Cara Setting Entri Blog Supaya Lebih Mobile Friendly

Bismillah

Semakin canggih zaman kita. Semakin banyak perubahan harus dilakukan. Seingat saya pada tahun 2008 begitulah saya mula berjinak dalam menulis di blog. Fikiran saya dari dulu ialah "aku mesti jana income dari blog" dan agak terpengaruh dengan ramai rakan blogger yang memang berjaya tahu. Cuma ialah kita dengan tiada ilmu vs mereka yang berilmu ni tidak sama.


Masakan sama dua orang yang mempunyai ilmu dan tidak punya. Haruslah yang tidak punya ilmu itu membina sesuatu secara caca merba dan tidak berjaya. Allah. Begitu pentingnya kuasa ilmu ni kan? Jadi usaha lah. Nak dapatkan sesuatu tiada yang mudah. Contoh paling senang, nak kawin pun kene ada mas kahwin. Nak masukkan anak ke sekolah pun harus ada yurannya. Maka apa lagi ilmu percuma yang kalian rasa boleh dijana sehingga beribu-ribu sebulan?


Masih punya banyak alasan? Biarkanlah.


Jadinya, kebelakangan ini saya melihat minisite blog kedai jam tangan solat saya seperti kurang mendapat sambutan. Malah ada pelanggan komen kurang faham apa yang saya tulis. Aduh, masalah lah kalau begitu. Disebabkan majoriti pelanggan menggunakan handphone sepenuhnya untuk membaca blog maka bila saya lihat blog saya tu, Masya Allah tulisannya kecik bangat. Yang gambarnya besar-besar. Huhu. Dah kene zoom pulak tulisan tu. Tiba-tiba saya teringat, rupanya saya tidak setting blog kepada mobile view. Oleh sebab itulah, pelanggan yang baca menghadapi kesukaran. Jadi tak sedap nak baca kan?


Nak setting dekstop view ke mobile view mudah sahaja.

Caranya ialah:

1. Log in ke blog anda
2. Pergi ke theme
3. Anda akan lihat ada 2 jenis blog view. Tengok pada mobile view tu. Klik pada setting
4. Selepas klik pada setting, pilih "enable mobile view" begitulah.



Mudah sahaja kan?
Lepas ni jika sesiapa buka blog anda di mana-mana gajet. Insha Allah nak baca mudah. Jelas dan insha Allah boleh lah convert to RM :)


Mudah-mudahan.
Aamin

Jemput masuk ke minisite blog  Jam tangan solat ya : www.jamtangansolat.blogspot.my Mana tahu anda sedang amat-amat memerlukan jam ini :)

0 Comments