Kedai Pakaian Muslimah & Rumah Murah Kuantan

Kedai Pakaian Muslimah & Rumah Murah | Sukar juga mahu tentukan apakah jenis kedai yang baru saya kenal sejak duduk di Kuantan selama 12 tahun. Punyalah lama tinggal di sini, baru tahu ada kedai pakaian wanita, kanak-kanak, serta menjual pelbagai jenis barangan lain seperti kasut, telekung, beg, karpet, toto dan banyak lagi. 

Memang syurgalah untuk para wanita. Melampau pula ayatnya ya.

Masya Allah, siapa tidak suka jika pakaian muslimah yang labuh seperti tunik, dijual serendah RM30 sahaja!

Warga Kuantan atau pelancong sekalian, manalah tahu kan anda suka kedai pakaian serbaneka sebegini,.maka jangan lupa singgah!

Butik YNY Empires terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Saidina Othman Ibni Affan Bukit Rangin, Permatang Badak. Di masjid ini juga anda boleh mendapatkan khidmat melupuskan Al Quran. Info lanjut https://masjidbukitrangin.blogspot.com/p/kemudahan.html?m=1

Masjid Saidina Othman Ibni Affan, Bukit Rangin, di sini, muncul masjid pertama di Pahang mewujudkan pusat pengumpulan dan pembakaran al-Quran lama serta bahan bercetak yang mengandungi ayat al-Quran.

Sumber: https://www.klik.com.my/item/story/5438902/relau-lupus-al-quran-lama

Berbalik kepada butik pakaian muslimah yang menjadi kegemaran saya dan anak-anak sekarang ni, YNY Empires bukan sahaja menawarkan pakaian wanita sahaja tetapi buat anak-anak sekali. Seronok datang ke sini ya selain harganya yang mampu milik.

Koleksi Pakaian Muslimah Yang Labuh, Longgar dan Mampu Milik

Koleksi Tudung Wanita dan Kanak-kanak Termasuklah Tudung Sekolah

Koleksi Beg Wanita, Purse, dan Beg Sekolah dan Juga Beg Balik Kampung

Koleksi Sejadah dan Telekung (Aksesori Solat)

Sandal  
Koleksi Barangan Rumah Seperti Karpet, Alas Kaki, Toto, Selimut dan Tuala Mandi

Kosmetik dan Produk Kesihatan

Rambang mata bukan?

Jom ke sini hari ini

YNY Empires (Kedai Pink YNY)
Dibuka bermula jam 10 pagi hingga 6.30 petang
Tutup : Ahad

Catat Ulasan

0 Ulasan