Petua-Petua Buat Ibu Supaya Keluarga Dalam Lindungan Allah, Amalkan Setiap Masa!

Petua hidup agar kita sebagai isteri dan ibu dapat membentuk keluarga sentiasa dalam rahmat Allah swt. 



1. Setiap kali memasak, baca doa:

"Laisa laha mindunillahi kasyifah"
Tiada baginya selain Allah yang Maha Melindungi.
Moga tiada racun yang boleh merosakkan kita dan keluarga serta Allah jadikan makanan itu penawar kepada segala penyakit hati.

2. Semasa memulakan perjalanan ke tempat kerja, tempat belajar atau sebagainya, biasakan diri kita dan keluarga sedekahkan al-Fatihah kepada ibu ayah serta saudara yang telah meninggal.


Setiap satu nama, satu al-Fatihah dibaca.
Andai itu perjalanan kita yang terakhir, moga2 kematian kita tidak sia-sia.

3. Setiap kali melihat anak-anak sedang makan, sebut...

"Ya Allah berkati rezeki yang anakkku makan"
Setiap suapan yang masuk ke dalam perut anak, moga Allah redha dan tumbuhkannya menjadi darah daging yang berkat.

4. Setiap Kali selesai melakukan kerja atau tugasan, bacalah..

Bismillahi tawakkal tu 'ala llah la hauwla Wala Quwwata illa billah.
Moga Allah melengkapkan apa yang kurang dan menjadikan hati kita kuat berpaut kepada Allah Rabbul Jaliil.


5. Ketika ibu ayah kita meninggal, elakkan bergaduh tentang harta kerana roh mereka tidak akan tenang dan terseksa. Mereka akan merintih kesedihan.



5. Bila bergaduh mulut dengan pasangan..

"Lafazkan Illa Qiilan salaman salama"
Moga Allah waraskan fikiran kita dan tidak lemas dengan ujian hidup ini. 


6. Bila berhadapan dengan seorang yang keras dan suka menentang, bacalah...

Ya latiif
Ya latiif
Ya Allah yang Maha Lemah Lembut...
Lembutkan hati dia (Sebut nama)
Satu perkara yang kita kena pegang...Jika urusan hidup ini kita serah total kepada Allah dan fokuskan kepada bahagia akhirat, pasti segalanya lancar.

Amiiin ya Allah 

Semoga bermanfaat.

C&p : Aminah Mat Yusoff

#BicarakuKeranaAllah 
#AllahSentiasaDhati


----------------------

Salam sayang semua, insya Allah blog ini medium anda membaca dan membina diri menjadi hamba Allah yang lebih baik. Saya kongsikan kata-kata, kisah, motivasi dari pelbagai medium. Semoga kalian mendapat manfaat darinya.

Channel Telegram

1. Bina Syurga di Rumah - Sebuah channel untuk para wanita khususnya yang telah berkahwin

2. Al Quran & Hadis


Buku Islamik Untuk Anak-Anak

1. Buku Saya Sayang Allah (Tengah ada SALE MEI 2024) 

2. PDF Buku Aktiviti Pra Sekolah Versi Islamik

3. Ebook Saya Sayang Allah (Set 12 Ebook)


Nak Dapatkan Pen Al Quran Serbaguna? Semua Al Quran Pun Boleh Baca



Dapatkan Servis Istimewa Buat Seller, Harga Mampu Milik

1. Servis Buat Website

2. Servis Buat Blog

3. Servis Buat Page Facebook

4. Servis Google Listing (Maps)

Klik sini: https://www.emmemarina.com/p/servis-bina-kedai-online.html


Perlukan khidmat Perundingan Harta Pusaka?

Terus whatsapp saya di sini +60189100852

Catat Ulasan

0 Ulasan