Pelaburan emas terbaik di Malaysia: emas gold bar vs emas perhiasan

Orodesign di bawah syarikat MAA Precious Metals Sendirian Berhad merupakan milik kilang emas Mohd Azrul Bin Azmi dari Kedah. Beliau sudah lebih 20 tahun pengalaman dalam industri emas. Menyediakan emas gold bar termasuklah barang kemas 916 dan 999.

Entri hari ini saya nak kongsikan mengapa menjadi ahli emas Orodesign sangat berbaloi untuk poket dan pelaburan emas anda semua. Jom kita

Kilang Emas VS Kedai Emas

Antara membeli di kilang emas berbanding kedai emas adalah dua perkara berbeza. Sudah tentu, bagaimana pula nak ke kilang emas? Sudah tentu sahaja ketat urusannya, lebih baik ke kedai emas di mana anda boleh buat pilihan membeli emas di depan mata sahaja. Senang bukan?

Tetapi tahukah anda semua, harga bagi kedua jenis tempat pembelian emas ini jauh bezanya. 

Jika kita sedang dalam kesempitan wang, namun masih nak berbelanja, beza RM1 pun kita akan berkira bukan? Beginilah perbezaan bagi keduanya, membeli di kilang emas vs kedai emas.

Saya kongsikan harga emas 1 gram gold bar 999 dan 1 gram barang kemas 916

harga emas hari ini

Namun jika anda menjadi ahli emas Orodesign, harga Gold Bar 999 1 gram adalah RM318.50 - 319.50

harga emas orodesign

Bezanya sebanyak RM17. Besar kan bezanya? Jika sudah membeli puluhan gram, kerugian sudah tentu dirasai. Teringat pula saya, ada seorang anak buah saya, membeli 1 gram emas gold bar 999 pada harga RM378 sekeping! 

Alangkah ruginya

Emas Gold Bar VS Barang Kemas

Menyebut tentang simpanan emas sebagai pelaburan jangka masa panjang. Persoalan yang muncul di fikiran saya adalah antara emas gold bar dan barang kemas yang mana satu lebih berbaloi? Adakah emas perhiasan ini sesuai dijadikan sebagai aset emas pelaburan kita semua?

Jawapan yang saya jumpa ialah

Untuk pelaburan emas dan jangka masa panjang, melaburlah dengan membeli emas gold bar = goldbar, dinar, syiling dan seangkatan dengannya

emas-gold-bar

Mungkin ada yang belum jelas perbezaannya. Saya ringkaskan peratusan untung tahunan bagi kedua-dua jenis emas ini dahulu. 

Emas gold bar 999 - Untung kasar tahunan 25% ke atas. Sesuai untuk pelaburan.

Emas perhiasan 916 - Untung kasar tahunan 25% ke bawah. Sesuai untuk perhiasan.

Sekarang nampak bezanya? Saya faham orang perempuan suka memakai perhiasan tetapi jika nak mula jadikan emas sebagai pelaburan, harus betulkan mindset. Barang kemas pakailah, tetapi berpada. Kemudian boronglah bergram-gram jongkong emas ni. Percayalah, kerugian sangat tinggi bila melabur dengan emas perhiasan. 

Namun begitu, di Orodesign, kedua-duanya jenis emas ini kami miliki, peluang untuk anda membeli harga emas gold bar dan emas perhiasan dengan harga kilang dan barang kemas pula dengan harga upah yang sangat berpatutan.

Kos Upah vs Tiada Kos Upah

Membeli emas gold bar 999 tiada kos upah, manakala barang kemas 916 ada kos upah atau dimaklumkan termasuk kos upah. 

“Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker? ”

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli.Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. 

Kadang-kadang harga emas macam murah, tapi upah beratus. Biasanya upah antara RM50 hingga RM500. Ada juga mencecah RM 2000, upah sahaja.

Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

Kos upah tidak dikenakan pada bar emas 999. Tapi semua jenis emas perhiasan dikenakan kos upah yang tidak sedikit terutamanya untuk emas 916.

Kita amik contoh barang yang sama di 3 buah kedai. 

Katakan anda ingin membeli gelang tangan emas 916 seberat 22 gram.

1) Kedai Emas A

Harga segram : RM308

Upah : RM300

Maka harga dibayar,

(22g x RM308) + upah RM300 = RM7076

Harga segram yang sebenar = 7076/22g = RM321.64

2) Kedai Emas B (tiada upah)

Harga segram : RM320

Upah: tiada

Maka harga dibayar,

(22g x RM320) + upah tiada = RM7040

Harga segram yang sebenar = 7040/22g = RM320 (purely harga segram RM320 sebab tiada upah)

3) Kedai Emas C (jenama terkenal)

Harga segram : RM340

Upah : RM500

Maka harga dibayar,

(22g x RM340) + upah RM500 =  RM7980

Harga segram yang sebenar = 7980/22g = RM362.73

Jadi kat sini, bila tengok harga per gram, kedai emas B "lebih murah" untuk gelang 22 gram tadi.

Barang yang lain, mungkin lagi murah dekat kedai emas A atau kedai yang lain pulak.

Ini kerana setiap barang, berat gram tak sama, upah pun tak sama. Apa yang saya cuba nak tunjukkan adalah cara untuk mengira per gram apabila anda membeli barang kemas. Lagi branded kedai emas tersebut juga penyebab "mahalnya harga segram dan upahnya"

Ingat tak slogan ini? 

"Mengapa bayar lebih untuk bilik yang sama?"

cara kira emas 916

Harus diingat, apabila anda menjual semula emas anda, kos upah tidak akan diambil kira ye. 

Maka kiralah kerugian majoriti mereka yang suka gunakan alasan emas cantik sebagai aset pelaburan emas!

Bertuahnya apabila anda menjadi ahli Orodesign, anda membayar harga upah yang rendah kepada kilang emas MAA ini. 

Harga upah barang kemas dari Orodesign adalah jauh lebih murah berbanding harga di kedai-kedai emas. Teringat saya pada satu customer pada minggu lepas, untuk gelang emas 916 seberat 20g adalah sekitar RM500 ke atas sedangkan upah yang diambil dari Orodesign di bawah RM200 sahaja!

Susut Nilai Emas

Selalu kan kita dengar pasal susut nilai ini atau englishnya "spread value". Apa Itu Susut Nilai Emas? Susut nilai emas atau pun dikenali sebagai 'spread' adalah perbezaan di antara harga belian dan juga harga jualan emas. Susut nilai emas ini boleh dijadikan kayu ukur bagi mendapat keuntungan berdasarkan berat emas yang dibeli

Susut nilai dari harga emas semasa bagi emas 999 adalah minimum 1%. Manakala bagi bagi emas 916 adalah minimum  15%.

Bagi mengira peratus susut nilai emas, formula susut nilai emas adalah seperti berikut :

Harga jualan – Harga belian = Jumlah susut nilai emas tersebut

Peratusan Susut Nilai Emas=Harga Semasa Emas Nilai Susut Emas​×100%

Nilai susut emas merujuk pada perbezaan harga antara harga semasa emas di pasaran dan nilai sebenarnya dari emas itu sendiri dalam bentuk barang kemas atau logam. Nilai susut ini termasuk kos pembuatan barang kemas, mark-up dari penjual, dan faktor lain seperti kualiti dan corak. Ia juga bergantung pada lokasi dan pasaran tempatan.

Nilai susut adalah perbezaan antara harga yang anda bayar semasa membeli barang emas dan nilai sebenar emas dalamnya jika dipecahkan semula menjadi bentuk logamnya. Ia perlu diambil kira ketika melabur dalam emas atau membeli perhiasan. Sesetengah kedai emas mungkin mempunyai nilai susut yang lebih rendah berbanding yang lain, jadi penting untuk membuat kajian sebelum membuat pembelian emas.

harga emas hari ini

Rujukan jadual harian harga emas dari Orodesign.

Rujukan katalog emas orodesign termasuk harga upah.

harga emas hari ini

Anda boleh survey harga gelang emas 916 ini di kedai-kedai emas berhampiran anda. Boleh bandingkan kos upah emas perhiasan kami murah lagi atau tidak.

Mari kita buat kiraan cara kira susut nilai emas gold bar 999 vs barang kemas 916

Goldbar 10 gram 999 Orodesign = RM 3155

Goldbar 10 gram 999 Pasaran = RM 3275

Emas 916 10 gram Pasaran =  10g X RM304 + (RM 120) Upah = RM 3160

Harga Buyback (belian balik) refer table di atas ye

999 Orodesign = RM302.50/gram

999 Pasaran = RM 2935 = 2935/10 = RM293.50

916 Pasaran = RM258/gram

Nak tahu nilai susutnya gunakan formula yang telah saya kongsikan

Goldbar 10 gram 999 Orodesign = RM 120

Goldbar 10 gram 999 Pasaran = RM 340

Emas 916 10 gram Pasaran =  RM 580

Anda boleh nilaikan sendiri ya. Betapa tinggi kos kerugian anda apabila membeli barang kemas berbanding gold bar, dan nyatanya lebih menguntungkan dan meminimakan kerugian apabila menjadi ahli Orodesign. 

Belajar sesuatu hari ini?

Inilah yang saya cuba sampaikan kepada kalian pembeli emas. Belilah emas dengan ilmu, bukan kerana kecantikan semata-mata. Jika sudah berniat ingin jadikan emas sebagai pelaburan, maka mulalah serius dalam memilih platform yang dapat meminimakan kerugian anda.

Pelaburan emas ini bukan short term. Beli emas hari ini, esok dijual memang lah rugi. Tetapi urgent juga tidak terkejut bukan dengan beza nilai susut tersebut?

Pihak MAA Precious Metals ataupun Orodesign ini bukan sahaja memberi anda peluang mendapatkan emas tulen pada harga kilang tetapi membeli kembali emas tersebut pada harga yang tinggi. 

Pendaftaran keahlian emas Orodesign masih dibuka. RM399 sahaja seumur hidup, jika anda serius nak tahu lebih lanjut, boleh lihat artikel saya di sini

>> Dealer Emas Orodesign: Kelebihan Jadi Dealer & Cara Daftar Supaya Dapat Beli Emas Harga Kilang

Berapakah harga Gold Bar 999 1 gram?

Harga emas gold bar berubah setiap hari, sebagai contoh hari ini harga gold bar 1 gram adalah RM318.20.

Berbaloi ke beli gold bar?

Sudah tentu membeli gold bar adalah jauh lebih berbaloi dari emas perhiasan. Seperti yang telah saya maklumkan di atas, emas gold bar mutu lebih tinggi, dan tiada kos upah serta kadar susut nilainya adalah lebih rendah berbanding emas perhiasan.

Adakah program emas Orodesign ini macam saham emas?

Bukan ya. Program ini hanyalah satu platform yang syarikat tawarkan untuk anda dapatkan emas pada harga murah di pasaran. Tiada pelaburan emas seperti bayar dan simpan di syarikat. Apa yang anda bayar anda akan dapat emas fizikal yang kami poskan terus ke alamat rumah anda.

Bagaimana cara nak beli emas 1 gram Orodesign?

Sudah tentu. Boleh terus hubungi saya di whatsapp 018-9100 852 atau klik terus di sini www.wasap.my/60189100852/nakbeliemas1gram

Catat Ulasan

0 Ulasan