dan tempat.

Nak beli emas MURAH??? Daftar sebagai dealer orodesign,Beli terus dari kilang harga TERENDAH di pasaran


Sebab Apa Masih Belum Mula Simpan Emas?





Harga Emas 999.9 bulan Jun pecah rekod tertinggi dalam sejarah. Melonjak ke Paras RM318 segram(Harga customer Oro). Harga FGJAM Emas 999 adalah RM335.

Imbas kembali sejarah, pada 30 September 2021 Harga Emas adalah rm248/g. Bagi mereka yang menyimpan sejak September 2021,

Simpan 1g, untung RM70
Simpan 10g, untung RM700
Simpan 20g, untung RM1,400
Simpan 50g, untung RM3,500
Simpan 100g, untung RM7,000
Simpan 500g, untung RM35,000

Kenaikan 28.23% dalam masa 2 tahun(belum 2tahun lagi pun🤭).

Bagi mereka yang kata rugi simpan Emas, penyimpan emas hanya tersenyum. Syukur sebab ada kesedaran tukar jadi aset, ia lebih baik daripada duit dalam simpanan dibiar sahaja tanpa dilabur. Rugi mereka yang tak kaji sejarah Harga Emas.


Emas Dinar VS Goldbar

goldbar vs dinar


Sepanjang saya menjadi Dealer Emas, soalan yang selalu ditanya adalah “Apa beza Dinar dengan Jongkong Emas (Gold Bar). Di sini saya senaraikan apakah perbezaan dan persamaannya.

PERBEZAAN

1. Rupa Bentuk. 
Dinar mempunyai bentuk yang bulat atau berbentuk syiling. Sejak zaman Nabi Muhammad saw, Dinar telah digunakan sebagai mata wang Islam.

Goldbar berbentuk Segiempat.

2. Gandaan Berat

Dinar mempunyai gandaan berat yang mempunyai perpuluhan seperti berikut iaitu ½ Dinar = 2.125 gm, 1 Dinar = 4.25gm, 5 Dinar= 21.25gm dan 10 Dinar=42.5gm

Jongkong Emas pula dalam gandaan genap bermula 1 gm, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 250gm dan 1 kilo.

PERSAMAAN

1. Kualiti
Dinar dan Jongkong Emas mempunyai kualiti emas yang sama iaitu emas 999.9.

2. Harga
Harga emas pergram adalah sama.

3. Keuntungan
Kedua-duanya memberi keuntungan yang sama mengikut berat masing-masing.

Kesimpulannya, kedua-duanya Dinar dan Jongkong Emas ini adalah emas yang mempunyai kualiti yang sama iaitu emas 999.9 dan yang membezakannya adalah rupa bentuk.

Ada orang suka mengumpul koleksi Dinar dan ada yang suka koleksi Jongkong Emas. Ada juga yang suka kedua-duanya.

Kenapa Ramai Suka Kumpul Dinar Emas? 



Antara sebabnya Dinar ini boleh dijadikan penanda aras mudah untuk ibadah muslim 

✅ Apabila kita ada 1 Dinar, nilainya sama dengan seekor kambing. Nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah Aqiqah 
✅ Apabila kita ada 5 Dinar, nilainya sama dengan seekor lembu. Nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah Qurban 
✅ Apabila kita ada 10 Dinar, nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah Umrah 
✅ Apabila kita ada 20 Dinar, nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah Haji 
✅ Apabila kita ada 20 Dinar juga, nilainya mencukupi menjadikan kita sebagai orang kaya dan membolehkan kita laksanakan ibadah Zakat 

Sampai masanya, Ar-Rahnukan / jualkan Dinar tersebut untuk kita melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam 


✅ Tahniah pada semua goldsaver yang dah miliki 1 Dinar dengan harga mampu milik 

CARA PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN EMAS?


Meh nak pecah rahsia! Caranya adalah dengan jadi dealer/member Orodesign 

☑️Kenapa Orodesign?
Orodesigan by MAA adalah syarikat Bumiputera Islam yang merupakan kilang, pengeluar dan pembekal Emas.

Maksudnya disini, bila dah jadi ahli korang dapat beli emas dengan harga lebih rendah direct dengan kilang.

Sistem jual emas patuh syariah jual beli emas yang sepatutnya, pengurusan dan operasi 100% muslim.

☑️Apa kelebihan Dealer Orodesign?

Pembayaran keahlian adalah sekali sahaja seumur hidup. Tidak perlu minimum pembelian untuk kekalkan keahlian. Nak beli setahun sekali pun takde masalah.

Boleh jana income jika berminat

Team support untuk ilmu emas

Beli emas untuk diri sendiri dengan harga yang sangat-sangat jimat setiap kali beli.

Pelbagai lagi kelebihan lain.

Pantas bertindak ya, sebab pengambilan DEALER ni TERHAD. HQ akan tutup semula pengambilan jika sampai had yang ditetapkan 

Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu Tentang Emas

BASIC TENTANG EMAS💛✨

1⃣ Emas juga dikenali sebagai logam kuning..
2⃣ Emas semuanya sama.. jgn tertipu dengan brand.. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya..
3⃣ SIFAT EMAS

 🔸Berwarna kekuningan
 🔸Mudah di bentuk
 🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
 🔸 Tidak terhakis.

4⃣ GRED EMAS

# Karat adalah ukuran ketulenan Emas. 24 karat bermaksud Emas itu 99.9% tulen
 
Emas 999 = 24 Karat = 99.9% emas (Bar, Dinar, Barang Kemas)
-------------------
Emas 916 = 22 Karat = 91.6% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 875 = 21 Karat = 87.5% emas (Barang Kemas)
-------------------
Emas 833 = 20 Karat = 83.3% emas 
-------------------
Emas 750 = 18 Karat = 75.0% emas (Barang Kemas yg ada Batu @ Berlian)
--------------------
Emas 666 = 16 Karat = 66.6% emas
--------------------
Emas 585 = 14 Karat = 58.5% emas (cincin dll)

Emas 500 = 12 Karat = 50.0% emas
--------------------
Emas 417 = 10 Karat = 41.7% emas
--------------------
Emas 375 =  9 Karat = 37.5% emas (Cincin SUASA)
🌷🌺🌻🌸🌷🌺🌻🌸

5⃣ Campuran lain selain dari emas kebiasaannya Perak dan Tembaga utk menguatkan struktur emas.

Contoh
-------
Gold Bar 999.9 bermaksud 99.9% emas tulen

Barang Kemas 916
Bermaksud 91.6% emas
8.4% lagi adalah campuran perak dan tembaga.

6⃣ Sesetengah Barang kemas (Emas Kelantan) 916 agak kelihatan merah kerana campuran emas dan tembaga jadi Barang kemas / alloy

Bagi sesetengah pengeluar pulak.. mereka mencampur emas dan Silver. Warna barang kemasnya lebih kuning dan banyak di pasaran Malaysia

TAPI jika emas 999 warnanya sama walau datang dari mana pun pengeluarnya.. itulah warna Emas yg asal.

7⃣ Basic timbangan emas lama yg masih digunakan di sesetengah negeri di Malaysia 

KELANTAN
Emas Se Rial =2.72gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
---------------------
TERENGGANU
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm
----------------------

Contoh pengiraan👇

Satu gram = rm212 
Se rial berat = rm212 x 2.72g = Rm576

# so.. kalau pegi sana.. dia akan ckp harga emas hr ni ialah RM576. jangan la terkejut plak.. sebab tu dlm rial.. bkn dlm gram.. kita kena tahu mcm mana nak convert..😅


8️⃣ Spread / Susut Nilai Emas.

Susut Nilai ni mcm second hand value.. Macam jer.. 
Lepas keluar kedai.. harga akan berkurang.. contoh kita beli handphone.. beli harga 1000.. bawak balik rumah.. x syok.. esok nak tolak balik kat kedai tu.. emm dia amik rm 600 jer.. tu maksudnya spread atau susut nilai dia 40%..

TAPI KENAPA EMAS PUN ADA SPREAD (SUSUT NILAI) ?

Barang kemas spreadnya lebih tinggi sebab
1. Barang kemas ada design. Ada kemungkinan design yg kita trade in tu dah outdated.. 

proses penyimpanan akan jadi lama sehingga ada pembeli baru.. atau mungkin perlukan pemprosesan semula utk dijadikan design baru.. 

Kos ni lah yg telah di ambil kira dlm jual beli emas..

2. Gold Bar dan Dinar
Susut Nilai wujud kerana adanya admin fees semasa proses penjualan dan pembelian balik.. lain2 terdapat juga proses re packing jika packaging dah x sempurna mcm asal..

#beliemasdenganilmu 

KENAPA SAYA RASA SERONOK JADI DEALER ORODESIGN?




Banyak cabang dealer boleh buat untung dalam dunia Emas sebab dealer dapat berurusan terus dengan kilang. Ilmu Emas dikongsi sentiasa dua hala di group support supaya dealer² celik Emas. Platform tersedia, urusan kilang yang urus, yang berusaha pasti peroleh hasilnya.

Cara Uji Ketulenan Emas Orodesign

Nak tahu emas orodesign tulen atau tidak?

Ujian ketulenan Emas Orodesign dengan Asid check ✅

Cara Kenal Emas Tulen VS Emas Palsu


Sangat penting untuk kita sebagai pembeli mengetahui sifat-sifat emas,bukan sekadar membeli malah dapat ilmu lagi. 

1.TIDAK MELEKAT PADA MAGNET

Emas tulen tidak melekat pada magnet,manakala emas palsu akan melekat pada magnet kerana emas tulen tidak mempunyai daya tarikan. Jika barang kemas yang dibeli melekat pada magnet ia bukanlah emas tulen.
(Untuk jenis bangle dan Subang, ada certain besi digunakan utk kukuhkan bhgian klip) 

2.CUCUK PADA JARUM

Cucukkan jarum pada emas yang ingin diuji,jika jarum tidak patah itu bermakna emas tulen,kerana emas bersifat lembut.

3.EMAS TIDAK MEMPUNYAI BAU

Cuba gosokkan pada seluar jeans sehingga panas,jika ada berbau seperti perfume,ikan atau sebagainya bermakna itu bukan lah emas tulen,kerana emas tulen tidak mempunyai bau. 

4.KESAN BILA EMAS DIGIGIT

Pernah tengok filem koboi? 
Cara mereka menguji ketulenan emas adalah mengigit emas untuk mengesah ketulenanya. Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras tidak seperti anda gigit batang paip.

5.PENGGUNAAN ASID

Emas digosokkan pada batu hitam dan diatas kesan batu itu, letakkan asid hydrochloric dan juga asid nitric. Selepas itu, buat ujian bacaan pH yang betul. Warna kekuningan akan lebih terang jika emas itu tulen dan sebaliknya warna semakin kurang jika emas berkenaan tidak tulen.

Selain teknik diatas, terdapat juga cara menguji emas dengan merendam emas ke dalam asid nitrik. Dengan teknik ini, produk yang diuji akan bertindak balas dengan asid nitrik tersebut. Produk yang dihasilkan dengan emas tulen tidak akan menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya, sebagai contoh, jika produk tersebut dibuat dari perak yang disalut lapisan emas, tindakan tersebut akan menghasilkan air yang keruh.
Biasa yapiem/arahnu guna teknik ini untuk cek ketulinan

Akhir sekali, apabila kita hendak membeli emas, kalau boleh cuba beli daripada syarikat yang mempunyai kredibiliti dan rekod yang baik. 

Harga emas dunia siapa tentukan?


Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:

1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:

1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula

Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com

Bagaimana harga emas harian dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.

Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas ketika ada duit dan harga emas turun. 

Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor 1 – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.

Faktor 2 – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.

Faktor 3 – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.

Faktor 4 – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Ada yang tanya, berbaloi ke jadi dealer Orodesign ni? 

Kalau tanya saya memang jawapannya berbaloi 100% sebab saya memang dealer Orodesign dan dah merasa kesemua kelebihan sebagai dealer.  

Tapi soalan tu betul dah tuju kat saya kalau pi tuju kat company lain sahih jawapan dia lain kan? Hihii.

Ok kenapa saya cakap berbaloi?

1. Kalau uolls aim nak beli emas untuk long term nak saving emas, dapat harga lebih rendah. Uolls dah jimat banyak kat situ. Jimat harga, jimat masa, jimat tenaga, sebab tak perlu pun ke mana-mana terus lock dengan kilang. 

2. Kalau uolls nak trading emas pun untung runcit dapat lebih tinggi berbanding jadi dealer kedai emas biasa. Upah yang telus dan fix sangat reasonable ikut design. Lebih rendah untuk dealer.

3. Daftar dealer sekali seumur hidup yuran tu untuk semua kelebihan dealer dapat, tak perlu renew, tiada minimum belian untuk kekalkan keahlian. Boleh jugak diwarisi tau. 

4. Uolls boleh jual semula emas lama/ goldbar / dinar pada HQ, HQ ambil / beli dengan harga yang tinggi kalau dah jadi dealer. Dah tak pening nak jual emas kat mana. 

5. Susut nilai / selisih harga beli dan jual emas jadi kecil bila dah jadi dealer, maka kita akan dapat rasa keuntungan simpanan emas kita lebih cepat. 

6. HQ kilang Emas kita adalah 100% milik Muslim bumiputera. Bila kita support, secara tak langsung kita support ekonomi muslim, Moga dengan support kita kilang boleh pergi lebih jauh dan memberi lebih banyak pada ummah. 

7. Ketulinan emas lebih terjamin, HQ adalah kilang Emas dan pemegang sijil FEDMAS (Badan yang mengesahkan ketulinan emas di Malaysia)

8. Kita berpeluang kumpul emas percuma melalui kempen-kempen yang HQ anjurkan.

9. Nak lebih jimat dekat yuran tu daftarlah bulan ni sebab uolls boleh jimat 4 ratus ringgit, tambah sikit lagi dah boleh lock emas sendiri kat sistem tau.

Cara Nak Daftar Dealer Orodesign


PROGRAM DEALER EMAS ORODESIGN 2024


Alhamdulillah. Tahniah! Cara nak daftar jadi dealer orodesign mudah sahaja. Whatsapp terus saya di nombor 0189100852 (www.wasap.com/60189100852/nakdaftardealer) . Ada beberapa maklumat yang kami perlukan iaitu :


Username pilihan : 
Nama Penuh: 
No IC: 
Alamat : 
No telefon: 
Email : 

Username pilihan bebas apa2 sahaja.

Catat Ulasan

0 Ulasan