Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

1/05/2016

Terima parcel Dari Abang Posmen

Buku yang ditunggu sudah pun sampai. Dua buah buku dari program wakaf Keajaiban Allah Tempat Meminta dari Kak Rosya.

Beberapa minggu yang lepas sebelum Maulidur rasul kami di Amal till Jannah ada mendapat harga istimewa dari penulis KATM khas buat jemaah Amal till Jannah. Berpeluang untuk mewakafkan buku KATM ini bagi golongan asnaf, gelandangan dan anak yatim pada harga yang sangat murah iaitu RM 6 senaskhah sahaja. Harga asal RM18. Memang mengujakan!

Saya pesan 5 buah buku, 3 diwakafkan dan 2 buah untuk saya dan abah. Semoga apa jua dikongsikan di dalam buku KATM ini menjadi ikutan bagi diri saya dan keluarga.

Suami pun sebenarnya ada juga dapat bungkusan. Hehe. Minggu lepas dia ada tempah minuman penambah berat badan tahu. Risau pula saya jikalau suami naik kilo tak berhenti-henti. Namun saya harus akui suami memang sangat kurus sekarang ni. Di tambah dengan masalah usus yang dihadapi. Makan selalu kurang selera.

Target encik suami 60 kilo katanya. Baiklah mari kita lihat naik atau tidak. Huish... Mahal tahu susu naikkan lemak badan ni. 

anak nak jugak posing kat parcel, tengoklah parcel suami saya tu. punyalah berat

Alhamdulillah... Nak baca malam ni

Apa entah namanya, saya memang kurang mengusik barang suami saya. Biarkan dia lihat nanti.

0 Comments:

Catat Ulasan

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com