Persidangan Suri Rumah Kebangsaan KONSURI 28 Oktober 2023

Program terbesar NGO Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) telah berjaya melabuhkan tirainya pada 28 Oktober 2023 yang lepas. Sebuah program berbentuk persidangan telah dijalankan di UTM KL & Residensi dengan penuh berprestij, meriah dan penuh ilmiah. Kita raikan seluruh suri rumah dari Seluruh pelosok negeri datang dan berkonvensyen seharian bersama-sama dalam menambah ilmu sebagai seorang suri rumah tangga. 

program suri rumah terbesar 2023


Pelik apabila seorang isteri perlu hadir untuk tambah ilmu pengetahuannya, pelik lagi melihat kerjasama dan sokongan padu dari Jabatan Kementerian dengan memberikan dana mereka sebanyak RM20, 000 setelah melihat hasil kerja-tangan suri rumah sepenuh masa dalam menjayakan persidangan tersebut. Bukan kaleng-kaleng. 

persidangan suri rumah srr konsuri 2023

Suri rumah dari SRR, terbukti bukan sekadar seorang suri yang pasif sekadar menyusukan anak dan mengemas rumah. Merekalah tulang belakang yang menjayakan program KONSURI 2023 selama 6 bulan dari rumah masing-masing. Paling jauh, penasihat program KONSURI 2023 iaitu Puan Ila Nursalida dari Qatar, ada juga dari Pahang, Johor dan Perak, bergerak sekumpulan wanita ini demi menjayakan sebuah persidangan khas buat suri rumah yang tercinta. 

Syukur alhamdulillah, kehadiran peserta fizikal memenuhi ruangan dewan, dengan sorakan dan sokongan terhadap panelis dan tetamu VIP yang hadir. Tidak kurang juga, peserta online seluruh Malaysia menyokong kuat program ini. Kejayaan ini bertambah bererti lagi apabila media turut membuat liputan mengenai program yang dikatakan julung kalinya dibuat untuk para suri rumah. Tahniah SRR!

persidangan suri rumah srr konsuri 2023


Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) merancang mengangkat martabat kumpulan itu hingga diwartakan dan diiktiraf sebagai kerjaya di negara ini.

Pengerusinya, Rose Jazimah Abdul Jalil berkata, usaha itu diambil dengan mengambil kira peranan besar dimainkan golongan tersebut.

Pengarah Konsuri 2023, Dr Nur Hamizah Basri berkata, konvensyen yang diadakan itu menjadi platform bagi menghasilkan suri rumah berkemahiran dan berketrampilan serta berupaya menjadi aktivis dalam masyarakat. 

"Kita sedang berusaha mencari inisiatif yang bersesuaian supaya golongan ini dapat diperkasakan kerana sekarang terutama di bandar, fenomena baharu wanita pendidikan tinggi berhenti kerja untuk menjadi suri rumah. 

"Ini amat merugikan jika potensi dan kemahiran mereka jika tidak digunakan. Malah akan menyebabkan hilang jati diri dan depresi," ujarnya.

 

Sumber:  Angkat martabat suri rumah, iktiraf kerjaya - SRR


Tahukah suri semua? Pada hari persidangan suri rumah ini bukan sahaja slot dan pengisian tentang suri rumah sahaja ya tetapi berlakunya penyerahan hadiah buat pemenang kertas kerja dan poster penyelidikan, kesemua topik ini haruslah berkisar tentang suri rumah. Baguskan? 

kertas kerja suri rumah

kertas kerja suri rumah


Saya kongsikan liputan-liputan dari media yang meraikan konvensyen suri rumah 2023, terima kasih dan tahniah sekali lagi SRR!

Liputan media dari TV3 - NONA



Liputan media dari TV3 - Wanita Hari Ini (WHI)


Turut menyatakan Soliditary Kepada Palestine bersama YB Aiman Athirah Sabu.




Kejayaan yang cemerlang ini pastinya tidak akan berlaku tanpa usaha dan kerjasama setiap aktivis suri rumah rahmah (SRR), saya doakan agar program ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dengan peserta yang lebih ramai insya Allah. 


pengisian persidangan suri rumah 2023

Catat Ulasan

0 Ulasan