Dah cuba macam macam tapi tak berkesan. Kenapa tak cuba amalkan makanan semulajadi. Tahu tak banyak kebaikannya untuk ibu dan bayi taw.
Berikut merupakan antara makanan yang boleh membantu banyakkan susu badan :-
1) Lobak putih - Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
2) Buah longan kering - Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
3) Kurma - Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu
4) Pucuk betik/Betik mud - Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
5) Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed - Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Supplemen MAMOM milk booster mengandungi bahan ini.
7) Kacang soya - Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan