Resepi Begedil Daging Mudah dan Sedap

Begedil Daging

Assalamualaikum semua,

Hari ini tidak tahu mahu sajikan apa untuk makan malam.  Terasa nak makan bubur nasi pula. Teringat di dapur ada 2 biji kentang dan burger dalam peti sejuk. Apa lagi buat begedil dagingla jawabnya.

Sebenarnya saya ingatkan susah nak buat begedil ni. Tapi rakan saya yakinkan yang sangat mudah disediakan dan kalau ada banyak, bolehlah menyimpan di dalam peti sejuk. Haa, nanti nak makan cuma gorengkan sahaja. Terus saya minta resepi sebab nak cuba. Alhamdulillah, penyediaan begedil daging ni memang amat mudah. Rugi tak belajar buat.
Bolehlah nanti sediakan untuk lauk tambahan atau lauk soto dan mee sup kan?

Mari lihat bahan-bahannya. Tadi saya gunakan 2 biji kentang sahaja dapat 10 ketul begedil size medium.

Bahan-bahan:

Kentang
Daging cincang (paling mudah anda guna sahaja burger daging tu. Dah siap diperisakan juga. He)
Bawang goreng
Perasa
Garam
Telur

Cara-caranya:
1. Rebuskan kentang sehingga lembut. Kemudian, lenyekkan terpulang nak lenyekkan sampai lembut tapi jangan sampai lembik sangat macam mash potato ye.
2. Lepas dah siap lenyek, campurkan daging kisar dan bawang goreng. Bawang goreng ni sedap sangat jika dicampurkan baunya juga harum serta rasa garing. Anda boleh buat sendiri kay. Biasanya saya sediakan sendiri bawang goreng dan bawang putih goreng.
3. Perisakan bersama garam dan perasa jika ada.
4. Sudah siap semuanya. Bentukkan ramuan kepada bentuk begedil (lihat gambar)
5. Bila nak goreng, gunakan telur sebagai penyadur dan barulah goreng. Pastikan telur menyelaputi seluruh badan begedil supaya bahan-bahan tidak pecah atau terkeluar semasa dimasak.


Keadaan begedil siap semua bahan dicampurkan
Bentuk begedil. Dapatlah 10 ketul pakai 2 biji kentang tadi
Telur untuk sadur begedil
Nyum-nyum. Haaa, kalau tak tutup telur sepenuhnya di begedil tu boleh pecah isinya tau.
Siap! Alhamdulillah. Macam dekat kedai tak?

Mujur semua suka makan begedil ni.

Okay, jika anda tanya bagaimana jika buat begedil ayam? Kaedahnya sama, tetapi begedil daging lebih sedap daripada begedil ayam ya.

Tak tahulah jika saya yang rasa begitu, saya pernah guna ayam tetapi rasanya agak kurang. Tetapi saya yakin penggemar ayam pasti tetap sukakannya!

Selamat mencuba.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan