Jubah Nursing Murah

Teks: Emme Marina Mohamad

Saya amat menyukai pakaian berjubah atau dress. Bagi saya, pemakaiannya amat mudah dan sangat sopan.

Paling penting bagi saya ialah jubah atau dress tersebut tidak ketat, longgar dan tidak jarang. Ianya penting kerana apa yang saya pakai melambangkan peribadi kita. Setuju?

Memandangkan saya menyusu anak secara ekslusif, jadi baju jubah dan dress berzip depan atau butang amatlah menjadi pilihan.

Ha, ada satu lagi faktor yang saya akan jadikan keutamaan iaitu harga! Ya, harga amat penting di samping kualiti kain yang baik. Saya hanya akan membeli jubah atau dress pada harga bawah RM 80 ke RM 100 sahaja. Lebih dari itu, saya merasakan ianya satu kemewahan. Cukuplah dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Sebelum ini saya pernah menjual produk jubah dan dress ni. Tetapi sudah lama berhenti. Bila tengok jubah-jubah ini terasa semangat kembali. jualan jubah merupakan produk bisnes pertama saya dahulu. Saya berniaga jubah kerana minat. Misi saya agar lebih ramai wanita di luar sana dapat berbelanja membeli pakaian yang dapat menutup aurat dengan lebih sempurna disamping harga yang amat-amat mampu milik.

Jubah nursing murah
Jubah nursing murah
Jubah nursing murah

In shaa Allah nantikan entri jualan jubah saya tidak lama lagi ya.

Teaser.



Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. aslm
    Pakaian yang indah mata memandang.

    Terima kasih,
    Bokhar
    http://lotfourty.com/blog/

    BalasPadam