Whatsapp Business Kini Di Malaysia. Sudahkah Anda Bertukar?



Bismillah

Panggilan ke semua peniaga Malaysia. Sudahkah anda mencuba applikasi terbaru dari Whatsapp ini?

Mulanya saya mencari bahan bacaan dan review mengenai Whatsapp GB 2 minggu lepas rasanya, saya membaca tentang applikasi ini sudah mendarat di Play Store Indonesia, masih lagi belum ada di Malaysia. Tup tup beberapa hari lepas, viral bahawa Whatsapp Business sudah boleh dimuat turun di applikasi Play Store Malaysia! Hah, teruja ke tak?


Baca review dari Play Store, ramai peniaga tidak berpuas hati atau memberi rating yang tinggi. Mungkin kerana tiada perbezaan ketara anda Whatsapp sedia ada dengan Whatsapp Business ni. Walaupun penambah baikkan itu lebih bagus namun "TERLEBIH MENGHARAPKAN" nampaknya bertukar kepada kekecewaan. Tetapi jangan risaulah! Jika bagi anda applikasi whatsapp biasa dah superb, tentulah Whatsapp Business ni MARVELOUS! Bersyukurlah anda tidak perlu menambah pelbagai cara untuk boostkan marketing Whatsapp anda. Nak tahu sebabnya? Mari baca lagi..

Nah!


4 Ringkasan Fungsi WhatsApp Business Yang Boleh Bantu Ramai Usahawan Online - Thumbs Up!!


Ada yang dah dapat mesej dari WhatsApp tuk pindah ke WhatsApp Business?

WhatsApp Business ada 4 feature utama yang sangat2 membantu usahawan online (market Malaysia khasnya)
.
1. Automated Messages
- Pernah tak dapat mesej wassap bertalu2 sampai tak sempat nak balas first mesej. Habis hilang first impression prospek nak cuba produk anda. Peluang untuk close sale boleh menurun wei kalau tak jaga first impression.
.
Melalui fungsi automated messages, anda boleh set kata-kata aluan untuk bakal pelanggan anda. Kagumkan bakal pelanggan anda dengan mesej auto sepantas kerdipan mata. Buatkan pelanggan anda berasa 'WOW' dengan mesej auto tersebut.
.
2. Quick Replies
- Biasa guna app clippers, kuaiboard, clips dll yang anda guna untuk simpan skrip2 close sale anda. Nah, kini fungsi terssebut wujud dalam WhatsApp Business ini.
.
Setkan sahaja skrip2 anda dalam WhatsApp ini dan terus forward kepada pelanggan anda. Mudah dan sangat2 membantu anda. Percayalah ,kepantasan anda  dalam menjawab soalan dan membantu prospek menyelesaikan masalah boleh menigkatkan peratusan close sale anda sehingga 150%.
.
3. Messaging Statistics
- Fungsi ni antara yang paling membantu dalam menguruskan data-data mesej anda kepada cold, warm, dan hot prospek anda. Melalui fungsi ini, anda boleh tahu, sejauh mana keberkesanan mesej anda itu.
.
4. Labels
Labels ini sangat menarik kerana anda boleh melabel setiap chat anda dengan notis tersendiri. Contohnya, anda menerima tempahan baru dan mungkin nak cepat jadi labelkan dahulu "NEW ORDER" supaya amda tidak terlepas pandang. Labelkan mengikut kesesuaian anda sebagai seorang peniaga.


Berapa orang sudah menerima mesej anda. Berapa orang sudah membaca mesej anda. Berapa orang dah block anda dari list wassap mereka. Cool bukan.
.
So, lepas ni anda dah boleh buat check anda balance. Samada mesej wassap anda terlalu extreme, proses follow up anda caca marba dan macam2 lagi masalah yang boleh berlaku. Dengan pantas dan efisyen anda boleh baiki aspek2 tersbut. Nice right?

Bagaimana?

Sangat mengujakan bukan?



BONUS!

Disebabkan Whatsapp Business masih terlalu baru dan terlebih baru di Malaysia. Ramai yang bertanyakan pelbagai soalan. Dua soalan paling top saya dapat sejak 2-3 hari ini ialah:-

Boleh ke install dua whatsapp iaitu Whatsapp Business dan sedia ada pada 1 handphone?

Jawapan: BOLEH! Kedua whatsapp ini tidak sama, Whatsapp Business bukanlah "program update" tetapi merupakan applikasi baru dari syarikat pengeluar Whatsapp. Oleh itu, anda boleh install sahaja tanpa perlu risau.

Bagaimana nak pakai Whatsapp Business dan Whatsapp sedia ada serentak?

Jawapan: Anda memerlukan 2 nombor untuk applikasi ini berjalan serentak. 1 whatsapp 1 nombor. Jika anda terus menggunakan no sedia ada (no lama), anda kemungkinan besar akan hilang segala data tanpa anda sedari! Pastikan anda backup siap-siap data di Whatsapp lama dan simpan data yang penting di tempat lain supaya jika berlaku kehilangan, anda tidak perlu panik. Jika anda menggunakan no lain (baru), anda boleh terus pakai tanpa sebarang masalah. 


Of course bagi taiko-taiko whatsapp, siap pakai whatsapp GB, anda memang boleh pakai 3 whatsapp sekali gus. Pastikan handphone anda RAM dan storage besar ye!


Insha Allah, saya akan sharekan review saya sendiri selepas bertukar ke whatsapp Business kay. Tunggu :)

Catat Ulasan

0 Ulasan