Pengenalan: Dunia Dah Berubah, Tapi Gaya Kita Masih Sama
Kita hidup dalam zaman yang pelik tapi menarik — zaman di mana mesin boleh membaca dan memahami manusia. Bila cakap pasal AI ni kan perkara pertama terus dalam kepala saya adalah movie Terminator.
![]() |
manusia melawan AI |
Dan banyak lagi cerita AI yang menunjukkan kemusnahan manusia. (beringatlah ye! - selingan)
Sekarang, manusia lebih suka bertanya kepada Chatgpt atau AI yang mereka ada berbanding "google". Yalah, bayangkan bila anda "google", Google akan menyenaraikan banyak pilihan untuk anda baca, semak, dan barulah dapat membuat keputusan. Tetapi, bila manusia tanya ChatGPT, Gemini, atau mana-mana AI soalan tentang apa saja — dari cara mendidik anak, resepi kek, sampai tip pemasaran, AI memudahkan carian dengan menyenaraikan yang "relevan" beserta rumusan!
Haaa, inilah kerja paling mudah bagi seorang manusia itu.
Proses mencari maklumat, membaca dan menyenaraikan kata kunci carian kemudian merumuskan sudah bukan lagi perkara yang bakal dilakukan oleh manusia di zaman AI. Buat apa nak bersusah payah sedangkan ada alat atau pembantu ini memudahkan urusan kita semua?
Namun, apa yang artikel ini ingin sampaikan kepada anda adalah, secanggih mana pun AI ini, jika tiada "ilmu - data" yang diterima maka tiadalah "output" yang bakal anda terima. Sedarkah anda, — AI tu sebenarnya sedang membaca tulisan manusia (searching for information...)
Bezanya, AI bukan baca semua benda.
AI cuma baca apa yang boleh diakses secara umum di internet.
Maksudnya, tulisan yang disimpan di akaun peribadi, mesej WhatsApp, atau group tertutup — semuanya invisible (tak wujud pun bagi dunia luar).
Inilah sebab kenapa ramai usahawan, pendakwah dan penulis yang rajin menulis di Facebook personal tak muncul langsung dalam carian Google atau AI.
Tulisan mereka bagus, tapi tersimpan di tempat yang salah.
Mari saya berikan contoh di carian enjin (tidak kiralah google atau lain-lain);
Kita cari "tukang urut kuala lumpur"
Kita menggunakan google dan AI sekarang untuk sebarang maklumat termasuklah mengadu kepada AI. Berlakukan?
Kita mencari solusi kepada masalah yang kita hadapi dengan chatting bersama Chatgpt. Benar?
Ya! Kerana saya juga lakukan perkara yang sama, malangnya bagi kita yang bergelar PENULIS, PENIAGA, PENDAKWAH, PENYAMPAI ILMU sedarlah dunia anda kecil di dalam dunia SOCMED berbanding dunia carian enjin.
Tahukah anda?
Blog saya beberapa kali diindeks masuk di dalam Chatgpt. Ianya dijadikan rujukan dan membawa beberapa client kepada saya, atas sebab prospek menggunakan Chatgpt untuk bertanya soalan yang mereka inginkan. Saya sendiri terkejut bila customer call dan bagitau "saya call puan kerana puan disenaraikan dalam cadangan di chatgpt"
Kenapa Tulisan di FB Personal Tak Dikenali Dunia
Ramai tak sedar bahawa akaun Facebook personal bersifat “tertutup” (semi-private).
Walaupun kita set post “Public”, data tu tak semestinya diindeks oleh Google atau dibaca oleh sistem AI. Saya pernah menulis beza FB personal vs FB page, boleh baca di sini -> Apa Beza FB Profile Dan FB Fanpage - FB Berbayar Pula Bagaimana?
Ini kerana:
- Facebook personal dilindungi oleh dasar privasi individu.
- Algoritma Facebook hanya tunjuk post kita kepada rakan atau mutual connection.
- Google, AI atau carian enjin tidak boleh masuk sepenuhnya ke dalam profil personal, melainkan FB page dan FB group sahaja.
Analoginya seperti begini, bayangkan macam rumah berpagar: orang luar boleh nampak bumbungnya, tapi tak boleh masuk tengok isi rumah. Setuju?
Begitulah status kalian di Facebook personal.
Jadi, walaupun awak menulis 1,000 status (posting) yang berilmu, penuh hikmah — dari sudut dunia digital, tulisan itu tak wujud di radar Google mahupun AI.
Ramai share, like dan komen tetapi ianya bersifat seketika dan hilang melainkan dicari kembali di dalam ruangan Facebook itu sendiri.
