Catatan Harian Suri Bekerja Dari Rumah

Assalamualaikum,

Pagi ini saya bangun agak lewat untuk menunaikan solat fardhu subuh. Astagfirullah al azim, semoga Allah menerima keampuan saya atas kelalaian diri sendiri. Tunaikan juga solat sunat 2 rakaat sebelum subuh kerana ia adalah harta kekayaan sebenar. Alhamdulillah, mulanya saya tidak amalkan keutamaan solat sunat fajar ni tetapi satu hari suami berpesan, "sayang, solat sunat sebelum subuh 2 rakaat ialah kekayaan sebenar" macam itulah dia pernah sampaikan pada saya satu hari. Nasihat yang baik dari suami, wajib isteri taati. Inilah pendapat saya. Sama seperti apabila waktu solat tiba dan kita leka menonton televisyen atau melayan anak-anak lalu suami berkata " sayang, gi solat dah masuk waktu", serta merta saya tinggalkan aktiviti ketika itu dan menunaikan kewajiban kita kepada Allah swt. Tetapi sesungguhnya, kewajiban menunaikan fardhu solat awal waktu adalah rahsia kejayaan sebenar kepada harta kekayaan dan kebahagiaan.

Sebentar tadi tokei sabun wangi datang menghantar sabun basuh baju ke rumah. Alhamdulillah, berjiran rupanya kami. Rumahnya di dalam taman yang sama, kami berwassap siang semalam dan berjanji untuk bertemu hari ini. Saya memilih sabun wangi berwarna pink, alhamdulilah baunya juga sangat wangi. Maaf tiada gambar ya, lain kali saya masukkan entri kita review sabun wangi ni pula ya. Rahsia ya, sudah lebih 2 hari tidak basuh baju gara-gara sabun basuh sudah habis. Suka pula kami sekarang guna sabun wangi ni, 10kg harga boleh didapati pada harga RM23-RM30. Range harga yang berbeza-beza kerana produk sabun wangi ni ada banyak kilangnya dari pelbagai sumber. Yang saya beli ini harganya RM 28 untuk 10 kg.

Anak bongsu saya baru sahaja tidur semula. Bolehlah saya mulakan aktiviti mengupdate blog dan iklan di facebook. Maklumlah, surirumah berpendapatan sendiri, usaha kena ada baru ada hasilnya. Masakan wang jatuh dari langit melainkan orang yang menderma, hehe.Tak lama lagi waktu memasak tengah hari bakal tiba, mama kena memasak buat anak-anak pula.

Nantikan perkongsian saya mengenai panduan bagaimana suri boleh berbisnes dari rumah dan mengapa pilihan bersama akademi bekerja di rumah ialah pilihan yang tepat buat suri semua. In shaa Allah. Salam sayang dari suri ke suri.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan