Resepi Sambal Penyet Paling Sedap - Chefwann

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP

Terjumpa dengan membe ni haritu, pergi rumah dia, dia masak ayam penyet. Ya allah sedap sgt sambal dia, saya minta la resepi dia. Alhamdulilah dia izinkan tuk share, so saya sharelah kpd korang semua, cuba lah yer. In syaa allah sedap. 


Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.

Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka.
10. Siap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa.

Selamat mencuba semua.

Kredit Owner : chefwann

Catat Ulasan

0 Ulasan