Apa Itu Stevia?

Teks: Emme Marina Mohamad

Teringat saya pada tahun lepas selepas melahirkan anak ketiga, saya hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 3kg sahaja dalam masa sebulan. Berbanding sebelum ni, selepas berpantang saya boleh turunkan berat badan sekurang-kurangnya 5kg. Happy la jugakkan?

Mungkin faktor umur, atau ada kaitan ke sebab banyak sangat makan nasi kerana nak maintain susu badan menyebabkan penurunan berat badan saya kali ni lambat pula. Dari sini saya belajar mengenai cara diet yang betul, pemakanan yang boleh mengakibatkan lemak (huhu), dan cara menurunkan berat badan tanpa menggunakan supplemen.

Diet atkins. Tahukah anda kewujudan diet program ini? Ianya satu diet yang anti-gula dan anti-karbohidrat. Erti kata lain, dalam program diet ini anda harus berhenti makan sebarang karbohidrat dan gula untuk menurunkan berat badan anda. Kenapa? Jawapannya kerana rupanya karbohidrat dan gula ini adalah penyebab kepada lemak yang berlebihan dalam badan kita.

"Karbohidrat ini apabila dimakan dan diproses di dalam badan ianya akan ditukarkan kepada gula, gula ini pula diproses menjadi tenaga yang badan kita perlukan namun apabila terdapat gula terlebih dalam badan, yang extra ini tidak akan bertukar kepada tenaga sebaliknya disimpan dalam badan menjadi lemak tepu dan inilah penyebab kepada kenaikkan paras gula dalam darah dan obesiti"

Oleh itu, saya cuba mencari alternatif pengganti gula kerana saya seorang penggemar kemanisan. Mujur berjumpa dengan stevia. Alhamdulillah rasanya seakan gula pasir dan brand yang saya gunakan ini rasanya sangat manis, tidak payau atau pahit.

Jom, Kita kenali STEVIA!!


ANTARA CIRI-CIRI STEVIA IALAH :

Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan
Mematikan sel2 kanser

STEVIA TERKENAL DAN MENDAPAT PERHATIAN KERANA :

Ekstrak Stevia adalah 250-300 kali lebih kuat dari gula.
Daun stevia adalah 30 hingga 45 kali lebih manis dari gula.
Bertambahnya permintaan kepada makanan dan minuman rendah karbohidrat/gula.
Stevia untuk mengubati obesiti dan darah tinggi.
Stevia teman baik kepada pesakit2 kanser/jantung/stroke dalam membantu penyembuhan.
Manisan stevia tidak menaikan kadar gula dalam darah.
Kajian perubatan telah mendapati stevia boleh digunakan untuk rawatan hypertension.
Sebagai teh untuk rawatan jantung.
Membantu rawatan osterporosis .
 

KELEBIHAN STEVIA :

✅Mengimbangkan kandungan gula dalam tubuh badan.
✅Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
✅Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda.
✅Membaikpulih sistem2 dalaman badan.
✅Mencuci darah & buah pinggang.
✅Sebagai pemanis semulajadi, sesuai untuk semua peringkat umur lelaki dan perempuan.
✅Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes dan Hypoglycemia).
✅Membantu menurunkan tekanan darah.
✅Membantu sistem penghadaman badan.
✅Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
✅Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (Obesiti).
✅Melawaskan pembuangan air kecil. 
Dan pelbagai kebaikan lagi..

KELEBIHAN EKSTRAK STEVIA :

Pemanis semulajadi untuk minuman dan masakan.
Menurunkan kadar gula dalam darah untuk pesakit kencing manis.
Melawaskan kencing untuk mengelakkan penyakit batu karang.
Membunuh bakteria penyebab penyakit.
Membunuh virus dalam badan.
Mengurangkan keradangan.
Membantu menurunkan berat badan – obesity.
Membantu melambatkan penuaan dan awet muda sekiranya dijadikan amalan dlm minuman & masakan harian.
Menghindarkan penyakit-penyakit kronik dan berbahaya akibat daripada kekurangan alkali dalam badan (kanser/stroke/diebetes dsb).



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan