Cara Dapatkan Sijil Konvensyen Suri Rumah 2023 IJPW

Alhamdulillah. Program Konvensyen Suri Rumah 2023 telahpun tamat pada 28 Oktober 2023. Tahniah kepada semua peserta KONSURI tidak kiralah anda hadir fizikal atau online. Anda semua awesome!

Disebabkan ramai menghadapi masalah mendapatkan e-sijil dari ijpw, maka saya kongsikan di sini caranya ya.

Jika anda menggunakan handphone, sebaiknya setkan paparan browser anda kepada dekstop view. 

Jom mulakan.

Cara Dapatkan E-Sijil Konvensyen Suri Rumah 2023


1. Login ke website ijpw, klik sini ye anda akan nampak paparan seperti di bawah ini.


2. Teruskan skroll dan anda akan nampak, isikan no kad pengenalan anda.

3. Masukkan kad pengenalan dan pasword. Pasword telah pun kami (JK pendaftaran konsuri tetapkan) refer semula apakah password anda ya

4. Sila lengkapkan terlebih dahulu maklumat wajib yang diperlukan oleh pihak JPW (Jabatan Pembangunan Wanita).

5. Isikan sehingga selesai dan tekan simpan. 

6. Jika berjaya akan keluar notis, Berjaya. Sama seperti di dalam gambar di bawah ya

7.  Setelau selesai, skroll ke bawah sehingga anda jumpa butang "penilaian". Tekan pada butang tersebut dan buat penilaian terlebih dahulu. 

8. Anda akan lihat paparan seperti di bawah dan mula buat penilaian ya. 

9. Nampak tak butang tiga dash di bahagian atas kanan, dan di atas belah kiri? Anda boleh tekan di situ untuk dapatkan maklumat lanjut. Untuk e-sijil, sila tekan pada butang atas kiri. 

10.  Dah tekan butang icon belah kiri? Anda akan nampak info "program". Tekan situ ya

11. Tekan pada "program disertai"

12. Skroll ke bawah shinggalah jumpa butang "sijil".

12. Klik pada butang sijil, dan anda akan dapat download sijil anda dalam bentuk pdf file. Siap!

Cara jana e-sijil ini sama jika anda pernah dan bakal mengikuti mana-mana program di bawah JPW ya. 

Dah berjaya generate sijil konsuri anda semua? Tahniah!

Anda suri rumah luar biasa 👍🏻


Bagaimana jika tiada data anda sebagai peserta konvensyen suri rumah konsuri 2023?

Sekiranya tiada data anda setelah memasukkan no kad pengenalan, kemungkinan besar data anda selepas 17 oktober, jadi tiada di dalam sistem ijpw. Tetapi tidak perlu risau. Anda tetap boleh generate sijil anda ya. Mari saya tunjukkan caranya. 

Cara yang sama seperti tutorial e-sijil ijpw di atas cuma berbeza kali ini, anda kenalah daftarkan diri sendiri. 

Cara daftar diri di website IJPW sebagai peserta Konvensyen suri rumah konsuri 2023


1. Teruskan sahaja masuk ke link yang telah saya berikan di atas tadi. Anda tetap boleh register di link tersebut ya. Masukkan sahaja no kad pengenalan anda, dan follow langkah-langkah ini

2. Lihat paparan gambar di bawah. Saya dah buatkan contoh untuk anda semua. Tekan sahaja Daftar & sertai

cara jana e-sijil konvensyen suri rumah 2023


3. Selesai! Itu sahaja, kemudian anda lihat balik langkah-langkah untuk jana e-sijil anda seperti yang telah saya tunjukkan di atas tadi. 

cara jana e-sjil konvensyen suri rumah konsuri 2023



Semoga membantu anda semua ya

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama