Baru-baru ini saya terbaca satu perkongsian yang menarik perhatian saya.
“I was married to a student of Islamic knowledge, yet he constantly reminded me of my illness and made me feel like a burden. That experience taught me one lesson: never be deceived by titles, appearances, or reputation. Look at a person's character, for that is what you will live with every day.
You do not need more than a sensible husband with good character, who establishes the five daily prayers, earns from halal sources, and has a connection with the Qur'an and worship.
Remove from your list the conditions that social media has filled your mind with.
There are homes filled with oppression, abuse, and misery despite an abundance of beards, Islamic texts, certificates, and titles. And there are homes filled with mercy, tranquillity, and kindness among ordinary Muslims who may never have studied advanced Islamic sciences, yet understand what it means to fear Allah and treat others well.
A person's books, certificates, and reputation do not guarantee a successful marriage if they do not act upon what they know. So look first at their character, manners, and religion before looking at their memorization, status, or popularity.
The title of ‘Shaykh’ will not lessen the pain of oppression. Knowledge alone will not benefit others if it is not accompanied by good character. A long beard will not show mercy if the heart is harsh and the tongue is hurtful.
Shaykh Ibn Ê¿UthaymÄ«n رØÙ…Ù‡ الله said:
“If the seeker of knowledge does not display virtuous character and good manners, then his pursuit of knowledge is futile.”
A man is not measured by what he knows, but by how he lives. And the real test of a person's religion is often found in the way they treat those under their care when no one is watching.
Anyone can speak about good character. The real test is living by it.”
Perkongsian ini membuatkan saya berfikir panjang.
Bukan kerana ia menyentuh tentang golongan tertentu, tetapi kerana ia mengingatkan kita kepada satu hakikat yang sering dilupakan: jangan menilai buku hanya daripada kulitnya.
Dalam kehidupan, kita sering kagum dengan apa yang terlihat di mata.
Kita kagum dengan gelaran.
Kita kagum dengan sijil.
Kita kagum dengan populariti.
Kita kagum dengan pujian manusia.
Sedangkan Islam mengajar kita melihat sesuatu dengan lebih mendalam daripada itu.
Hakikatnya, seorang Muslim tidak kira siapa dirinya, apa pekerjaannya, setinggi mana kedudukannya atau sebanyak mana ilmunya, tetap dituntut untuk menjaga adab dan akhlak.
Menjadi baik kerana cintakan agama Allah bukan pilihan untuk golongan tertentu sahaja. Ia adalah asas yang sepatutnya ada pada setiap Muslim.
Apabila membaca perkongsian di atas, saya tertanya-tanya:
Adakah apabila seseorang menjadi semakin terkenal, semakin berpengaruh, semakin dihormati atau semakin tinggi ilmunya, dia berhak merasakan dirinya lebih besar daripada orang lain?
Adakah kerana memiliki lebih banyak sijil, maka dia boleh memperlekehkan mereka yang kurang daripadanya?
Adakah kerana manusia memuliakannya, maka dia boleh memandang rendah kepada orang lain?
Bukankah Rasulullah SAW adalah manusia paling mulia?
Baginda adalah pemimpin teragung sepanjang zaman.
Namun adakah Baginda meninggikan diri?
Tidak.
Malah semakin tinggi kedudukan Baginda di sisi Allah, semakin terserlah sifat tawaduk, kasih sayang dan belas ihsan Baginda kepada manusia.
Begitu juga para sahabat رضي الله عنهم.
Mereka adalah generasi terbaik umat ini. Namun sejarah tidak mengingati mereka kerana kesombongan, tetapi kerana kerendahan hati mereka.
Lalu siapalah kita?
Jika Rasulullah SAW dan para sahabat yang jauh lebih mulia memilih untuk merendahkan diri, mengapa kita yang penuh kekurangan kadangkala merasakan diri lebih hebat daripada orang lain?
Pada akhirnya, masalahnya bukan pada ilmu.
Masalahnya bukan pada gelaran.
Masalahnya bukan pada jawatan.
Semua itu adalah nikmat daripada Allah.
Yang perlu kita bimbangkan ialah apabila nikmat tersebut gagal melahirkan akhlak yang baik dan hati yang tawaduk.
Kerana ilmu yang benar sepatutnya membawa seseorang lebih dekat kepada Allah, dan semakin dekat seseorang kepada Allah, semakin dia sedar bahawa dirinya tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.
Semoga Allah mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, akhlak yang baik dan hati yang sentiasa merendah diri di hadapan-Nya.
Wallahu a'lam.

0 Ulasan