Khidmat Upah Buat Website: Kenali 4 Jenis Website Yang Sesuai Untuk Bisnes Anda

Mengambil upah buat website merupakan perkara biasa dilakukan oleh kebanyakkan bisnes owner. Bukan mudah ya sebenarnya hendak membuat website sendiri, lagi-lagi jika anda hendak membuat website jualan produk. 

Setiap kali customer request untuk saya bina website, soalan yang akan ditanya adalah, "nak website yang macam mana?"

Ada beberapa jenis website kan, tidak semua orang mahukan website yang sama, maka soalan ini sangat penting.

Sebelum itu adalah lebih baik saya terangkan serba ringkas apakah sebenarnya website?


Beberapa term yang anda harus tahu

Website = Laman web = sesawang

Ecommerce = jualan = marketplace

upah buat website



Apakah maksud sesawang?

Laman sesawang dalam bahasa melayu atau panggilan biasanya "website". Sesawang adalah tempat di mana anda menceritakan perniagaan anda, atau meletakkan produk jualan anda untuk memudahkan urusan jual beli di atas talian.

Menurut Wikipedia, Laman sesawang atau laman web ialah dokumen berisi maklumat yang boleh dilawat di Jaringan Sejagat menggunakan suatu pelayar web (sesawang). Dokumen ini biasanya dihasilkan dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke laman lain pula. Laman utama laman sesawang Wikipedia Bahasa Inggeris.

Contoh mudah, inilah website saya (www.emmemarina.com , jika saya hendak perkenalkan kepada orang awam, prospek mahupun sebagai identiti diri. Di sini saya muatkan informasi, diari, jualan dan pelbagai lagi. Semuanya tidak mustahil untuk anda kongsikan di laman sesawang anda. 


4 Jenis Website Yang Boleh Anda Bina Beserta Contoh

Ya, ada banyak jenis website yang anda harus tahu dan bezakan. 

Anda perlu tahu kerana ini akan memudahkan urusan pemilihan website anda sendiri, adakah anda inginkan website corporat? 

Landing page? 

Blog? 

Mari saya tunjukkan 7 jenis website yang perlu anda ketahui beserta contohnya


1. Minisite / Landing Page

Minisite dalam bahasa mudahnya adalah sekeping website yang menerangkan segala informasi mengenai sesuatu produk/bisnes. 

Jika anda pernah lihat, minisite ini sesuai bagi satu jenis produk atau bisnes.

Nama lain bagi minisite adalah sales page atau landing page, ada yang gelarkan squeeze page.

Ia akan menerangkan pendahuluan, produk/bisnes, testimoni dan keberkesanan, offer dan akhir sekali cara mendapatkannya.

Tujuan utama minisite ini digunakan adalah untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan secara fokus.

Selain daripada tujuan menjual, minisite juga digunakan untuk menyalurkan sesuatu maklumat dan mengumpul prospek dengan menawarkan khidmat melanggan maklumat, info atau tips niche tertentu melalui email.

Anda boleh gunakan medium percuma iaitu sites.google dan canva. Ianya sangat mudah, sekurang-kurangnya anda perlu daftar third party payment Toyyibpay. Saya sendiri gunakan Toyyibpay kerana ianya sangat mudah dan cas ratenya berpatutan.

Website berbayar pula menggunakan Wordpress bersama Woocommerce bagi menghasilkan jualan (pembelian)

Contoh minisite:

https://sites.google.com/view/ubatkanser/home

https://plannersuri2024.my.canva.site/

upah buat website - minisite


2. Blog

Website blog atau blog ialah sebuah website yang sentiasa perlu dikemaskini, sama ada persendirian jenis diari atau syarikat. 

Terus terang saya katakan masih ramai tidak tahu dan memandang remeh kepada pembinaan blog oleh kerana ramai yang tak tahu kelebihannya dan rasa leceh kerana perlu menulis.

Ya, blog ini perlukan sebuah penulisan dari anda, khususnya kepakaran anda terhadap sesuatu niche, pandangan dan pengalaman. 

Disebabkan ramai merasakan sebutan "blog" seperti diari, maka ramailah yang kurang suka, "eh tak glamourlah menulis blog ni, boleh buat duit ke?"

Tahukah anda?

Blog sangat bagus untuk:

  • Tingkatkan kepercayaan prospek untuk membeli dengan mudah.
  • Untuk dapatkan prospek baru.
  • Bina awareness tentang produk.
  • Follow-Up – Setiap konten baru kita update ibarat follow-up prospek dan pembeli.
  • Enjin trafik – Bayangkan kita ada kedai yang setiap hari beratus dan beribu orang masuk secara percuma itulah kuasa blog.


Menulis blog akan mengambil masa tetapi ianya suatu pelaburan yang berbaloi. 

Blog bukan dibina sehari dua terus dapat sambutan hangat melainkan kita dah banyak laburkan masa, konten berkualiti serta marketing-kan blog tersebut dari segi SEO, social media dan paid ads. - Danial Abdul Rahim


Malangnya tak ramai yang sanggup buat dan hadap. Dan ini adalah satu kelebihan kepada siapa yang sudi redah. Tahniah, jika anda orangnya! 

Namun begitu, anda sebenarnya sedang membaca sebuah website blog dari emmemarina.com!


Contoh blog yang popular:

Siakap Keli

Sirap Limau

Ecentral

Azie Kitchen

Bella Jamal


Bella Jamal merupakan rakan di dalam Group WhatsApp SEO Elite. Kami teman yang sama-sama belajar SEO tetapi saya sangat kagum dengan beliau kerana sangat rajin menulis di blog! Tak mustahillah kejayaan yang ditempa sebagai seorang penulis blog kerana usaha dan kerajinan serta ilmu yang beliau ada.

 

upah buat website - blog

3. Website Korporat

Website korporat adalah untuk mempromosikan perkhidmatan, perniagaan dan produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau individu. 

Laman web ini biasanya menyediakan maklumat lengkap tentang syarikat, termasuk sejarah, visi, misi, nilai, dan struktur organisasi mereka.

Sekarang ini, ramai juga life coach, agen consultant membuat website jenis corporat sebagai bisnes kad mereka di laman sesawang. 

Contoh: 

Suri Rumah Rahmah

https://www.izzgroup.com.my/


upah buat website - website corporat, branding


4. Website E-Commerce

Website e-commerce digunakan untuk menjual produk secara online. Ada beberapa perkara anda harus tahu ya, Shopee, Lazada adalah jenis marketplace bagi seller, namun kategori website mereka adalah e-commerce. Tidak mudah untuk lakukan jenis website ini beserta aplikasi, oleh sebab itulah seller dikenakan pelbagai jenis cas.

Anda boleh membina sendiri website ecommerce anda sama ada melalui Wordpress, atau menyewa dari Onpay, Easy Store atau Kit Niaga. 

Wordpress = bina website jualan dari kosong, ianya milik anda, bayaran serendah RM 120 setahun menggunakan shared hosting. 

Onpay, Easy Store atau Kitniaga pula anda sewa dari website provider ini, dan bayarannya adalah bulanan atau tahunan. Sebagai contoh, onpay dan easy store adalah serendah RM50 sebulan, manakala Kit niaga RM365 setahun (lebih kurang RM30 sebulan)

Kenapa saya kongsikan 3 jenis website ecommerce ini ialah kerana mereka antara yang digemari dan mudah dikendalikan serta khidmat support yang pantas. 

Contoh

Onpay - https://amalbookshelf.com/

Easy store - https://binaziz.easy.co/

Kitniaga - https://hikmahshop.com/


upah buat website - website ecommerce

Jadi yang mana satu website pilihan anda?

Bila anda sudah tahu, kategori yang mana satu, ianya memudahkan perbincangan kita untuk membina website anda. 

Mahar upah buat website juga berbeza bagi setiap jenis website ini. 

Saya kongsikan ya, harga pasaran bagi upah buat website tahun 2024.


harga upah buat website

Saya pernah diminta RM8,000 untuk membina sebuah website ecommerce, disebabkan harga upah terlalu tinggi, maka saya buat sendiri sahaja. Alhamdulillah, siap dalam masa 2 minggu, dan berjaya jana lebih dari RM20 ribu ke RM30 ribu ketika itu. 

Saya juga pernah menggunakan platform Onpay, Easy Store, Shopify termasuklah Order Sini. 

Ini kerana walaupun saya seorang website designer, saya juga seorang peniaga (secara online) dan blogger (menulis blog).

Oleh itu, saya sudah biasa dan tahu selok belok menguruskan dan setup website sejak tahun 2015.


Insya Allah, harga upah buat website yang bakal saya kongsikan kepada anda jauh berbeza dengan kadar di atas kerana saya tahu ada yang tidak mampu membayar kos setinggi tu, tetapi tidak bermakna ianya terlalu rendah

Cukup insya Allah untuk modal permulaan bisnes anda. 


Nak dapatkan khidmat upah buat website hari ini?

Jom kita sembang lebih lanjut bagaimanakah website yang anda inginkan, apakah option website yang sesuai dan tindakan selanjutnya. 

Terus whatsapp saya ya di nombor 018-9100 852


Catat Ulasan

0 Ulasan