Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, December 19, 2017

Mudahnya Membuat Scramble Egg. Jom Cuba!

December 19, 2017 0 Comments
Assalamualaikum


Bismillah. 


Breakfast sihat dan cepat. Bagi anak-anak yang mahukan makanan yang segera. Memang telur ajelah protein terbaik. Bayi saya yang 10 bulan itu pun boleh makan. hehe. Alhamdulillah.

Mari kita cuba Resepi Scramble Egg ni. Sangat cepat disediakan ramuannya juga mudah. Saya pernah kata begini pada suami saya.. 

"susah ya pa nak buat scramble egg. Kena ada alat dia tu kan.."

So suami saya jawab.. "senang ajelah. tak payah pakai apa-apa alat nak goncangkan scramble egg tu"

Ini gara-gara saya terlihat di youtube ada alat memasak scramble egg tu. haha. Suami pernah kerja di MC Donald semasa zaman belajar. Jadi ya.. dia tahu memasaknya.. tapi tak pernah masakkan pun!

Okaylah. Rupanya memang senang. Anda hanya perlukan air sahaja untuk jadikan telur ni daripada telur dada ke scramble egg. (apa panggilan bahasa melayu eh scramble egg ni?)


Resepi Scramble Egg


Telur (berapa biji ikut kesesuaian anda)
Lada sulah
Garam
Bawang dicincang dadu
Tomato dicincang dadu



Macam nak jadi telur dadar dah kan!


Letakkan sedikit air. Jadi minyak bercampur dengan air. Korang jangan letak air awal-awal masak minyak sedang panas. karang haaaa



Jadi! Tak perlu masak lama. Cukup ianya sudah masak. Angkat dan hidangkan.

Scramble egg ni boleh dan sedap dimakan begitu sahaja. Letak sos sikit. uwaaa. marvelous. Juga boleh dimakan bersama roti kosong. 


Alhamdulillah. Bukan anak sahaja suka, kucing si Elizabeth pun makan sekali.. alahai.. lapar sangat la tu. 


Selamat mencuba! 

Monday, February 22, 2016

Resepi Jemput-jemput Dodol

February 22, 2016 0 Comments

Teks: Emme Marina Mohamad

Pertama kali makan jemput-jemput dodol atau cengkodok dodol ni semasa saya menjadi jurutera di Kilang Plastik, Nilai, Negeri Sembilan. Teringat lagi saya semasa Kak Mila datang membawa sebekas jemput-jemput dodol. Punyalah ramai yang suka jemput-jemput dodol ni di kilang tu rupanya. Sebab itulah seronok Kak Mila bila memasak dan membawa kuih ini ke kilang.

Dodol merupakan antara salah satu makanan kegemaran saya. Huh, sedapnya tidak terkata. Tetapi saya kurang menggemari dodol yang keras. Pilihan saya yang masih lembut. Sebab itulah bila musim raya, sibuk saya memaksa emak memasak dodol. Sedap tetapi leceh bukan? Hehe. ampun ibuku.
Kelmarin berjalan-jalan di Rantau Panjang, Kelantan ada pula dodol ni. Apalagi tanpa buang masa terus saya beli sepaket. Sepaket harganya cuma RM6. Murahlah bagi saya.

Rasanya sedap juga.

Jadi hari ni saya pon buatkan lah untuk sendiri dan anak-anak jemput dodol. Alhamdulillah, anak-anak suka kecuali kakak yang kurang gemar. Manis sangat katanya.

Resepinya senang sahaja. Macam mana kalian buat jemput-jemput biasa di rumah. Begitulah. cumanya kali ini ada hirisan dodol yang dicampurkan sekali.

Resepi jemput-jemput dodol
Tepung gandum
Garam
Air
Dodol

Caranya seperti dalam gambar ya


Mudah sahaja bukan?

Nyum-nyum

Sangat sedap. Bila digoreng, isi dodol jadi lebih manis dan lembik. Memang terbaik. Hehe

Bagi penggemar dodol, bolehlah cuba!


Tuesday, January 05, 2016

Resepi Pancake Gebu dan Lembut Tanpa Susu

January 05, 2016 0 Comments

Assalamualaikum..

Pancake merupakan makanan paling mudah disediakan dan alhamdulillah sangat digemari anak-anak walaupun hanya makan kosong sahaja. Ada masanya kami makan pancake ini hampir setiap hari. Haa, ala-ala mat salleh gitu kan?

Version yang bakal saya kongsikan ini ialah version pancake menggunakan stevia ya. Jenama Royal sweetener stevia atau dikenali sebagai rcc stevia.

Gantikan gula pasir kepada rcc stevia kerana rcc stevia merupakan pilihan gula yang sangat sihat. Bukan sahaja tanpa kalori malah kosong lemak, dan kosong kolestrol. Manakala gula pasir pula sebenarnya 1 gram bersamaan 4 kalori. Bayangkan berapa banyak kalori masuk ke dalam badan anda semata-mata anda sukakan kemanisan. Tambah lagi gula pasir ni tiada zat kepada badan tau, menambah kegemukan, pembiak sel kanser dan pembiak fungus dan kulat dalam badan kita semua.

Okay. Cukuplah. Mari kita lihat resepi yang saya gunakan ini. Sangatlah mudah dan saya sebenarnya tak pernah sukat. Jadi saya sediakan tips supaya mudah untuk kalian sediakan ya.


Bahan-bahan:

1 cawan Tepung gandum (200 ml)
1 biji telur
Minyak masak (lebih kurang 2-3 sudu, guna minyak sedia ada di rumah sahaja)
Gula stevia (6-8 titik, jika tawar anda boleh tambah)
Atau gula pasir 1/2 - 3/4 cawan
1 sudu teh tepung penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Air
Esen vanilla
1 sudu cuka atau mayonis

Cara- cara:

Campurkan kesemua bahan di atas, kemudian kacau.
Jika step by step,bila saya rajin. Hehe.
1. Pecahkan telur dan campurkan bersama stevia, minyak masak dan esen vanilla. Gaulkan.
2. Kemudian barulah masukkan air diikuti tepung gandum, tepung penaik, soda bikarbonat dan cuka.
3. Gaul rata semuanya sehingga tiada ketulan. Macam buat kek tau.
4. Gunakan frying pan atau kuali leper. Gunakan yang non-stick jika tidak ia melekat atas kuali sebab kita tidak akan gunakan minyak ye.
5. Tuangkan bahan pancake ke atas kuali, apabila timbul lubang pada pancake terbalikkan. Tunggu seketika dan angkat! Siap.

Mudah bukan?

Okay. Saya sediakan gambar dan tips untuk anda hasilkan pancake gebu yang mudah dan cara ideal memasak pancake.


Gaya malas. Saya terus masukkan kesemua bahan
Gaulkan dan tambah air hingga dapat begini ya
Guna frying pan 28in. Huhu. Ini sahaja yang ada. In shaa Allah tak melekat. Jaga api ya, jangan besar sangat


Ini rupa pancake yang elok jika api dan bahan bertepatan. Warna perang kan? Dan pancake naik cantik sahaja


Tips memasak pancake gebu dan lembut
1. Cuka atau mayonis digunakan untuk melembutkan dan menggebukan pancake
2. Api dibuka pada tahap sederhana supaya pancake dimasak dengan baik
3. Guna susu segar berbanding air. Penggunaan susu segar untuk buat pancake lebih gebu dan berkrim. Berbanding air, rasa pancake agak biasa namun masih sedap dan amat mudah disediakan bukan?

Akhir sekali
Cubalah pelbagai variasi resepi pancake.
Pasti anda dapat hasilkan pancake mengikut citarasa anda!

Selamat mencuba.


Sunday, January 03, 2016

Resepi Begedil Daging Mudah dan Sedap

January 03, 2016 0 Comments
Begedil Daging

Assalamualaikum semua,

Hari ini tidak tahu mahu sajikan apa untuk makan malam.  Terasa nak makan bubur nasi pula. Teringat di dapur ada 2 biji kentang dan burger dalam peti sejuk. Apa lagi buat begedil dagingla jawabnya.

Sebenarnya saya ingatkan susah nak buat begedil ni. Tapi rakan saya yakinkan yang sangat mudah disediakan dan kalau ada banyak, bolehlah menyimpan di dalam peti sejuk. Haa, nanti nak makan cuma gorengkan sahaja. Terus saya minta resepi sebab nak cuba. Alhamdulillah, penyediaan begedil daging ni memang amat mudah. Rugi tak belajar buat.
Bolehlah nanti sediakan untuk lauk tambahan atau lauk soto dan mee sup kan?

Mari lihat bahan-bahannya. Tadi saya gunakan 2 biji kentang sahaja dapat 10 ketul begedil size medium.

Bahan-bahan:

Kentang
Daging cincang (paling mudah anda guna sahaja burger daging tu. Dah siap diperisakan juga. He)
Bawang goreng
Perasa
Garam
Telur

Cara-caranya:
1. Rebuskan kentang sehingga lembut. Kemudian, lenyekkan terpulang nak lenyekkan sampai lembut tapi jangan sampai lembik sangat macam mash potato ye.
2. Lepas dah siap lenyek, campurkan daging kisar dan bawang goreng. Bawang goreng ni sedap sangat jika dicampurkan baunya juga harum serta rasa garing. Anda boleh buat sendiri kay. Biasanya saya sediakan sendiri bawang goreng dan bawang putih goreng.
3. Perisakan bersama garam dan perasa jika ada.
4. Sudah siap semuanya. Bentukkan ramuan kepada bentuk begedil (lihat gambar)
5. Bila nak goreng, gunakan telur sebagai penyadur dan barulah goreng. Pastikan telur menyelaputi seluruh badan begedil supaya bahan-bahan tidak pecah atau terkeluar semasa dimasak.


Keadaan begedil siap semua bahan dicampurkan
Bentuk begedil. Dapatlah 10 ketul pakai 2 biji kentang tadi
Telur untuk sadur begedil
Nyum-nyum. Haaa, kalau tak tutup telur sepenuhnya di begedil tu boleh pecah isinya tau.
Siap! Alhamdulillah. Macam dekat kedai tak?

Mujur semua suka makan begedil ni.

Okay, jika anda tanya bagaimana jika buat begedil ayam? Kaedahnya sama, tetapi begedil daging lebih sedap daripada begedil ayam ya.

Tak tahulah jika saya yang rasa begitu, saya pernah guna ayam tetapi rasanya agak kurang. Tetapi saya yakin penggemar ayam pasti tetap sukakannya!

Selamat mencuba.


Thursday, December 17, 2015

Resepi Mee Hailam Mudah dan Sedap

December 17, 2015 0 Comments
Assalamualaikum pembaca yang disayangi dan dihormati sekalian,


1 hari 1 hadis.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


Berada dalam group jemaah amal till jannah merupakan salah satu nikmat yang tidak ternilai. Kita sentiasa dekat dengan Allah. Rakan-rakan usrah yang sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada pencipta Nya.


Hari ni saya ingin kongsikan resepi mee hailam yang sangat mudah dan sedap. Bagi saya dan anak-anakla. Hehe. Kakak lah yang paling sukakan mee hailam ni. Pasti akan bertambah 2-3x kali. Cumanya jika saya yang membuatnya biasanya kurang pedas kerana anak-anak tidak sukakan pedas.


