Mak Harus Sihat Jika Mahu Jaga Keluarga

Menjadi ibu kepada 4 orang anak yang masih kecil. Kesihatan saya harus diutamakan. Kita sebagai ibu kena kuat, pemakanan harus dijaga, ambil masa untuk urus tekanan. Ini semua perlu. Namun bukanlah bermaksud meninggalkan segalanya demi waktu "me time".

Saya suka bawa anak-anak bersama. My "me time" is actually always with the kids. Ianya pilihan kita. Melepak. Berbual bersama-sama. Makan makanan yang disukai contohnya ais krim! Haha. Ini juga bagi saya satu kebahagiaan. Walau lepas tu, menjerit pada anak sebab baju dah kotor dan muka comot dek mood baik jadi belikan mereka ais krim coklat. Derrr

Me time bagi saya mungkin berhenti membuat kerja rumah. Kita bukan robot. Sehari tak duduk diam buat pelbagai kerja. Dari menyapu, mop, mengelap, menyidai, melipat baju bertimbun-timbun, memasak lagi. Senarainya tak berhenti. Ini belum masuk jaga dan melayan karenah anak-anak. Bagaimana jika anda ada bayi pula? Huhu. Saya ada bayi yang baru berusia 5 bulan dan menyusu badan sepenuhnya. Malah terkini sudah pandai menangis bila saya menghilang di matanya. Chewah.... Ini memang payah. Huh. Nak kejar buat kerja rumah, sebab apa tahu... Mindset tu kerja nak disiapkan. Rumah nak bersih sekurang-kurangnya lantai bersih. Atau ada kerja-kerja rumah yang harian. Iaitu memasak dan mengemas dapur ialah rutin harian. Melenting melihat bilik anak dara bersepah juga sudah biasa. Huhu. So mungkin sebab tu, saya mula sakit sedikit.

Doktor kata saya over stressed which is im like.. What? Bila? Macam tak stress kan? But berita baik, turun 2 kilo lagi. Kini berat badan 47 kilogram. Yahoo. Bad news, jeragat agak sukar dihilangkan sejak ambik cucuk depo ni. Sakit kepala juga menjadi-jadi. Nampaknya habis tempoh cucuk depo, kena pilih antara normal saya amalkan pil perancang ataupun iucd.

Disebabkan saya mula mengalami sakit-sakit kepala, perut pedih, dada berdebar. Doktor menyuruh saya berehat mengambil segala supplemen dan kafein. Hmmm, ketagih jugalah. Maybe hormon saya juga sedang tak seimbang sekarang ni. Elok juga berehat dari pengambilan mana-mana supplemen kan. Saya berharap simptom-simptom ni akan hilang secepat mungkin. Supaya saya dapat berikan tumpuan lebih baik kepada keluarga, bisnes dan kurang moody.

Ibu-ibu di luar sana, jaga diri ya. Sentiasa positif. Sentiasa tersenyum. Anak tu pelbagai karenah kita akan jumpa, tak kurang juga pasangan kita. Tetapi kitalah center kepada kebahagiaan utama keluarga kita. Kan kan?


Catat Ulasan

0 Ulasan