TOTIQ Batch 5 Bakal Bermula Julai 2026, Komuniti Sudah Melebihi 200 Ahli

Sebentar tadi, saya lihat kak Tanti (salah seorang pengasas Yayasan Ummi Malaysia) update di dalam grup TOTIQ batch 5. Setiap kali beliau update infomasi, ia bermaksud pertambahan peserta baru. Jadi saya tekan pada group dan lihat berapa ramai peserta terkini hari ini. Subhanallah, Alhamdulillah, grup peserta kini telah menghimpunkan lebih 200 ahli termasuk peserta, guru, fasilitator dan urus setia yang akan bersama-sama menjayakan program ini.


TOTIQ merupakan singkatan kepada Training of Trainers Interaksi Quran, sebuah program yang memberi peluang kepada peserta untuk belajar berinteraksi dengan al-Quran secara lebih dekat dan bermakna.

Ramai yang bertanya, apakah sebenarnya yang dipelajari dalam TOTIQ?

Secara ringkasnya, peserta akan dibimbing untuk melihat al-Quran bukan sekadar sebagai bahan bacaan, tetapi sebagai panduan hidup yang sentiasa relevan dengan keadaan diri, keluarga dan masyarakat. Melalui pendekatan Interaksi Quran, peserta belajar memahami mesej ayat, mengambil ibrah serta menghubungkannya dengan kehidupan seharian.

Mengapa TOTIQ berlangsung selama 6 bulan?

Pada pandangan saya, tempoh enam bulan ini merupakan salah satu kekuatan program TOTIQ. Semasa saya dahulu, TOTIQ batch 3, kami belajar selama 4 bulan sahaja secara intensif sambil menyiapkan berpuluh tugasan dan presentation! Bayangkan, kemudian tempoh pengajian dilanjutkan ke 6 bulan, saya kira ianya tidak membebankan dan lebih baik.

Hubungan dengan al-Quran tidak terbina dalam sehari atau melalui satu seminar hujung minggu sahaja. Ia memerlukan masa, latihan dan bimbingan yang berterusan.

Dalam tempoh enam bulan, peserta berpeluang:

  • Membina rutin berinteraksi dengan al-Quran secara konsisten.
  • Mengamalkan kaedah yang dipelajari secara berperingkat.
  • Mendalami proses tadabbur dan tazakkur dengan lebih tersusun.
  • Belajar bersama komuniti yang mempunyai matlamat yang sama.

Proses perubahan yang beransur-ansur inilah yang sering memberikan kesan yang lebih mendalam berbanding pembelajaran yang terlalu singkat.

Siapa yang sesuai menyertai TOTIQ?

Pada saya, TOTIQ sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan diri dengan al-Quran.

Tidak kira sama ada anda baru ingin bermula atau sudah lama mengikuti program-program al-Quran, TOTIQ menyediakan ruang untuk kita sama-sama belajar, berfikir dan berinteraksi dengan ayat-ayat Allah secara lebih bermakna.

Pendaftaran TOTIQ Batch 5

Insya-Allah TOTIQ Batch 5 akan berlangsung dari Julai 2026 sehingga Disember 2026.

Jika anda sedang mencari satu peluang untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan al-Quran, mungkin ini masa yang sesuai untuk mengambil langkah pertama.

Daftar di sini:

https://yayasanummimalaysia.onpay.my/order/form/TOTIQ5/25

Semoga Allah memilih kita untuk menjadi sahabat al-Quran, bukan sekadar membacanya, tetapi juga memahami, menghayati dan mengamalkan mesej yang terkandung di dalamnya.

Insya Allah, jika ada antara para pembaca blog saya yang sertai, kita akan berjumpa nanti di bulan Julai. Sebulan je lagi tahu. Jom jangan lepaskan peluang untuk belajar al-Quran dengan lebih mendalam bersama TOTIQ

Catat Ulasan

0 Ulasan