Ulasan Kelas Akaun - Azlina Abd Aziz


Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah dan itulah objektifnya. Di samping itu juga, dapat menjaga anak di rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti ini.

Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.

Catat Ulasan

0 Ulasan