Senarai Sekolah Menengah Agama Kuantan Pahang (SMA, SABK, KAA, Maahad Tahfiz)

Sedang mencari maklumat mengenai Sekolah Menengah Agama di Kuantan? Anda sedang berada di artikel yang tepat.

Syukur alhamdulillah, diberikan rezeki tinggal di negeri pantai timur iaitu Pahang Darul Makmur. Walaupun adakalanya kurang rasi tinggal di sini namun ada banyak kelebihan yang saya suka dan antaranya ialah pendidikan Islam di sini terjaga dan begitu memberangsangkan sekali! Masya Allah. 

Baiklah, saya doakan ya agar di mana sahaja anda berada, anda dan keluarga berada dibawah perlindungan Allah swt. Dikurniakan anak-anak yang berakhlak tinggi, sopan dan tahu buruk dan baik setiap perbuatan mereka insya Allah. Kita minta Allah jaga baik-baik. 

Bolehlah ibu-ibu dan bapa-bapa mula merancang nak masukkan anak ke sekolah agama yang mana nanti dan bagaimana caranya.

sekolah menengah agama kuantan


Apa Itu Sekolah Agama?

Sekolah Agama bermaksud mana-mana tempat yang digunakan bagi tujuan pendidikan, pengajaran atau pembelajaran agama Islam sama ada secara fizikal atau secara dalam talian (maya), di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, tahfiz dan pondok. Ia ditubuh dan ditadbir urus oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) atau individu secara perseorangan atau berkumpulan, atau pertubuhan atau syarikat. Institusi ini berdaftar dengan PBAN dan bukan berada di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa.

Baca jugaNiat Ganti Puasa & Soal Jawab Tentang Puasa Ganti


Beza Sekolah Menengah Agama (SMA/SMKA) VS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 

Pasti ramai ibu bapa yang tertanya apakah perbezaan antara Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terdapat di Malaysia.  Secara asasnya, aliran agama di Sekolah Menengah di bawah KPM mempunyai 3 pilihan iaitu SMKA, SABK (SAM/SMA) & KAA.  

5 Perbezaan SMKA Berbanding SMK ialah :-

1. Pelajaran subjek Bahasa Arab

Walaupun anak-anak sudah mula belajar subjek Bahasa Arab di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan, tetapi apabila masuk ke tingkatan 1, mereka sudah tidak sambung belajar lagi. Oleh itu, peluang untuk memahirkan diri dalam subjek Arab perlu diteruskan dengan memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. 

2. Menggantikan Subjek Pendidikan Islam kepada (Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah)

Subjek Pendidikan Islam pula dipecahkan lagi kepada bahagian yang lebih khusus iaitu Pendidikan Al Quran & Sunnah (PQS) dan Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Dengan mempelajari subjek PQS dan PSI, pelajar akan dapat mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam seterusnya menjana individu cemerlang dan kuat pegangan agama berasaskan nilai-nilai Islam. 

3. Pemantapan Sahsiah Dini & Biah Solehah

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), persekitaran yang diterapkan di sekolah berteraskan landasan agama yang berbentuk Islamik. Antara amalan yang diterapkan bagi SMKA adalah kewajipan solat berjemaah, amalan mathurat dan doa haikal pagi dan petang, bacaan almulk, as sajadah, al waqiah bergilir setiap malam, bacaan al Kahfi pada hari Jumaat, sistem Usrah bagi setiap pelajar, qiamullail, tazkirah maghrib, kuliah agama dan sebagainya bagi pemantapan rohani. Proses mentarbiahkan pelajar untuk membentuk akhlak yang baik memerlukan usaha yang berterusan serta membuat latihan amali supaya dapat membiasakan diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan menjauhi segala sifat yang terkeji. Suasana persekitaran fizikal di sekelilingnya yang berbentuk Islamik yang akhirnya akan menjadi satu budaya yang sebati dalam jiwa dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar.

4. Ilmu Agama dan Akademik yang Seimbang

Selain subujek agama, SMKA juga menitikberatkan keseimbangan dari segi akademik. mereka mempunyai kelas-kelas intensif bagi meningkatkan prestasi pelajar di sekolah. Hal ini seiring dengan matlamat SMKA bagi membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi, memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan serta member peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara.

5. Peluang Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ)

Kelebihan utama bagi pelajar SMKA ialah mereka mempunyai peluang untuk memasuki kelas KKQ. Kelas ini amatlah digalakkan kepada pelajar bagi memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran dalam kalangan murid-murid yang mengikuti kelas berkenaan dari aspek kemahiran Taranum, Hafazan, Tajwid,Ulum Al-Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat Al-Sab’ie.

6. Disediakan Pilihan Asrama

Bagi pelajar yang menuntut di SMKA, mereka disediakan penginapan di asrama. Majoriti pelajar akan tinggal di asrama dan menjalani rutin harian yang ditetapkan oleh sekolah. Ini adalah satu kelebihan bagi para pelajar di SMKA kerana pelbagai aktiviti kerohanian dapat dijalankan dengan lancara apabila semua perlajar tinggal di asrama. Semua pelajar tidak terkecuali untuk mengikuti segala program dan modul yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Program pembangunan dan kecemerlangan sahsiah merupakan di antara program utama yang dapat merealisasikan objektif pembentukan pelajar SMKA yang bersahsiah tinggi, beriman dan bertaqwa. Program ilmu yang dilaksanakan di asrama seperti kuliah Maghrib, tazkirah dan majlis bacaan kitab dapat dilaksanakan secara mingguan atau bulanan di asrama dengan lancar.

5 Keistimewaan Sekolah Menengah Aliran Agama (SMKA/ SMA/ SABK/ KAA)

  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran
  • Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
  • Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
  • Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab


Beza Silibus Sekolah Menengah Agama (SMA) VS Sekolah Menengah Agama Aliran Tahfiz 

Sekolah menengah agama bukanlah sekolah yang menghasilkan pelajar tahfiz iaitu menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Tetapi usah bimbang, di SMA anak anda tetap ada silibus tahfiz iaitu sebanyak 15 juzuk, di mana pada setiap tahun mereka perlu menghafaz 3 juzuk sahaja. TMUA (Tahfiz Model Ulul al-Bab) merupakan nilai tambah kepada sistem Pendidikan Agama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah KPM. Murid-murid yang lahir dari sistem ini dijangka akan memenuhi keperluan guna tenaga profesional dari golongan pelajar hafiz dan hafizah. 

Sistem pembelajaran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama & Sekolah Menengah Agama AliranTahfiz terdiri daripada 3 silibus (manhaj) :

i. Silibus Akademik 10@11 subjek (SPM) (kurikulum kebangsaan - KPM)
ii. Silibus KBD (Kurikulum Bersepadu Dini) 3 subjek Men. Rendah & 5 subjek Menengah Atas ( bgai kelas Dini Tulen) menggunakan bahasa Arab sepenuhnya

Menengah Rendah
- Tafsir
- Hadith
- Tauhid
- Fiqah
- Sirah
- Tajwid

Menengah Atas
- Lughah Arabiah Muassirah
- Al-Syariah Islamiah
- Usul Al-Din
- Manahij Ulum Islamiah (KBD DINI AGAMA)
- Adab wa Balaghah (KBD DINI AGAMA)

iii. Silibus Tahfiz (SMKA - 15 Juzuk, Tahfiz - 30 Juzuk)

*Matapelajaran teras kurikulum kebangsaan turut dilaksanakan (B. Melayu, B. Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, P. Jasmani, P. Seni Visual, Reka Bentuk Teknologi)

**Bagi matapelajaran sains tulen, biologi, fizik dan kimia atau sains fizikal tidak semua ada di sekolah menengah agama, pastikan anda semak dahulu dengan sekolah tersebut sebelum mendaftarkan anak-anak anda.

Maksud SMKA, SMA, SABK, KAA


Terdapat empat jenis sekolah agama di peringkat menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah Agama Bantuan Kebangsaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA). Kesemua ini adalah aliran agama, bezanya ialah dari sekolah kerajaan, negeri atau harian, contohnya KAA ialah kelas agama di sekolah menengah kebangsaan. 

Senarai Sekolah Menengah Agama di Kuantan, Pahang

Mari lihat senarai sekolah Menengah Agama yang ada di Kuantan. Saya akan senaraikan senarai lengkap untuk membantu anda semua memilih yang manakah terbaik buat anak anda. Ingat ya, masukkan anak ke sekolah mana-mana pun, jika anak tidak minat atau suka, ianya hanya sia-sia. Bertanyalah dahulu kepada anak jika mereka berminat dan boleh bawa subjek-subjek aliran agama.


Baca juga: Prasekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 

Tiada sekolah menengah kebangsaan agama di daerah Kuantan, tetapi anda boleh mencuba di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan.

Senarai Sekolah Menengah Agama (SMA)

sekolah menengah agama pahang sman



Sekolah Menengah Agama mengikut negeri masing-masing. Di Pahang, sekolah agama ini dikenali sebagai SMAN (Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang). Syarat kemasukan adalah ibu atau bapa lahir di Pahang atau anak lahir di negeri Pahang, atau telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun. 

sekolah menengah agama kuantan al ihsan


Sekolah Menengah Agama Al- Ihsan


Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan atau nama ringkasnya SMA Al-Ihsan, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Kuantan, Pahang. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan ialah sebuah sekolah menengah agama berprestasi tinggi di kuantan. Juga boleh dikatakan sekolah agama kluster kecemerlangan di Pahang ni, setiap tahun permohonan adalah melebihi 1,000 pelajar. Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan mempunyai asrama dan mengutamakan pelajar yang duduk jauh, manakala pelajar yang tinggal di Kuantan boleh berulang-alik setiap hari. 

Senarai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Institusi Pendidikan Agama (IPA) selain daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Berasrama Penuh Agama dan Kelas Aliran Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan. Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) adalan satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Program ini pernah dicadangkan pada tahun 2002 oleh Menteri Pelajaran dan dicadangkan semula oleh Jawatankuasa Khas Tan Sri Murad pada Ogos 2004.

Senarai Sekolah Menengah Bantuan Agama Kuantan:- 

1. SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-MAARIF
FELDA BUKIT GOH, 26050 KUANTAN, PAHANG
Nombor Telefon : 09-5476151
Nombor Faks : 09-5476170
Kod Sekolah : CFT4001

2. MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL BASRIYAH
LOT 116, KG PELINDUNG, BESERAH, 26100 KUANTAN
Nombor Telefon : 09-5445951
Nombor Faks : 09-5445951
Kod Sekolah : CFT4002


Kelas Aliran Agama (KAA) 

Tujuan KAA ini adalah bagi meraikan pelajar yang tidak dapat memasuki mana-mana SMKA, SMA atau SABK. Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan tetapi berada dalam aliran agama. Permohonan harus dibuat pada akhir darjah 6 melalui PPD. 

Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan KAA yang ada di Kuantan:- 

1. SMK TENGKU AMPUAN AFZAN
2. SMK BUKIT GOH
3. SMK BUKIT RANGIN 
4. SMK PAYA BESAR
5. SMK PELABUHAN
6. SMK SUNGAI ISAP MURNI
7. SMK TG PANGLIMA PERANG TG MUHAMMAD

Sekolah Menengah Agama Swasta

sekolah menengah agama kuantan swasta


Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad

Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) ialah sebuah sekolah menengah agama Islam di Kuantan, Pahang. Sekolah ini merupakan lanjutan dan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad (SRAI).


Senarai Sekolah Tahfiz

Sekolah berprestij cemerlang dan bangganya apabila Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mendapatkan tempat ke empat sekolah terbaik di Malaysia pada keputusan SPM 2022, GPS 1.20. Masya Allah. 


sekolah menengah agama tahfiz kuantan


KAMPUS MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG, TANJUNG LUMPUR, 26600 KUANTAN
26600 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 09-5343333
Nombor Faks : 09-5343000
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ NEGERI (MENENGAH)
Kod Sekolah : CXC4001
** Sekolah ini khas untuk anak negeri Pahang sahaja.

Syarat-Syarat Kelayakan Memohon

  • Program Tajaan Penuh Daripada Yayasan Pahang
  • Permohonan hendaklah anak negeri Pahang seperti takrifan berikut; Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di negeri Pahang
  • Berumur tidak melebihi 13 tahun
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 3A dan 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan berminat untuk menghafal Al-Quran
  • Memiliki personaliti dan sahsiah yang baik serta sihat tubuh badan
  • Lulus dalam sesi temuduga
  • Pendapatan isi rumah RM8000 ke bawah


MADRASAH UMAMAH HALIMI
LOT 3/790, KAMPUNG RUMBIA BESERAH
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 09-5444771
Nombor Faks : 09-5444771
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZF4001


MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN PENGKALAN DAMAR
LOT 654 JALAN SEK KEB SG KARANG DARAT
26060 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 09-5441971 / 012-9607857 / 013-9566788
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4005


AL-MADRASAH AL-ALAMIYYAH
NO 28 LORONG SRI DAMAI 5
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 010-5793972
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4006


MADRASATU SAYYIDIL MURSALIN WA UMMUL MUKMININ
D202B, BUKIT SETONGKOL
25200 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 09-5137554
Nombor Faks : 09-5135326
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4018


PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ RIBAT AZ-ZAHRA
PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ RIBAT AZ-ZAHRA 1/1388 KAMPUNG SUNGAI KARANG PANTAI
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 019-9195929
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4020


MAAHAD TAHFIZ MUHAMMADI
LOT 15484 JALAN PINTAS BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 013-4673494
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4021


MADRASAH TAHFIZ ANWARUL TANZIL AL-OTHMANIAH
SURAU OTHMANIAH, SIMPANG 3, TANJUNG PASIR, R.T.P BUKIT GOH
26050 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 148373223
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4022


MADRASAH AL-QURAN QURATUL AIN LIL BANAT
NO. 12, JALAN KS 3/7, KOTA SULTAN AHMAD SHAH
25200 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 199510161
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4023


MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN IBTIDA AD-DINIYYAH
NO. 16, BANDAR INDERA MAHKOTA
25200 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 129522957
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4024


MADRASAH AL-QURAN DARUL MUKHLASIN
NO. 317, LORONG CEMPAKA KG SRI MAHKOTA BT 12, JALAN GAMBANG,
26070 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 011-10930014
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4025


MAAHAD TAHFIZ ZAID BIN TSABIT
NO. 1, LORONG 2/79 BANDAR INDERA MAHKOTA 2
25200 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 014-3675171
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4026


TAHFIZ IBNU SOLEH
NO. 4/708 & 5/708 JALAN TENGAH, KG SG KARANG DARAT
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 019-9829978
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (REN & MEN)
Kod Sekolah : CZH4027

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-IRSYAD TANJUNG LUMPUR
NO B24, BANGUNAN KEDAI ASTAKA VILLAGE, TAMAN ASTAKA VILLAGE
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 017-9333136
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CYR4006


MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN FATHUL ULOOM
KUARTERS GURU 2 MASJID MAT KILAU BATU 5 JLN GAMBANG
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 019-9204608
Nombor Faks : 017-9122869
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4003


AKADEMI TAHFIZ INDERA MAHKOTA
NO A-45 TINGKAT 1, JALAN IM 7/16, INDERA MAHKOTA,25200 KUANTAN
25200 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 09-5730812 /017-9145633
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4008


MADRASAH ASYRAFUL MADARIS
LOT 1581, KG PAYA BUKIT GELUGOR, BATU HITAM BESERAH
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 09-5444346
Nombor Faks : 09-5444346
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4009


MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QURAN (MABIQ)
LOT 29738, KG PERAMU, TANJUNG LUMPUR
26060 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 011-51968963
Nombor Faks : 09-5341639
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4010


MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL-BASRIYAH HJH MAIMUNAH
LOT 1/1717 KM 6 JLAN BESERAH,BESERAH
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 017-9166334
Nombor Faks : 09-5444346
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4013


MADRASAH DIRASATID DEENIYYAH WA TARBIYAH LIL BANAT
NO 47 JLN KEMPADANG PERDANA 2, JALAN PANTAI SEPAT
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 95342654
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4014


AKADEMI TAHFIZ AL-AMEEN ASPA COTTAGE
NO.17 JALAN DESA ASPA, ASPA COTTAGE
26510 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 013-9207335
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4016


SMART TAHFIZ
NO 1-12 LORONG BANDAR PUTRA 3/5, 3/6 TAMAN PASDEC PUTRA, JALAN TANJUNG LUMPUR, BANDAR PUTRA PUTRA,26060 KUANTAN
26060 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 019 989 3175
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4017


TAHFIZ DARUL QURAN DHIYAUDDIN
NO.1 BANDAR BARU CHENDOR, 26080 KUANTAN, PAHANG
26080 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 013-9378118
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4018


MADRASATUL QURAN SIRAJUL MUKHLASIN
NO. 2, LORONG 15, PERATANG BADAK JAYA
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 148215334
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4019


DAR AISHAH LI TAHFIZIL QURAN QISMUL BANAAT
NO 2. JALAN TENGAH SUNGAI KARANG
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 014-5026534
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4020


MADRASAH HUFFAZ AL-MUNIRAH
LOT 703C, KG SUNGAI KARANG DARAT
26100 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 019-9322482
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4021


MAAHAD TAHFIZ AL-HAJJ
PERMATANG BADAK
25150 KUANTAN
PAHANG
Nombor Telefon : 019-9335354
Nombor Faks : TIADA
Jenis Sekolah : MAAHAD TAHFIZ SWASTA (MENENGAH)
Kod Sekolah : CZG4022


Syarat Kemasukan SMA Pahang

Rupanya untuk masuk ke Sekolah Menengah Agama ini perlu lalui proses permohonan, keputusan Ujian Peperiksaan Kelas KAFA (UPKK) adalah sangat penting dan wajib diambil oleh semua pelajar yang ingin masuk ke sekolah aliran agama. Tidak kiralah SMKA, SMAN, SABK atau KAA, anda perlu memiliki sijil keputusan yang memuaskan dan cemerlang. Malah, lain sekolah lain aras penerimaannya. Selain itu, pastikan semasa di darjah 6, anak-anak ini fokus untuk mendapatkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang-kurangnya gred 5. Cemerlang dalam Bahasa Arab dan Pendidikan Agama Islam.


Penutup

Tiada seorang ibu bapa pun mahukan yang tidak baik untuk anak-anak, tidak kira apa jua bidang yang anak ingin ceburi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong dan mendokong keputusan mereka selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syarak. Namun bagaimana pula, jika kita sebagai ibu bapa memberikan dorongan untuk anak dalami ilmu agama sambil meneruskan matapelajaran akademik yang mereka minati?

Mata pelajaran aliran agama tidak mudah, banyak dan memerlukan tumpuan yang tinggi kerana ia jauh berbeza dengan subjek di sekolah menengah kebangsaan. Disiplin dan cinta terhadap Al Quran dan bina sahsiah diri sebagai Muslim adalah tonggak kejayaan anak-anak ini. Jika kita mahukan anak-anak berada di aliran agama, maka kita juga harus berusaha selari dengan mereka. Kita impikan syurga buat anak-anak, maka role model tetap adalah ibu bapa kan? 


Catat Ulasan

0 Ulasan