Sistem Rekod Kewangan & Bukti Pembayaran Google Sheets

Dalam urusan jualan, perkhidmatan, kelas, tempahan atau pengurusan pelanggan, rekod bayaran dan bukti pembayaran merupakan perkara penting yang perlu disimpan dengan teratur.

Apabila jumlah transaksi semakin bertambah, rekod yang disimpan secara berasingan boleh menjadi sukar untuk dicari dan dirujuk semula. Oleh itu, sistem rekod digital boleh membantu menjadikan urusan penyimpanan maklumat lebih mudah, tersusun dan sistematik.

EM Studio menyediakan Template Sistem Rekod Kewangan & Bukti Pembayaran Google Sheets yang menggunakan gabungan Google Sheets, Google Apps Script dan Google Drive.

Sistem Rekod Kewangan & Bukti Pembayaran Google Sheets


Fungsi Sistem

Antara fungsi yang disediakan ialah:

  • Merekod maklumat pelanggan
  • Merekod produk, item atau jenis perkhidmatan
  • Merekod jumlah bayaran
  • Memasukkan bukti pembayaran dalam bentuk gambar atau PDF
  • Menjana tarikh dan masa rekod secara automatik
  • Menjana ID rekod unik
  • Menyimpan bukti pembayaran ke Google Drive
  • Menyediakan pautan bukti pembayaran dalam Google Sheets
  • Memudahkan rekod transaksi dicari dan dirujuk semula

Sistem ini sesuai digunakan oleh individu, pemilik perniagaan, penyedia perkhidmatan, pengusaha kelas, freelancer, penjual produk atau mana-mana pihak yang memerlukan sistem rekod bayaran yang lebih teratur.

Bukan sekadar rekod jualan! Sistem ini turut menyediakan dashboard ringkas untuk membantu anda melihat jumlah jualan, rekod transaksi dan purata jualan dengan lebih mudah.

Pilihan Pakej

EM Studio menyediakan tiga pilihan pakej mengikut keperluan dan tahap bantuan yang diperlukan.

Pakej A – Setup Sendiri

Pelanggan akan menerima template sistem bersama panduan setup dan penggunaan.

Pelanggan boleh menyediakan sistem sendiri dengan mengikuti panduan yang diberikan.

Harga pengenalan: RM79

Pakej B – Setup Oleh EM Studio

Bagi pakej ini, setup sistem akan dilakukan oleh EM Studio.

Pelanggan hanya perlu memberikan maklumat yang diperlukan. Panduan penggunaan turut diberikan selepas sistem disediakan.

Harga pengenalan: RM149

Pakej C – Customize Sistem

Pakej ini disediakan untuk pelanggan yang memerlukan sistem mengikut keperluan khusus.

Perubahan pada rekod, aliran kerja atau fungsi sistem boleh dibincangkan terlebih dahulu.

Harga bermula RM299

Harga akhir bergantung kepada skop customization yang diperlukan.

Cara Mendapatkan Sistem

  1. Pilih pakej yang sesuai dengan keperluan.
  2. Buat pembelian melalui Shopee.
  3. Berikan alamat email Google yang akan digunakan.
  4. Maklumkan maklumat dan keperluan sistem.
  5. Sistem atau panduan akan disediakan mengikut pakej yang dipilih.

Bagi Pakej B dan Pakej C, sistem akan disediakan dalam tempoh 24–72 jam selepas semua maklumat lengkap diterima.

Nota Penting

  • Akaun Google diperlukan untuk menggunakan sistem.
  • Google Drive menggunakan ruang storan akaun Google pelanggan sendiri.
  • Tiada caj langganan bulanan atau tahunan daripada EM Studio.
  • Sistem ini ialah sistem rekod digital dan bukan perisian perakaunan penuh.
  • Pakej customization tertakluk kepada skop kerja yang dipersetujui.

Dapatkan Sistem Rekod Anda

Jika anda memerlukan kaedah yang lebih mudah untuk merekod maklumat pelanggan, transaksi, bayaran dan bukti pembayaran, sistem daripada EM Studio boleh membantu menjadikan pengurusan rekod lebih teratur.

Berminat untuk mendapatkan sistem ini?

Dapatkan maklumat lengkap pakej, harga dan pilihan setup melalui landing page EM Studio:

👉 Sistem Rekod Kewangan

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi EM Studio melalui WhatsApp di 018-910 0852.

Semoga sistem ini membantu memudahkan urusan merekod pelanggan, pembayaran dan bukti transaksi dengan lebih tersusun.

Catat Ulasan

0 Ulasan