Khadijah Summit 2025 – Bila Wanita Kembali Pada Al-Quran (27 Disember 2025)

 Khadijah Summit 2025 ialah program rohani khas untuk wanita Muslimah yang mahu reset hidup, refleksi diri dan kembali kepada Al-Quran sebagai panduan utama.

Saya menulis ini bukan sebagai promosi rasmi atau iklan program. Saya menulis sebagai seorang wanita yang juga sedang berjuang memperbaiki diri dan dalam masa yang sama, turut terlibat sebagai AJK penganjur Khadijah Summit 2025. Alhamdulillah, subhanallah diberikan peluang untuk turut berkhidmat di dalam program berbentuk keagamaan khususnya buat para wanita. 

Tahukah sahabat?

Sejak awal kami mula merancang program ini, saya tahu ini bukan sekadar satu lagi seminar biasa. Saya sendiri rasa program ini bukan dicipta untuk mengisi masa lapang sesiapa. Tapi ia dicipta sebagai satu bentuk peringatan dan ruang “berhenti” buat kita semua yang mungkin dah terlalu lama hidup dalam keletihan, dalam kekeliruan, dalam rutin yang menyesakkan... tapi tak pernah betul-betul ambil masa untuk menyemak kembali arah hidup kita.

Cuba kita semak kembali..

Berapa ramai antara kita yang sibuk kejar macam-macam perkara sama ada urus rumah, kerja, anak-anak, kerjaya, tanggungjawab tapi dalam diam hidup ini rasa kosong? Kita tahu kita perlu Allah. Kita tahu kita patut kembali semula kepada Al-Quran. Tapi kadang-kadang, kita tak tahu bagaimana. Kadang-kadang, kita tak ada ruang. Dan lebih jujur lagi  kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita dah terlalu jauh.

Allahu akbar

Dan sebab itulah Khadijah Summit 2025 diadakan.

Dengan tema “Fainni Qarib – Sesungguhnya Aku Dekat”, kami mahu membuka satu ruang untuk para wanita berhenti seketika dan kembali menyambung hubungan dengan Tuhan. Bukan melalui motivasi kosong, bukan sekadar kata-kata semangat sementara — tetapi melalui ilmu yang berakar pada Al-Quran, dengan tadabbur, penghayatan dan refleksi sebenar terhadap kehidupan kita hari ini.


Wanita dan Al-Quran: Hubungan yang Tak Boleh Terputus

Allah turunkan Al-Quran bukan untuk dibaca masa lapang. Tetapi, untuk jadi kompas hidup, ubat jiwa, penjaga langkah.

“Dan Kami turunkan al-Quran sebagai penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…”
(Surah Al-Isra’: 82)

“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus…”
(Surah Al-Isra’: 9)

Sebagai wanita, kita tak boleh nafikan hakikat bahawa kita memegang amanah besar dalam hidup ini.


Kita bukan sekadar manusia yang hidup sendiri. Kita pemegang peranan besar — sebagai ibu, isteri, anak, penjaga rumah, pembina suasana, pendidik anak-anak, penguat semangat suami, pemegang nilai dalam rumah tangga. Dan semua itu, kalau tidak dibina dengan ilmu dan kekuatan dari Allah, boleh menjadikan kita rapuh, mudah goyah, dan kadang-kadang hanyut tanpa kita sedar.

“Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Khadijah Summit 2025 – Fainni Qarib

Satu ruang realignment untuk wanita.
Bukan seminar motivasi. Bukan sesi healing sementara.
Ini ruang untuk berhenti sekejap dan sambung balik hubungan kita dengan Tuhan — melalui Al-Quran.


Butiran Program:

Tarikh: 27 Disember 2025 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: Auditorium Zainudin Jaafar, Universiti Islam Selangor (UIS), Bandar Seri Putra
Pilihan Rakaman / Online: Disediakan

Barisan Pembimbing Jiwa:

  • Tn Fazrul IsmailPengarah Akademi Sinergi Ikhlas
  • Ustazah Sharifah ZahidahPengasas #sebelumsenja
  • Pn Syahirah OmarPenulis Perfectly Imperfect Mom
  • Pn Ayesha SyahiraPenulis Befriending the Quran
  • Moderator: Us Khairina – Founder Sakeena Quran 

Bonus Eksklusif Untuk Peserta:

  • ✅ Ebook percuma: Tadabbur Surah Al-Fatihah
  • ✅ Klinik Al-Fatihah (1-to-1 bersama asatizah)
  • ✅ 3 webinar bonus:

    Suri Tahajjud – Arafeeq
  • Reflect & Connect – Qalbuku
  • Kaedah Mengajar Al-Quran – Sakeena

Harga Tiket:

  • Individu: RM 89
  • Online / Rakaman: RM 69
  • Bertiga ke atas: RM 79
  • Kumpulan 10 orang: RM 69
  • Kumpulan 40 orang: RM 50 (perlu daftar melalui hotline, sila hubungi no hotline ya)

Hotline: 011-3750 2494 / 013-937 8811

Saya menulis semua ini bukan dari sudut luar, tetapi dari dalam. Saya sendiri terlibat menguruskan program ini, dan saya nampak bagaimana setiap inci perancangan dibuat dengan niat untuk membawa kita semua iaitu wanita-wanita Muslimah ini kembali kepada Allah, dengan cara yang paling indah: melalui Al-Quran.

Kalau anda pernah rasa nak berubah.
Kalau anda pernah rasa kosong.
Kalau anda pernah tertanya-tanya kenapa hidup terasa jauh dari ketenangan…

Saya betul-betul sarankan — hadirkan diri ke Khadijah Summit 2025.
Dan kalau tak dapat datang, tolong dapatkan rakaman. Jangan lepaskan peluang ini.

Ini bukan event sembarangan.
Ini adalah reset rohani yang kita semua perlukan.

Catat Ulasan

0 Ulasan