Website Online Percuma WEBP Image Converter Terbaik Yang Anda Boleh Cuba

 Tahukah saiz gambar amat memainkan peranan penting kelajuan loading sesebuah website. Sekiranya saiz gambar terlalu besar dan jelasnya anda mementingkan kualiti sebuah gambar namun anda perlu ingat bahawanya gambar yang berat hanya akan membebankan website anda. Nak ke prospek tunggu lama dan akhirnya memutuskan untuk meninggalkan website anda gara-gara terlalu lama nak tunggu post anda muncul di paparan skrin mereka?

Sudah tentulah TIDAK MAHU!

Namun harus saya nyatakan, tak semestinya anda wajib bertukar ke WEBP file type, JPG juga sudah mencukupi. Nasihat rakan-rakan blogger saya pula, kalau boleh mereka nak gambar tersebut bawah 50kb! Bayangkan betapa kecilnya saiz image tersebut. 

Alhamdulillah setelah mencari beberapa website WEBP image converter percuma, saya berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun renyah kerana saya perlu upload satu per satu, kemudian download satu per satu, namun sangat-sangat berpuas hati. Dan harus saya tekankan, kualiti gambar anda yang tentukan anda nak bagaimana. Dalam kes saya, saya hanya nak siapkan sebuah entri berkongsi tentang template Al-Quran deboss. 

Tiada kualiti gambar cantik yang diperlukan, saya hanya nak customer tahu apa kod template yang ada, mereka boleh nampak dengan jelas. Boleh pilih kod template mana satu untuk dipilih. DONE.

Oleh itu, ianya tidak penting, kualiti gambar kurang atau pecah sedikit. 


Perkenalkan EZGIF.COM

Klik pada WEBP. pilih mana satu anda nak convert atau edit. 

Saya pilih JPG to WEBP. Ya, kene upload satu per satu


Lihat di bawah gambar ada info mengenai gambar tersebut. File size, ukuran.

Setelah saya tekan convert to WEBP, saya lihat berapa % saiz file type itu turun. Adakah saya boleh buat sesuatu lagi atau sudah memadai?

Disebabkan gambar saya hanya tulisan sahaja, maka saya decide untuk resize gambar dan berharap file size akan berkurangan lagi. Lagi kurang lagi bagus untuk saya


Yup. Setelah resize, file size berkurangan hampir 50% dan saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat. Jadi buat apa lagi? Tekan icon save dan uploadlah gambar itu di entri website anda. =)


Alhamdulillah. mudah sahaja kan? Renyah jika ada banyak gambar untuk diuruskan. Namun berbaloi untuk anda cuba website online WEBP image converter di EZGIF.COM

Catat Ulasan

0 Ulasan