Saya nak kongsikan satu pengalaman sebenar menggunakan Canva yang baru saya alami dan jujurnya, memang buat stress.
Saya membina satu design di Canva menggunakan template bertajuk Instagram Story. Seingat saya, dan memang telah digunakan sebelum ini, design tersebut adalah dalam bentuk image file.
Design ini digunakan sebagai laman maklumat (biolink) dan apabila dijadikan sebagai website, ia sepatutnya boleh diklik pada setiap info yang telah disediakan. Dan ya, ia memang berfungsi dengan baik sebelum ini.
Namun, apa yang berlaku baru-baru ini ialah design tersebut tiba-tiba bertukar menjadi video, dan akibatnya tidak lagi boleh digunakan dengan betul sebagai website.
![]() |
| Wujud timeline di bawah poster dan tiada pilihan untuk delete atau offkan animation (MP4) |
Apa Itu “Biolink” Sebenarnya?
Ramai orang mungkin biasa dengan Linktree — iaitu satu halaman khas yang menghimpunkan banyak pautan dalam satu link.
Biasanya digunakan pada:
- bio Instagram
- bio Facebook
- profil WhatsApp
- atau mana-mana platform yang hanya benarkan satu link sahaja
Namun, Linktree versi percuma mempunyai beberapa kekangan:
- template yang sangat terhad
- susun atur tidak boleh diubah sesuka hati
- rupa halaman hampir sama antara pengguna
Disebabkan itu, ramai admin, NGO dan bisnes kecil memilih untuk membina halaman biolink sendiri.
Kenapa Ramai Pilih Canva Untuk Bina Biolink?
Canva menyediakan template yang fungsinya seakan-akan Linktree, tetapi dengan kelebihan:
- design boleh diubah ikut identiti jenama
- bebas susun teks, ikon dan visual
- nampak lebih kemas dan profesional
- sesuai untuk kegunaan organisasi, bisnes kecil dan personal brand
![]() |
| Pilihan design yang available dari linktree, template design adalah standard, jika ingin pro version, anda boleh buat pembelian/subscribe |
- Instagram Story
- Bio Link
- Link in Bio
Kebiasaannya, design ini:
- disimpan sebagai image
- dimuat naik ke website
- dan setiap bahagian dijadikan elemen klik
Dan inilah kaedah yang saya gunakan — dan ia memang berfungsi dengan baik sebelum ini.
Apa Masalah Sebenar Bila Design Canva Jadi Video?
Apabila design tersebut dibuka semula di Canva, saya dapati:
- terdapat timeline video di bahagian bawah
- tiada lagi pilihan Animate → None (puas godek tak jumpa nak matikan animation, rasanya memang tiada?)
- fail hanya boleh dimuat turun sebagai MP4 (video)
Masalah utama di sini ialah:
- Video tidak boleh dijadikan elemen klik dalam website
- Link yang diletakkan di dalam Canva tidak dibaca oleh website
Walaupun design tersebut kelihatan statik, hakikatnya ia telah dianggap sebagai video file, dan sebab itulah ia tidak boleh berfungsi sebagai halaman klik.
Lebih mencabar, design yang sudah bertukar menjadi video ini tidak boleh di-undo atau ditukar semula kepada image.
Kenapa Design Canva Boleh Bertukar Jadi Video?
Dalam Canva:
- Image design dan Video design ialah dua jenis canvas yang berbeza
- Apabila satu design:
- mempunyai timeline
- atau berasal daripada template video
Canva akan mengunci design tersebut sebagai video, dan buat masa ini tiada fungsi untuk menukarkannya semula kepada image secara langsung.
Dalam kes ini, apabila saya search template-template story yang lain, versi biolink, majoritynya adalah dalam bentuk MP4, jadi kemungkinan besar Canva telah membuat perubahan, malangnya ia telah menjadikan idea website ala lintree sedikit bermasalah.
Namun tak mengapa, setiap perkara pasti ada solusinya.
Cara Selesaikan Masalah Design Canva Jadi Video Untuk Website
Ini langkah sebenar yang saya ambil, dan inilah jalan paling selamat:
1. Create New Design (Image)
Saya mencipta design baru dari kosong.
- Klik Create a design
- Pilih Custom size (untuk dapatkan size template yang asal, pergi ke download dekat situ ada dikongsikan sizenya jika anda terlupa)
- Pastikan tiada timeline video
2. Gunakan Semula Design Lama
- Salin semua elemen daripada design lama (yang telah menjadi video)
- Paste ke dalam design baru (image canvas)
- cara termudah, anda klik pada project dan pilih template yang ingin anda gunakan semula.
![]() |
| Cara ini lebih baik dan mudah berbanding copy paste |
Canva akan ikut jenis canvas yang baru, bukan asal design.
3. Unpublish Link Lama
- Link lama yang menggunakan design video → unpublish
- Elakkan pengguna klik pada halaman yang tidak berfungsi
4. Create Link Baru
- Setkan pada poster baru sebagai website.
- Anda boleh gunakan Canva juga sebagai link website biolink anda, sebagai contoh yang saya gunakan untuk SRR adalah https://surirumahrahmah.my.canva.site/biolink
- Gunakan link baru sebagai pautan rasmi
Ringkasan Langkah Cepat Selesaikan Design Canva Jadi Video
- Create design baru dalam format image
- Salin semua elemen daripada design lama (guna method upload via projects)
- Unpublish link lama yang menggunakan file video
- Create link baru menggunakan image (poster baru)
Pengajaran Penting Dari Kes Ini
Beberapa perkara penting yang boleh dijadikan pengajaran:
- Template Instagram Story atau Bio Link dalam Canva kini banyak yang auto-video
- Design untuk website mesti dalam format image (PNG/JPG)
- Jika file type video menggunakan link website, maka link itu tidak akan dapat diklik.
- Jika nampak timeline, design itu tidak sesuai untuk web
Rule ringkas yang saya pegang sekarang:
Kalau nampak timeline di Canva, jangan guna design itu untuk website.
Penutup
Pengalaman ini memang sedikit menguji emosi, tetapi ia juga membuka mata tentang:
- cara Canva berfungsi
- perbezaan design untuk media sosial dan website
- kepentingan SOP design yang jelas, terutamanya bila bekerja dalam pasukan
Harap perkongsian ini membantu sesiapa yang mungkin:
- design Canva tiba-tiba jadi video
- halaman website tak boleh klik walaupun design nampak statik
- atau sedang bina halaman biolink sendiri
Insya-Allah, sekarang anda dah tahu puncanya dan cara menyelesaikannya.
Pengalaman ini buat saya lebih berhati-hati bila menggunakan Canva untuk kegunaan website, terutama bila melibatkan halaman yang perlu boleh diklik. Kadang-kadang design nampak kecil, tetapi kesannya besar pada fungsi dan pengalaman pengguna.
Jika anda sedang bina halaman maklumat, biolink atau website ringkas dan perlukan bantuan dari segi susunan content, design yang web-safe atau flow yang betul, saya terbuka untuk bantu secara freelance.
Saya bantu urus content, design & website supaya ia berfungsi, bukan sekadar cantik.
✔️ Content & copywriting
✔️ Canva design (web-safe & social)
✔️ Website / biolink yang boleh klik & kemas
✔️ Admin & SOP digital
Sesuai untuk NGO, bisnes kecil & personal brand.
Kalau perlukan orang yang faham kerja belakang tabir, boleh PM saya.
.png)





.png)
0 Ulasan