Resepi mee hailam mudah dan sedap

Bahan A ( kisar)
1 biji Bawang merah@holland
3 Ulas bawang putih
Udang kering (agak-agak jangan terlalu banyak)
Cili kering (saya guna yang dah siap kisar)

Bahan B
Kicap manis
Kicap udang (saya guna kicap char keuy teaw)
Sos
Sos tiram
Stok ayam (knorr)
Air

Bahan C
Mee hailam
Udang/ayam/daging
Sayur sawi
Togei

Cara Penyediaan

1. Kisar bahan A, tumiskan hingga berminyak kemudian masukkan bahan B. Kicap udang tu jangan banyak-banyak letak ya. Tak sedap jadinya
2. Masukkan air
3. Jika anda gunakan udang @ daging, lebih sedap jika rebuskan dahulu kemudian gunakan air stok tersebut ke dalam masakan anda
4. Masukkan udang@ayam@daging, tunggu empuk kemudian masukkan sayur-sayuran.

* jika anda mahu pekatkan kuah boleh letak tepung jagung sedikit. Jika tidak, renehkan lama sedikit kuah baru dimasukkan mee kuning.


Selamat mencuba ya, in shaa Allah mudah sahaja kan?

Alhamdulillah... anak sentiasa suka resepi ni. Memang fav mee hailam
Snap skit. Awal-awal hidang terlupa nak snap gambar. Selamat menjamu selera ya

Friday, October 16, 2015

Resepi Kek Coklat Moist Stevia Versi Bakar

October 16, 2015 2 Comments


Teks: Emme Marina Mohamad
Sumber: http://iamaproudmama.blogspot.com/2015/04/resepi-kek-coklat-moist-bakar.html#ixzz3pD7JXd8K
Olahan: Emme Marina Mohamad


Alhamdulillah. Ada kesempatan saya menyediakan resepi khas buat pengguna gula stevia.

Kalau buat kek, bercawan-cawan gula pasir masuk kan? Tahukah anda 1 cawan gula pasir bersamaan 250g. Kalori pula? Huh, tak sanggup nak terima info tu masuk kepala ni. Jika anda sayangkan badan anda, tak mahu lebihan lemak masuk dalam badan. Silalah bertukar ke gula stevia.

Okay, stop celoteh. Mari kita lihat resepi ni dulu. Memang jadi, gebu dan sedap tau. Alhamdulillah, mak abah kata sedap. Suami dan anak-anak suka.

Makan kek sambil jaga kesihatan. In shaa Allah.

RESEPI KEK COKLAT STEVIA

BAHAN A
- 2 cawan tepung superfine. Saya guna tepung gandum.
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 2 sudu teh baking powder


Satukan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas, diayak dan letak ke tepi. Time ni dah boleh ready panaskan oven . Saya guna suhu 170 sahaja, sebab oven saya jenis panas, selalu kek terlebih bakar. He

BAHAN B

Bahan untuk mixer pula adalah

- 2 cawan gula kastor GANTI 10 titik stevia
- 1 cawan susu cair 1/2 cawan selumber je ganti air + susu tepung anak-anak
- 1 cawan butter yang dicairkan atau minyak masak
- 1 cawan air suam
- 1 sudu meja coklat emulco bahan ni saya takde
- 3 biji telur
- susu tepung

Untuk bahan B, secara malasnya saya campurkan kesemuanya sekaligus. Pakai whisk saja. Maaf rumah saya tiada mixer. Oopps, berotot tangan tahu tiap kali bukak kek. Whisk kecil molek buat tu.

Kemudian, campurkan bahan A secara perlahan. Jangan ubuh semua sekali, bersepah pula karang.

Sediakan loyang dan griskan dengan marjerin. Saya pakai planta.

Untuk kek ni, saya guna 8 x 8 inci loyang. Alhamdulillah. Cantik gebu naiknya. Semerbak bau.

Marilah cuba. Mudah sahaja kan? Lebih sihat dengan guna gula stevia.

Kosong kalori
Kosong lemak
Kosong kolestrol
Kosong karbohidrat

Home Ads