FB Page dan Blog: Dua Tempat yang “Terbuka” untuk Dunia
Sekarang mari kita lihat di mana sepatutnya kita menulis supaya dunia termasuk AI boleh membaca dan mengenali kita.
Medium | Siapa boleh akses | Diindeks Google/AI? | Kegunaan Utama |
---|---|---|---|
FB Personal | Rakan FB | ❌ Tidak | Catatan peribadi, jurnal harian |
FB Page | Umum (public) | ✅ Ya | Dakwah, bisnes, perkongsian ilmu |
Blog / Website | Umum (public) | ✅ Ya | Artikel kekal, rujukan jangka panjang, SEO |
FB Page berfungsi seperti kedai di tepi jalan utama.
Orang boleh lalu, nampak papan tanda, dan singgah baca.
Ia bersifat umum — Google dan AI boleh “baca” isi kandungan Page dan menjadikannya sumber maklumat.
Blog atau website pula ibarat rumah kekal.
Awak boleh hias, susun dan bina koleksi artikel mengikut topik.
Tulisan di blog disimpan secara tetap dan boleh muncul di hasil carian walaupun selepas bertahun-tahun.
Blog tidak perlukan modal untuk menulis, pendaftaran juga percuma. Dan ini adalah produk GOOGLE itu sendiri.
Peranan AI dan Google Dalam Dunia Penulisan
Sebelum ini, kita hanya kejar SEO (Search Engine Optimization) supaya artikel kita muncul di Google.
Sekarang dunia dah berubah: AI jadi mesin carian baharu.
![]() |
sebagai contoh |
Perbezaannya:
- Google hanya paparkan senarai link dan kita sendiri yang membuat tugasan carian, rumusan kepada masalah yang dihadapi, manakala
- AI membaca isi artikel, memahami makna, dan menjawab terus kepada pengguna.
Contohnya, kalau awak menulis di blog tentang “cara suri rumah urus masa dengan tenang”, AI seperti ChatGPT boleh baca artikel tu, simpulkan isi penting, dan gunakan semula bila orang lain bertanya topik yang sama.
Jadi, kalau awak menulis di tempat yang boleh dibaca AI — blog, website, atau FB Page — tulisan awak bukan sekadar post, tapi sumber rujukan global.
Saya berikan contoh lagi;
Apa Jadi Kalau Kita Terus Menulis di Tempat yang Salah
Ramai yang kata:
“Ala, saya tulis untuk suka-suka je, bukan nak viral pun.”
Itu bagus — tapi rugi bila tulisan baik tak kekal.
Bila akaun hilang, semua tulisan hilang. Bila AI tak boleh baca, ilmu tu tak berkembang. Maka niat untuk kita nak berdakwah, nak sampaikan maklumat, ilmu tidak capai secara maksima.
Hadis Sahih
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
"إِذَا مَاتَ الإِنسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ."
Riwayat Muslim (no. 1631)
💬 Maksud Hadis
Apabila seseorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara:
- Sedekah jariah – harta atau sumbangan yang manfaatnya berterusan,
- Ilmu yang dimanfaatkan,
- Anak soleh yang mendoakannya.
Huraian Ringkas
- Ilmu yang dimanfaatkan bermaksud apa-apa ilmu yang diajarkan, ditulis, atau disebarkan — sama ada secara lisan, buku, artikel, atau media digital — yang terus memberi manfaat kepada orang lain.
- Selagi ilmu itu diamalkan, pahala terus mengalir kepada si penulis/pengajar walaupun dia telah meninggal dunia.
- Di zaman sekarang, penulisan digital (blog, FB Page, eBook, website dakwah) termasuk dalam kategori ilmu yang dimanfaatkan kerana ia kekal boleh diakses dan dibaca selepas kematian penulis.
Sedangkan kalau isi sama dari facebook personal anda disalin ke blog, ia boleh:
- kekal bertahun-tahun,
- muncul dalam carian Google,
- dibaca semula oleh generasi lain,
- dan jadi bahan rujuk AI masa depan.
Contohnya:
Status personal: “Saya belajar sabar hari ini bila anak meragam.”
Di blog: “3 Cara Latih Diri Sabar Bila Anak Meragam.”
Versi blog bukan saja lebih teratur, tapi boleh dicari semula oleh sesiapa yang perlukan panduan.
Tulisan yang sama — cuma di tempat berbeza — memberi kesan berbeza.
Cara Tukar “Status Harian” Jadi “Tulisan Berstruktur”
Langkah mudah untuk anda mula menulis dengan berstruktur:
Kenal pasti topik status.Contoh: marah, solat, bisnes, masa, parenting.
Ubah ayat jadi tajuk.
Status: “Hari ni penat tapi saya syukur sebab sempat dhuha.”
Tajuk blog: “Bagaimana Solat Dhuha Bantu Suri Rumah Kekal Tenang.”
Susun isi jadi point.
– Apa yang berlaku
– Apa pengajaran
– Apa solusi atau tips
Tambah kesimpulan dan seruan.
“Semoga tulisan ni beri semangat kepada ibu-ibu lain yang nak istiqamah beribadah di rumah.”
Bila kita ubah status jadi struktur, tulisan tu boleh dikategorikan, diindeks, dan dibaca AI dengan lebih mudah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah.
Dan dalam setiap perkara ada kebaikan.
Berusahalah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu,
mintalah pertolongan kepada Allah, dan jangan lemah.”
(Hadis riwayat Muslim, no. 2664)
Pengajaran:
- “Berusahalah untuk yang bermanfaat” = prinsip asas kerja, bisnes, dan ilmu.
- Jangan sekadar berharap atau berangan, tapi bergerak, bertindak, dan terus cuba.
Kenapa Bisnes Perlu Guna FB Page dan Website?
Untuk peniaga dan pengasas jenama, ini sangat penting.
Sekarang bila pelanggan tanya ChatGPT, contohnya:
“Apa jam azan terbaik untuk rumah?”
AI akan cari maklumat di website yang boleh dibaca — bukan di post personal atau group jualan.
Kalau website awak lengkap dengan artikel informasi, AI boleh petik maklumat itu sebagai jawapan.
Itu sebab ramai syarikat besar mula tambah bahagian “blog informasi” dalam website mereka.
Ia bukan sekadar artikel — ia magnet supaya jenama mereka “hidup” dalam sistem carian AI.
Ringkasan: Dunia Penulisan Dah Masuk Fasa Baru
Dahulu | Sekarang |
---|---|
Menulis untuk manusia (followers) | Menulis untuk manusia dan sistem (AI, Google) |
Post cepat, pendek, spontan | Artikel berstruktur, kekal, mudah diindeks |
Di FB personal / group tertutup | Di FB Page dan blog |
Fokus engagement | Fokus visibility & keberlanjutan |
Tulisan di dunia digital sekarang bukan sekadar perkongsian —
ia jadi data, bukti kewujudan, dan wakaf ilmu.
Kalau kita menulis di tempat yang betul, tulisan itu boleh terus hidup, dibaca semula, dan memberi manfaat walaupun kita dah lama berhenti menaip.
Langkah Praktikal Untuk Mula Hari Ini
Anda boleh copy semula posting di Chatgpt dan chatgpt boleh bantu bina artikel di blog anda (kerja semakin mudah kan?)
Bagaimana cara untuk mulakan perubahan anda hari ini;
- Bina FB Page – guna nama sendiri atau jenama.
- Contoh: Emme Marina – Penulis & Blogger Muslimah.
- Buka blog percuma (Blogspot / WordPress).
- Tak perlu kompleks — cukup dengan 3 bahagian: Artikel, Tentang, Hubungi.
- Salin semula status bermanfaat dari FB personal ke Page dan Blog.
- Tambah tajuk, struktur dan sedikit penerangan.
- Jadikan blog sebagai “rumah utama” tulisan.
- Semua konten dari Page boleh link balik ke blog.
- Konsisten.
- 1 artikel seminggu pun cukup. Yang penting, biar kekal di tempat yang dunia boleh baca.
Penutup: Tulis Supaya Dunia Dengar
Menulis hari ini bukan lagi soal siapa ramai like,
tapi soal siapa yang boleh ditemui semula bila orang mencari ilmu dan solusi.
AI membaca dunia dengan satu prinsip mudah:
“Kalau tulisan awak boleh diakses, saya boleh baca.”
Jadi tulislah di tempat yang betul — FB Page dan blog.
Itu bukan sekadar “medium baru,” tapi asas untuk wakaf ilmu digital dan legasi bisnes.
Kalau anda perlukan bantuan untuk pindahkan tulisan ke blog atau nak bina laman artikel berstruktur, saya boleh bantu — dari susun isi, tulis semula gaya SEO, sampai siap publish di website awak sendiri. Saya ada buat servis content creator, bina FB page dan juga bina blog / website.
Boleh hubungi saya di sini -> Hubungi Saya
🌿 Sebab dalam dunia AI hari ini, hanya tulisan yang berstruktur akan terus hidup.
0 Ulasan