Ketahui 8 Sebab Rezeki Lambat Masuk

Teks: Emme Marina Mohamad

Dalam bisnes atau mencari nafkah buat diri sendiri atau keluarga. Ramai mengeluh telah buat sehabis daya. Ada yang tidak tidur kerana berusaha. Yang berbisnes online, sanggup bersengkang mata demi menatap pc dan menunggu kastemer. Semuanya demi mencari sesuap nasi.

Jika dapat, tidak pula bersyukur malah merasakan tidak mencukupi pada bahagiannya. Itukah diri kita?


Mari saya kongsikan Rahsia Mengapa  Rezeki Lambat Masuk.

Inilah Rahsianya.

1.Gemar mengungkit pemberian.

2.Asyik mencanang perihal duit yang tak cukup untuk urusan itu dan ini.

3.Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.

4.Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.

5.Riak bila bersedekah.

6.Banyak melakukan kemungkaran/maksiat.

7.Tidak/kurang beristighfar

8.Tidak bersyukur/banyak mengeluh.


Semak. Ada tak sifat di atas dalam diri kita? Jika ada, dah tiba masanya untuk berubah! Percayalah, ini juga antara amalan yang saya sentiasa perbaiki. Saya sentiasa doakan agar kalian semua mendapat rahmat dan rezeki yang luas. Jadi seorang dermawan in shaa Allah. Bersama-sama kita memartabatkan islam dan mereka yang memerlukan.

Kerana, dalam rezeki kita pasti terdapat rezeki orang lain :)



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan