Selesai Hutang RM30,000 Hasil Ilmu Dari Ebook Bebas Hutang


Ebook ini sangat dekat dengan diri saya sebenarnya. Ia banyak memperihalkan situasi bagaimana pada satu ketika dulu saya banyak terperangkap dalam sistem hutang. Sebiji kena pada batang hidung. 

Tapi itu dulu lebih kurang 5 tahun yang lepas. Saya terperangkap dalam sistem hutang belajar iaitu Yayasan Pahang, PTPTN, Alrahnu, Amanah Ikhtiar dan hutang keluarga. Jumlah keseluruhannya mencecah RM 30,000.

Alhamdulillah melalui panduan dari Puan Masayu dalam siri ebook sebelumnya iaitu Suri Rumah Zero Hutang yang saya beli pada tahun 2018, saya mula menyusun semula pembayaran hutang-hutang saya.

Saya tulis semua hutang saya dalam sebuah buku.
Saya mula berjimat cermat.
Saya mula mencari alternatif bisnes tanpa modal.
Saya mula buka bisnes tuition membaca.
Saya mula membuat bayaran secara berdikit dari hasil bisnes tersebut.
Saya asingkan antara keperluan dan kehendak.
Saya berani kata tidak kepada perkara yang tak perlu.
Saya juga sangat berhati-hati dalam membuat perbelanjaan.

Maka sejak 5 tahun yang lepas juga hutang-hutang tersebut telah langsai sepenuhnya dan saya juga dapat menunaikan umrah kesan dari ebook tersebut.
Alhamdulillah.
Tuan puan.
Benar, hidup tanpa hutang itu tenang. Tiada lagi rasa ketakutan dihati dihambat bayaran hutang dari sesiapa.

Ebook Puan Masayu ini sangat proven sebenarnya. Dan ia benar-benar terjadi kepada saya.

Terima kasih Puan Masayu kerana dengan tulisan dan panduan beliau ini ibarat guru personel kewangan buat saya.

Melalui ebook Hidup Tenang Tanpa Hutang pula banyak membuka mata saya sebenarnya tentang hidup ini. Sederhana itu lebih indah. Biarlah orang nak kata apa. Tapi hidup tidak menyusahkan orang lain. Tak perlu tiru gaya hidup orang lain yang terlihat mewah tetapi kosong. Cukup anda dengan cara sendiri. Berpijak di bumi yang nyata.

Berikutnya Puan Masayu juga ada menjelaskan tentang bisnes homestay dan bisnes subsale. Menyewa rumah untuk disewakan sama ada untuk homestay atau sewakan terus. Bagi saya itu adalah perkara yang sangat menarik. Rupa-rupanya ada juga bisnes sedemikian rupa.So yang ni juga sudah masuk dalam senarai impian saya untuk akan datang. Doakan ya!

Seterusnya dalam ebook ini juga Puan Masayu ada menyebut tentang cadangan membina rumah sedikit demi sedikit. Bermula dengan ibu rumah kemudian bertambah bilik secara berdikit. Konsep ini sangat menarik sebenarnya kerana tanpa saya sedar tiada konsep hutang diguna pakai.  

Cara orang lama, tak perlu rumah besar. Cukup secara sederhana. Setelah arwah abah tiada dulu sekitar tahun 2007, ibu membesarkan rumah kami sedikit demi sedikit sehingga rumah menjadi besar dan selesa.  

Maka kesimpulannya bertenang-tenang sahaja sahabat. Susun strategi bagaimana bina rumah tanpa hutang.

Lupuskan hutang yang tak perlu dan mula bina asset untuk akan datang.
Terima kasih Puan Masayu. Saya menunggu ebook yang seterusnya!

Puan Niyda Benta
Penulis Buku Kapsul Mudahnya Membaca

Nak dapatkan ebook bebas hutang? Baca di sini untuk lebih info mengenai isi kandungan ebook

Catat Ulasan

0 Ulasan