Hanya Pakai 3 Bahan Buat Resepi Nasi Lemak Simple Ikan Cencaru Ini, Konfirm Tambah Lagi

Makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah nasi lemak, simple sahaja menu masakan ini dan boleh dimakan pada waktu pagi (sarapan), tengah hari ataupun malam. Lazimnya sekarang ini kan, kita boleh lihat ramai penjual nasi lemak di tepi jalan, kedai mahupun secara atas talian. 

resepi nasi lemak simple


Paling sedap, resepi nasi lemak simple yang tidak menggunakan terlalu banyak ramuan pada nasi dan sambal nasi lemak. Entri kali ini saya nak kongsikan resepi nasi lemak simple kegemaran suami, nasi lemak telur rebus dengan ikan goreng cencaru bersama pencicah kicap. Masya Allah, sedap betul tau! Mengena seleranya tu, bertambah jika suami makan. Alhamdulillah


resepi nasi lemak simple

Boleh sahaja dimakan tanpa pencicah kicap, tetapi peliknya nasi lemak bersama kicap ni serasi, digaul dengan sambal nasi lemak juga elok sahaja rasanya. Saya sendiri turut tambah nasi lemak. Aduhai, berlemak-lemaklah saya tahun ini. 

Mari saya kongsikan resepi nasi lemak simple, tidak perlukan halia, tidak perlukan bawang putih pun! Eh memang sangat mudah untuk masak nasi lemak yang sedap sebenarnya ya!

Resepi Nasi Lemak Simple

Untuk memasak nasi lemak, anda hanya perlukan 3 bahan ini sahaja,

  1. Beras
  2. Santan segar
  3. Pandan
Tanak nasi seperti biasa, sukatan nasi biasa. Perasakan sedikit dengan garam dan perasa. Biasanya saya letak garam sahaja. Gaulkan nasi lemak santan bila air sudah sedikit pekat. Apabila sudah masak, gaulkan semula dan biarkan dulu seketika.

Resepi Sambal Nasi Lemak Original

Wajib ada sambal nasi lemak! Resepi sambal ini saya ambil dari emak mertua, beliau memang suka masak resepi yang paling basic, tidak perlu pelbagai bahan. Jika sebelum ini, adakalanya saya kisar bawang merah, bawang putih, halia dan ikan bilis. Ada masanya saya letakkan, belacan (ini resepi emak mertua adik saya). Sedap juga sebenarnya tahu. 

Jadi ada pelbagai versi sambal nasi lemak ni kan?

  1. Cili kering (ikut suka anda)
  2. Ikan bilis
  3. Bawang merah besar (dipotong halus/racik)
  4. Asam jawa
  5. Garam
  6. Perasa
  7. Gula
Tumiskan dahulu ikan bilis, kemudian masukkan bawang merah besar. Goreng sehingga layu, kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan masak seketika, dah boleh pun masukkan gula, garam, perasa dan asam jawa. Tiada turutan khas. 

Warna sambal akan mula pekat, merah pekat. Masak sehingga pecah minyak ye, nak pastikan cili kering tu betul-betul masak, nanti sakit perut pulak. 

Siap!

Terlalu simple kan?

Kemudian anda gorenglah ikan cencaru tersebut. Hanya salutkan dengan kunyit serbuk dan garam sahaja. Goreng sehingga garing. Angkat.

Sediakan pula pencicah sambal kicap, pencicah ni sangat mudah. Potong dadu bawang merah, bawang putih dan cili api. Letakkan kicap.

Pergh sedap tahu. 

Bertambah saya makan, aih, bertambah jugalah berat badan ni.

Amacam simple kan resepi nasi lemak kegemaran kami sekeluarga ni? Adakalanya, yang simple itulah kena dengan selera.


Selamat mencuba! Jangan lupa share kembali di sini cubaan nasi lemak simple anda di ruangan komen. 

Catat Ulasan

0 Ulasan