Berkongsi kisah kehidupan sebagai suri dan pada masa sama, berniaga untuk bantu keluarga. Suka sharing berkaitan online marketing dan menjual produk islamik seperti jam azan untuk rumah, jam tangan azan, al quran digital dan macam-macam lagi.

Read More

Selamat Datang Ke Blog Emme Marina

Semoga Dilimpahi Rezeki dan Keberkatan Buat Semua Pembaca
Read More

Servis Facebook Page

Paling saya suka membantu sahabat semua, berjaya dalam bisnes insya Allah. Pasti berjaya
Read More

Al Quran Digital

Pembantu peribadi anda memperbetulkan bacaan, belajar tajwid dan lebih seronok mengaji. Insya Allah
Memaparkan catatan dengan label Catatan Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Blogging. Papar semua catatan

9/05/2022

Perbaiki Blog Hari Ini : Missing H1, Tambah Meta Description dan Belajar Keyword Stuffing

Assalamualaikum. Bagaimana cara perbaiki blog anda? Sudah lama saya tidak memeriksa status terkini blog. Setelah menukar template theme blog tempoh hari, tidak teringat mahu menyemak kembali adakah kriteria asas blog sudah diperiksa kembali atau tidak. Aduhai, adakalanya saya culas bab ni sebagai seorang blogger. Selain menulis content untuk dikongsi bersama pembaca, ilmu mengenai blog harus juga ada. Usah risau, ada banyak blogger di Malaysia atau luar negara yang sememangnya hebat dan boleh bantu anda dalam input mengendalikan blog anda. Google ajerrr =)


Tiba-tiba hari ini tergerak hati nak semak url entri. Walaupun saya sudah menggunakan Google Search Console dan AHrefs, input terlalu banyak membuatkan kita tidak serius dalam menyemak setiap isu yang berlaku. Bayangkan asal buka email saya, berpuluh atau ratus error yang keluar sehingga saya tak sanggup nak baca! Busy satu hal, tetapi nak menyemak satu per satu serabut juga. Saya tidak hebat seperti rakan-rakan blogger yang lain. Mereka sungguh teliti dalam menyelesaikan setiap masalah yang timbul mengenai website blog mereka. Kudos kepada mereka semua. 


Bagaimana nak semak sama ada website anda sudah cover part asas blogging khususnya berkaitan SEO?


Perkara Asas Anda Perlu Tahu Mengenai SEO Blogging ialah:-

1. Elakkan blog yang penuh widget. Pastikan blog anda mobile friendly, tidak berat (loading terlalu lama) dan tidak sarat dengan pelbagai gambar di sidebar. Kurang itu lebih baik. Saranan SEO loading terbaik ialah dibawah 4 saat

2. Pastikan tajuk entri anda (entry title) adalah H1 tag (saya akan ajar cara semak nanti, blog saya pun missing H1 rupanya)

3. Wajib ada elemen meta description, jika tiada anda harus tambah coding html secara manual (saya kene yang ni!)

4. Tidak meletakkan keyword atau kata kunci terlalu banyak (keyword stuffing), hal ini boleh menyebabkan google gagal detect entri anda. Haaa, nak ke?

5. Jika anda menggunakan gambar, pastikan kesemua gambar anda diletakkan alt (kadang kala saya juga tak rajin meletakkan alt description, konfius juga kalau dah ada tulis tajuk image rupanya tetap kena letak juga alt image description tauu)


Ada banyak SEO tools yang boleh anda gunakan untuk menyemak entri atau website anda. Sama ada anda mahu semak status SEO menggunakan domain (cth: www.emmemarina.com) atau url entri (contoh: https://www.emmemarina.com/2022/09/cabaran-dan-faktor-apabila-nak-berniaga-sebagai-seorang-surirumah.html).


Untuk kes blogging saya hari ini, saya menyemak SEO url entri sahaja. 


Analyze your website with Seobility, masukkan url yang anda nak semak, kemudian tekan analyze. (lihat gambar di bawah)

cara semak seo blog atau entri blog

senarai semakan seo blog atau entri blog guna seo tools checker


Menarik bukan?


Dengan semakan begini, anda dapat lakukan kaji selidik dan sekaligus dapat perbaiki keseluruhan website. 


Terkejutnya saya ketika waktu itu, website saya kehilangan: 

  • H1 tag (tajuk heading yang menjadi tumpuan carian google)
  • Tiada meta description walaupun saya sudah on kan setting search description, dan tulis input pada entri search description
  • Rupanya entri tersebut ada keyword stuffing!


