Suri Rumah Pun Boleh Burn Out?

Tak sangka ya jadi suri rumah pun boleh burn out! Malah ramai seperti tidak berpuas hati kenapa seoranga wanita yang tidak bekerja ini, hanya jaga anak sendiri boleh alami burn out dan sakit mental. Bukan jadi gila tau. Jangan salah faham pula. Mari saya nak kongsikan betapa ramainya meremehkan suri rumah, meletakkan pelbagai andaian dan negatif kepada kami hinggakan terjadinya anxiety, kemurungan, hilang keyakinan diri dan akhirnya membawa kepada masalah kesihatan mental.

Ya..

Akibat orang luar juga, boleh menyumbang kepada "burn out" dan kesihatan mental para suri rumah tangga, khususnya di zaman sekarang, di mana keyboard warrior menulis tanpa emosi dan berfikir, melontarkan apa sahaja di benak tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain!

Apakah Maksud Burn Out Bagi Seorang Suri Rumah?

Burnout atau "burn out" dalam konteks seorang suri rumah merujuk kepada satu keadaan ketidakseimbangan yang berlaku apabila seorang suri rumah merasa terlalu penat, stres, dan terbebani dengan tugas harian yang berulang, tanggungjawab keluarga, dan kerja rumah yang tidak berkesudahan. Ini boleh disebabkan oleh kekurangan bantuan, keperluan untuk menguruskan segala-galanya, dan tekanan untuk memastikan segala-galanya berfungsi dengan baik.

suri rumah burn out


Tanda-tanda burnout bagi seorang suri rumah mungkin termasuk:

1. Keletihan yang berterusan: Rasa penat yang tidak hilang walaupun selepas tidur yang mencukupi.

2. Hilang minat: Kehilangan minat atau kepuasan dalam melakukan tugas harian dan rutin keluarga.

3. Kemurungan: Perasaan murung, tertekan, dan tidak bermotivasi.

4. Ketidakseimbangan: Ketidakseimbangan antara bekerja di rumah dan keperluan peribadi yang lain.

5. Kesihatan fizikal dan mental: Penurunan kesihatan fizikal dan mental, mungkin disertai dengan masalah tidur, penurunan berat badan, atau peningkatan dalam gejala stres.


Adakah Masalah Burn Out Ini Boleh Terjadi Akibat Persepsi Orang Lain Terhadap Diri Suri Rumah?

suri rumah burn out


Ya, adakalanya kita ni bukan mula burn out kerana situasi di rumah tetapi terkadang rasa penat tu sebab jangkaan orang sekeliling. Adakah rumah mesti sentiasa bersih, makanan mesti sedap, anak-anak mesti dijaga dengan cekap? Bila kena puaskan semua ekspektasi sosial ni, kadang-kadang terlalu banyak tekanan yang seorang surirumah kena tanggung.

Dan jangan cakap pasal perbandingan sosial! Kadang-kadang, bila kita tengok suri rumah lain yang nampak macam sempurna, rasa diri ni macam tak cukup hebat. Kurang keyakinan diri dan stres tu makin timbul.

Sebab tu komunikasi dengan keluarga dan kawan-kawan penting sangat. Bagitahu mereka apa yang kita rasa, apa yang kita perlu. Tapi yang paling penting, kita kena hargai diri kita sendiri. Ingatlah, takde sesiapa yang sempurna, dan kita patut letak had batas yang realistik dalam apa yang kita buat. Itulah cara kita elakkan burnout.


Perkongsian Aiman Tentang Isu Burn Out Suri Rumah Tangga

Saya terjumpa satu perkongsian yang amat menarik untuk saya kongsikan dengan rakan pembaca semua, terima kasih pada Tuan Aiman kerana banyak sangat perkongsikan beliau ni berkaitan emosi wanita dan seorang surirumah.


Suri rumah pun boleh burn out ke?

Ya. Boleh.

Walaupun tidak bekerja di pejabat, rumah dan anak-anak yang dijaga juga ialah satu pekerjaan!

suri rumah burn out

Oleh itu, "kepenatan" menguruskan hal ehwal rumah yang sentiasa bersepah, memerlukan perhatian, emosi yang dihadapi oleh surirumah ketika berurusan dengan pelanggan kecil ini bukanlah tugas yang mudah.

Boleh menjurus ke arah burnout.

suri rumah burn out


Namun tak semua orang sedar yang dia sedang alami burn out, saya sendiri baru tahu istilah burn out ini tahun ini. Ya, sungguh.

Saya menjadi suri rumah sejak 2014 dan sekarang 2023, barulah saya jumpa istilah burnout 

Yang saya tahu, emosi ni terlalu penat, badan sakit, dan tidak mahu buat apa-apa kerja apatah lagi nak hadap karenah anak-anak.


suri rumah burn out


Suri bolehlah semak adalah 3 element ini ada dalam diri suri sekarang


suri rumah burn out


Bila dah tiada peranan suri rumah ni kan, 
barulah sibuk nak hargai isteri, dan ibu masing-masing kan?


suri rumah burn out


Oleh itu marilah kita (diri sendiri) dan jika anda pasangan, keluarga yang ada alami burn out ni, bantu suri rumah ni ya.

kalau nampak tanda-tanda pelik dah tu, korang janganlah biarkan.


suri rumah burn out


Pertimbangkan inilah hakikatnya dunia seorang wanita yang duduk di rumah
Dari pagi ke malam dan itulah cyclenya sampai tua 

Suami bekerja sentiasa ada me time tersendiri, malah ada suami me time tetap bersambung di rumah pula, tidak ditanya atau dijenguk apa kabar mental isteri

Anak-anak yang dulu kecil, memberikan tekanan emosi kepada ibu kini sudah meninggalkan rumah
tetapi ibu tetaplah seorang suri, masih menetap dan bekerja di dalam rumah tersebut



suri rumah burn out


Hargai mereka
Hargai pengorbanan mereka
Berikanlah mereka senyuman
Fahamilah isi hati mereka

Tak banyak yang diminta
Sekadar membeli jiwa seikhlas hati




Burn Out Jangan Dipandang Remeh


burnout bukan perkara remeh


burnout bukan perkara remeh


Ramai Suri Rumah Burn Out, Struggle is Real


struggle suri rumah is real



struggle suri rumah is real

struggle suri rumah is real

struggle suri rumah is real

struggle suri rumah is real


Saya nak kongsikan juga perkongsian dari seorang suami yang melihat isterinya burn out dan memilih membiarkan isterinya lepaskan emosi, semoga kita dapat manfaat dari kisah Dr Reza ye. Its ok tuk rehat, its ok untuk let loose, its ok untuk tidak sempurna ya suri.










Perkongsian yang menarik dari sisi seorang suami. 

Saya ada kongsikan cara mengatasi stress dan kemurungan, boleh baca ya dan amalkan. Untuk mengelakkan burnout, penting untuk mengambil masa untuk diri sendiri, mencari sokongan daripada keluarga, atau memikirkan cara untuk menguruskan tugas harian dan memudahkan rutin harian. Ia juga boleh melibatkan merancang dan mengatur jadual serta menetapkan had batas yang seimbang untuk beban kerja di rumah.



=============

Blog Emme Marina, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis  dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, internet marketer, peniaga dms360, jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya ya.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama