Rezeki dari Blog DMS360

Assalamualaikum..

Jika ada yang mengikuti saya di blog ini, blog jualan saya ialah mengenai produk DMS360. DMS360 merupakan blog kedai jualan khusus bagi produk DMS360.

Alhamdulillah, setiap hari ada sahaja pelanggan datang dari blog tidak kira untuk membeli produk atau membantu menyelesaikan masalah mereka.

Pagi-pagi ni bangun sahur, dapat whatsapp dari prospek pelanggan DMS360. Sudah bank in rupanya. Syukur alhamdulillah.


Saya gunakan apps colornote sebagai lejar tidak rasmi belian pelanggan.
Jumpa no saya dari internet. Mahu bertanyakam tentang produk DMS360
Akhirnya closing. Ini kerana pelanggan sudah pon membuat pembacaan di blog sebelum menghubungi saya. Alhamdulillah

Ilmu marketing blog ini saya pelajari dari kelas asas blog bisnes dan penulisan. Sejak itu, pelanggan setiap hari datang dari internet melalui Mr. Google.

Kronologi:

1. Pelanggan buka google
2. Taip kata carian
3. Blog saya tersenarai paling atas
4. Semua maklumat seperti no telefon, produk dan penyelesaian ada di blog.
5. Setelah pelanggan berpuas hati dengan isi produk dan yakin dengan blog barulah pelanggan menghubungi saya
6. Bertemu di whatsapp
7. Urusan jual beli terjadi

Modal kelas belajar blog bukan soalnya. Yang penting, modal itu dapat dijana kembali dengan pelanggan-pelanggan yang hadir.

Kuasai market google. Ianya lebih besar daripada media facebook. Mudah dan tidak memerlukan followers yang ramai.

Kunci kepada kejayaan blog ialah pengisian dan kata kunci.

Insha Allah.


Catat Ulasan

0 Ulasan