Sudahnya saya habiskan lebih sejam untuk belajar cara menukar coding HTML H3 class pada "entry-title" kepada H1 tag dan cara menambah meta content description secara manual pada coding template. Syukurlah mereka mengajar menggunakan bahasa dan contoh yang mudah difahami. Alhamdulillah, dah settlekan isu tersebut. Bolehlah berblog dengan hati yang lapang (sekurang-kurangnya kita dah pass part ni kan?)


Blogging menggunakan medium BLOGSPOT berbanding WORDPRESS adalah sangat berbeza. Khususnya wordpress mempunyai pelbagai plugin SEO yang anda boleh cuba dan memeriksa entri anda secara serta merta, berbeza dengan blogspot kita kena cek secara manual. Rekomen saya? Jomla guna blogspot hehe. 


Apa pun jua medium yang anda gunakan. Manfaatkan sebaiknya setiap penulisan anda, tulislah perkara yang bermanfaat dan semoga setiap entri yang ditulis dapat membantu lebih ramai pembaca. 


Jika seorang manusia mati, maka terputuslah darinya semua amalnya kecuali dari tiga hal; dari sedekah jariyah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak shalih yang mendoakannya." (HR Muslim no. 1631).

Read More

7/23/2022

Website Online Percuma WEBP Image Converter Terbaik Yang Anda Boleh Cuba

 Tahukah saiz gambar amat memainkan peranan penting kelajuan loading sesebuah website. Sekiranya saiz gambar terlalu besar dan jelasnya anda mementingkan kualiti sebuah gambar namun anda perlu ingat bahawanya gambar yang berat hanya akan membebankan website anda. Nak ke prospek tunggu lama dan akhirnya memutuskan untuk meninggalkan website anda gara-gara terlalu lama nak tunggu post anda muncul di paparan skrin mereka?

Sudah tentulah TIDAK MAHU!

Namun harus saya nyatakan, tak semestinya anda wajib bertukar ke WEBP file type, JPG juga sudah mencukupi. Nasihat rakan-rakan blogger saya pula, kalau boleh mereka nak gambar tersebut bawah 50kb! Bayangkan betapa kecilnya saiz image tersebut. 

Alhamdulillah setelah mencari beberapa website WEBP image converter percuma, saya berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun renyah kerana saya perlu upload satu per satu, kemudian download satu per satu, namun sangat-sangat berpuas hati. Dan harus saya tekankan, kualiti gambar anda yang tentukan anda nak bagaimana. Dalam kes saya, saya hanya nak siapkan sebuah entri berkongsi tentang template Al-Quran deboss. 

Tiada kualiti gambar cantik yang diperlukan, saya hanya nak customer tahu apa kod template yang ada, mereka boleh nampak dengan jelas. Boleh pilih kod template mana satu untuk dipilih. DONE.

Oleh itu, ianya tidak penting, kualiti gambar kurang atau pecah sedikit. 


Perkenalkan EZGIF.COM

Klik pada WEBP. pilih mana satu anda nak convert atau edit. 

Saya pilih JPG to WEBP. Ya, kene upload satu per satu


Lihat di bawah gambar ada info mengenai gambar tersebut. File size, ukuran.

Setelah saya tekan convert to WEBP, saya lihat berapa % saiz file type itu turun. Adakah saya boleh buat sesuatu lagi atau sudah memadai?

Disebabkan gambar saya hanya tulisan sahaja, maka saya decide untuk resize gambar dan berharap file size akan berkurangan lagi. Lagi kurang lagi bagus untuk saya


Yup. Setelah resize, file size berkurangan hampir 50% dan saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat. Jadi buat apa lagi? Tekan icon save dan uploadlah gambar itu di entri website anda. =)


Alhamdulillah. mudah sahaja kan? Renyah jika ada banyak gambar untuk diuruskan. Namun berbaloi untuk anda cuba website online WEBP image converter di EZGIF.COM

Read More

1/21/2022

Tutorial Tukar Theme Template Blogspot

Template blogspot atau blogger yang asal sukar untuk saya terima. Bagi yang pernah kenal blog saya, Emme Marina. Anda akan dapati saya sangat kerap menukar template blog saya. Sejak tahun 2015 saya berjinak membina blog ini sehinggalah sekarang. 



Ada pelbagai sebab mengapa saya selalu bertukar template blog. Antara sebabnya ialah untuk mendapat kelebihan dari segi design, mobile responsive, fast loading blog dan semangat untuk terus menulis. Jika mood pada waktu dan ketika itu lemau, atau kita sudah berubah arah dalam hala tuju kita, apa jua sebabnya berkaitan motivasi diri, emosi, template blog bagi saya personally ialah sangat mempengaruhi. Design blog anda juga memberitahu pembaca siapa diri anda. Sedikit sebanyak mencerminkan personaliti diri anda sebagai seseorang di laman sesawang. 


Beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran sahabat semua.
  1. Dari mana mahu mendapatkan template blog?
  2. Template ini berbayar atau percuma?
  3. Susah ke nak tukar template?
  4. Perlukan ilmu coding (IT) yang power tak?

Sejujurnya dulu saya seperti kalianlah. Sama sahaja kita semua semasa bermula. Apa yang penting, anda mahu belajar mencuba. Dah cuba buat, baru tahu boleh atau tidak, susah atau senang. 


Mari kita mulakan tutorial menukar template blog lama anda kepada template yang lebih baik. 


Dari Mana Mahu Mendapatkan Template Blog?


Saya assume anda sudah tahu bahawa Blogger sudah pun menyediakan template mereka sendiri. Jika anda berkenan dengan template yang mereka sudah gunakan. Silakan. Jika anda mahukan template yang anda lihat di blog saya, atau rakan-rakan blogger anda yang lain, ada beberapa website yang saya rekomen. Website ini menyediakan template-template yang sangat cantik, efficient dan mengikut citarasa anda insya Allah.

Antara website template yang saya sendiri selalu refer ialah Btemplates, Gooyabitemplates, Sora Template dan juga Etsy. Kadangkala saya suka search sahaja menggunakan keyword search "template for blogger" atau "free blogger templates".


Template Ini Berbayar atau Percuma?


Menjadi lumrah soalan ini akan ditanya, ok, template yang saya sedang gunakan sekarang adalah percuma. Namun tak semua template yang percuma adalah percuma seratus peratus, tetap ada hidden features yang mereka lock untuk anda. Dan jika anda nak gunakan sepenuhnya template tersebut, maka anda harus membeli hak milik design tu. Jelas ya? 


BtemplatesGooyabitemplates dan Sora Template menyediakan percuma template untuk anda pakai, dan pada masa sama anda boleh membeli hak tersebut dan unlock fungsi-fungsi tambahan yang disediakan. Kebiasaaanya, mereka akan lock hak cipta design, tambahan fungsi bergantung kepada apa jenis template yang anda cari. Sukar topik ini kerana walau advance sekalipun template tersebut, in the end, ianya tetap bergantung kepada emosi anda melihat template tersebut serta keperluan anda dalam mendesign website anda sendiri. 


Website Etsy pula merupakan medium berbayar sepenuhnya. Apa yang saya suka tentang template di Etsy ialah anda boleh direct berhubung dengan designer blog ini dan di situ anda boleh dapati custome template yang sangat banyak serta cantik! Oh, saya memang suka design-design template yang rare dan fresh. Harga design ini biasanya dalam range RM 100 - RM 300. Seperti saya katakan, pemilihan template ini adalah mengikut keperluan anda sebagai owner website/blogger. Apa niche anda ketika membina web blog ini? Jadi itu adalah faktor utama yang perlu anda fikirkan.


Susah Ke Nak Tukar Template?


Bergantung kepada template yang anda pilih, ada jenis template yang seakan design Blogger sediakan, jadi yang ini lebih straight forward. Ubah mengikut template. Edit, remove dan add on. Template di Btemplates adalah mudah insya Allah untuk anda gubah as newbie. 


Jika anda mempunyai kepakaran IT yang lebih, sukakan cabaran dan nak belajar design lebih lagi, anda boleh mencuba template di website Gooyabitemplates atau Sora Template, design mereka lebih up to date, advanced dan modern. 


Pada pendapat peribadi saya, Btemplate sedikit old skool namun masih relevan manakala website gooya dan sora sesuai bagi anda yang suka mengikuti peredaran semasa dan inginkan sentuhan teknologi terkini.


Perlukan Ilmu Coding (IT) Yang Power Tak?


Untuk pengetahuan sahabat semua, saya bukan terer IT pun, coding pun saya lemah. Saya cuma pandai mencari bahan untuk saya study dan tukar template mengikut arahan yang diberikan. Setiap template ini telah disediakan cara untuk anda menukar template. So jangan risau. 


Apa yang diperlukan sebenarnya ialah masa untuk anda ubah satu per satu kerana ianya kerja manual. Memakan masa. Tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini, jika anda yakin anda boleh buat! So, jika saya sendiri bukanlah power IT, maka anda pasti juga boleh. Apa yang saya buat, saya google! Refer youtube. Pernah juga saya upah rakan website yang pandai design template dan merekalah yang mengubah template saya mengikut apa yang saya perlukan. Namun sudah tentu ia juga memerlukan upah yang akan lumayan. But hey, jika memang takde masa nak buat dan tak mahir selok belok IT, maka upah orang design blog anda tidak salah langsung :) 


Baiklah Mari Belajar Tukar Template Blog Anda


1. Pilih template yang anda berminat.
2. Download dan extract template tersebut (biasanya template dalam bentuk zipfile ya)
3. Cari pada file type .xml , pastikan ada kay.
4. Buka blogger anda, pergi ke theme dan anda click di icon sebelah customize. (refer gambar di bawah)




5. Pilih sama ada restore atau edit HTML. Jika saya , saya pilih edit HTML dan copy skript pada .xml file. Namun cara yang disarankan ialah tekan restore, dan anda upload template ada sebentar tadi.



6. Setelah anda restore atau paste secara manual di html file, anda boleh preview dahulu sebelum save. Jika ok, save dan publish.


Jom saya kongsikan template blog saya sebelum dan selepas. Anda rasa ok tak? haha, ok la bagi saya. free sahaja. 


Sebelum

Selepas


Saya tidak pakai blog header kali ini, kalian boleh letak header image ya, macam facebook cover. Letakkan di ruangan atas sekali. Ok contoh seperti blog client saya ini. 



Alhamdulillah. Done satu chapter blogging. Saya harap entri ini dapat bantu anda semua untuk bina theme atau template blog masing-masing. 


Semoga bertemu lagi ya
Assalamualaikum
Read More

12/15/2017

Cara Setting Entri Blog Supaya Lebih Mobile Friendly

Bismillah

Semakin canggih zaman kita. Semakin banyak perubahan harus dilakukan. Seingat saya pada tahun 2008 begitulah saya mula berjinak dalam menulis di blog. Fikiran saya dari dulu ialah "aku mesti jana income dari blog" dan agak terpengaruh dengan ramai rakan blogger yang memang berjaya tahu. Cuma ialah kita dengan tiada ilmu vs mereka yang berilmu ni tidak sama.


Masakan sama dua orang yang mempunyai ilmu dan tidak punya. Haruslah yang tidak punya ilmu itu membina sesuatu secara caca merba dan tidak berjaya. Allah. Begitu pentingnya kuasa ilmu ni kan? Jadi usaha lah. Nak dapatkan sesuatu tiada yang mudah. Contoh paling senang, nak kawin pun kene ada mas kahwin. Nak masukkan anak ke sekolah pun harus ada yurannya. Maka apa lagi ilmu percuma yang kalian rasa boleh dijana sehingga beribu-ribu sebulan?


Masih punya banyak alasan? Biarkanlah.


Jadinya, kebelakangan ini saya melihat minisite blog kedai jam tangan solat saya seperti kurang mendapat sambutan. Malah ada pelanggan komen kurang faham apa yang saya tulis. Aduh, masalah lah kalau begitu. Disebabkan majoriti pelanggan menggunakan handphone sepenuhnya untuk membaca blog maka bila saya lihat blog saya tu, Masya Allah tulisannya kecik bangat. Yang gambarnya besar-besar. Huhu. Dah kene zoom pulak tulisan tu. Tiba-tiba saya teringat, rupanya saya tidak setting blog kepada mobile view. Oleh sebab itulah, pelanggan yang baca menghadapi kesukaran. Jadi tak sedap nak baca kan?


Nak setting dekstop view ke mobile view mudah sahaja.

Caranya ialah:

1. Log in ke blog anda
2. Pergi ke theme
3. Anda akan lihat ada 2 jenis blog view. Tengok pada mobile view tu. Klik pada setting
4. Selepas klik pada setting, pilih "enable mobile view" begitulah.



Mudah sahaja kan?
Lepas ni jika sesiapa buka blog anda di mana-mana gajet. Insha Allah nak baca mudah. Jelas dan insha Allah boleh lah convert to RM :)


Mudah-mudahan.
Aamin

Jemput masuk ke minisite blog  Jam tangan solat ya : www.jamtangansolat.blogspot.my Mana tahu anda sedang amat-amat memerlukan jam ini :)
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Popular Posts

Blog Archive

Pageviews

BTemplates.com

Blogroll

About

About

Copyright © Diari Seorang Suri & Bisnesmom | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com