Resepi Daging Harimau Meraung Versi Ayam

Bukan harimau ya..tapi Resepi Ayam Meraung. Ramai yang tak makan daging cemburu tengok orang makan daging harimau menangis, jangan bimbang ada versi ayam pula ya.

Namanya Ayam Meraung dengan sos meraung thai


BAHAN PERAPAN DAGING/AYAM (PERAP 3 JAM)

Daging (biar ada lemak sikit)/ayam
Akar ketumbar
Bawang putih
Gula perang
Sos ikan
Kicap pekat
Lada sulah/hitam
Minyak
 
CARA PENYEDIAAN

– Kisar semua bahan dan lumur pada daging/ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.
– Saya perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum masak.
– Untuk masak, panaskan non stick pan, letak minyak sikit. Bakar dengan api kecil.

BAHAN SOS

Sos ikan
Air asam jawa
Perahan limau nipis
Gula kabung/nisan Thai
Serbuk cili kasar
Beras goreng
Daun ketumbar (cincang)
Akar ketumbar (cincang)
Cili padi (cincang)
Bawang merah (cincang)
Bawang putih (cincang)
 

CARA PENYEDIAAN:

– Bancuh semua bahan, perasakan.

Kredit resepi drpd Rasa dot com
*#Godoilicious*

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama