Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) : NGO Sokongan Para Surirumah

Suri rumah rahmah yang saya maksudkan ini bukan menu rahmah atau apa-apa berkaitan tajuk rahmah yang digunakan dalam kerajaan madani sekarang ni tahu. Sebenarnya yang saya maksudkan pada posting ini ialah sebuah persatuan wanita yang menyokong dan memberdayakan semua surirumah di Malaysia. Teruskan membaca untuk memahami apakah sebenarnya persatuan suri rumah rahmah atau gelaran pendek SRR.

suri rumah rahmah

Alkisahnya, pada awal tahun 2023 saya mencari rakan suri, persatuan, group atau mana-mana bantuan untuk dijadikan support group kerana saya mula merasakan sendirian sebagai seorang suri rumah ini amatlah mencabar. Apabila saya mula tertekan dengan kesukaran membesarkan anak-anak kecil yang ramai, menguruskan mereka dan rumah, pada masa sama saya berniaga dan freelance kan, nak imbangkan kesemua ini sekaligus adalah satu struggle yang mula memakan diri. Lalu saya terfikir, ada ke support di luar sana yang boleh bantu saya? 

Paling tidak la untuk saya luahkan perasaan, kemudian kita sama-sama berkongsi rasa, emosi, you all as suri rumah zaman kini yang kita ni serba serbi melakukan semua aktiviti di rumah, rasa tak apa saya rasa?

Kesukaran saya makin terasa apabila saya disahkan menghidapi GAD (Generalize Anxiety Disorder) dan Panic Attack, saya jadi sukar untuk fokus, income kejap ada kejap tiada. Akhirnya selain berjumpa dengan doktor untuk rawatan, saya amat-amat memerlukan group support. Bukan main tala je nak support dengan sesiapa, tetapi yang khusus, yang memahami masalah yang kita hadapi sebagai seorang housewife, yang boleh beri galakan, bantuan, idea, Masya Allah, wujud ke mereka ni?

Wujud ya rakan-rakan. 

pelukis durioo cik yan

Saya akhirnya bertemu mereka di Facebook melalui akaun CikYa (Mari Melukis Bersama Cikya - Durioo) ha, jangan tak tahu beliau juga salah seorang ahli SRR, masa tu naik pula FB beliau dan beliau mention SRR. Saya sangat tertarik dan terus search apa sebenarnya SRR ni. Tak berfikir panjang, saya sign up as ahli, dan Masya Allah setelah beberapa bulan saya bersama mereka, sungguh kagum dengan support yang diberikan, dari pihak admin hingga rakan-rakan ahli suri kesemuanya POSITIF dan SUPPORTIVE

Hang down ka, hang terbalik ka, mereka sentiasa ada ayat yang encourage your spirit. Malah banyak aktiviti yang dijalankan oleh SRR itu khas untuk para surirumah menjadi lebih intelek, berdaya saing, positif dan paling penting, kita jadi insan yang menghargai diri sendiri sebagai seorang wanita yang menguruskan rumah, tidak bekerja, duduk di rumah sepanjang hari, mengasuh anak-anak sendiri, yakni berstatus surirumah. 

Pengenalan

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) merupakan sebuah NGO yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pelatihan, pembangunan, kajian dan advokasi yang berkaitan dengan suri rumah.

Suri Rumah Rahmah Malaysia akan menjadi platform bagi suri rumah muda dan pertubuhan berkaitan untuk bersama dibawah satu payung bagi memartabatkan dan meningkatkan nilai tambah dalam diri suri rumah di seluruh Malaysia.

Persatuan SRR mencorak aktiviti-aktivit mengikut tiga (3) teras iaitu Suri dan Diri, Suri dan Keluarga, Suri dan Masyarakat. Sepanjang pertubuhan, SRR banyak menjalankan aktivit secara fizikal dan atas talian. 

Visi & Misi Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia SRR

Visi

Wadah pilihan pemberdayaan suri rumah muda

Misi

1) Menerajui pemberdayaan suri rumah muda yang berkemahiran dan berketrampilan

2) Mengajak dan membimbing suri rumah muda untuk berperanan dalam masyarakat


4 Nilai Teras (Core Values) Yang Diamalkan Oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR)

1) Pemberdayaan

2) Komuniti

3) Sistem sokongan

4) ‘Go Green


Syarat Keahlian SRR

Persatuan SRR adalah NGO berdaftar di Malaysia, oleh itu ada beberapa syarat yang harus dipatuhi. Syarat untuk menjadi Ahli SRR ialah:-

1) Warganegara Malaysia

2) Umur minima 25 tahun - maksima 45 tahun

3) Tinggal di Malaysia

4) Melayu

5) Perempuan

6) Islam

7) Seorang suri rumah atau 

8) Berpengalaman sebagai suri rumah minima 3 tahun (jika telah kembali bekerja)


Aktiviti-Aktiviti SRR Tahun 2023

Saya kongsikan aktiviti yang telah dijalan oleh pihak SRR tahun ini. Untuk info penuh anda boleh lihat program mereka anjurkan di website rasmi Aktiviti SRR

Ada dua jenis program SRR iaitu khas buat ahli dan awam. Program awam ini boleh disertai oleh semua suri secara percuma atau berbayar, bergantung kepada program tersebut ya

aktiviti suri rumah rahmah 2023
Program khas untuk ahli SRR

aktiviti suri rumah rahmah 2023
Program yang dibawakan untuk semua suri / wanita

Nak Jadi Ahli SRR Ada Yuran Tak?

Ada. Disebabkan berada dalam kelompok ahli SRR, pihak SRR mengadakan pelbagai program anjuran mereka berbentuk motivasi, memperdaya diri, dan pelbagai aktiviti yang suri boleh sertai sama ada secara fizikal atau online. Maka, ada yuran yang disediakan sebagai NGO berdaftar ya. Ada dua jenis yuran iaitu tahunan (RM 7.00) dan seumur hidup (RM 15.00).

Murah sahaja sebenarnya kan dengan apa yang anda bakal miliki?

Cara Nak Daftar Sebagai Ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah

Berminat nak jadi ahli SRR sama seperti saya dan ramai lagi suri di Malaysia? Tahniah. Jomlah join, ada group support di Whatsapp tau. Tak aktif pun tak mengapa, mereka juga sediakan group support SRR melalui daerah / negeri. 

Cara untuk daftar ahli SRR sila klik link ini : Pendaftaran Ahli Suri Rumah Rahmah SRR


Apa Kata Suri Yang Telah Menyertai Ahli Persatuan Suri Rumah SRR

Saya dah pun kongsikan testimoni saya sendiri sebagai ahli SRR, saya nak jugalah kongsikan apa kata ahli suri yang lain kan. Sama-sama kita bersama dalam satu komuniti sihat sebagai pengurus rumah tangga masing-masing. Insya Allah

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia



Persidangan Suri Rumah Kebangsaan 2023 (KONSURI)


persidangan suri rumah malaysia



Terkejut tak? Pertama kali saya sendiri baru tahu suri-rumah juga ada konvensyen khas. Selama ini kita lihat ahli usahawan, para akademik sahaja yang ada konvensyen ni. Terakhir saya hadiri konvensyen semasa saya sambung master di UMP beberapa tahun lalu. Kini sebagai seorang wanita yang tidak bekerja malah menguruskan keluarga ada sebuah program seminar yang gah dan bakal menaikkan taraf martabat seorang wanita sebagai suri sekaligus menjadikan kesemua yang hadir ini sebagai wanita luar biasa. 

Eh, mestilah luar biasa. Anda bukan lagi semata-mata duduk dirumah, buat kerja melipat, membasuh, menyapu, mengasuh anak dengan sia-sia, tetapi anda menjadi seorang isteri dan ibu yang ada matlamat baru setelah menyertai Konvensyen Suri Rumah 2023 yang bakal berlangsung di UTM KL pada 28 Oktober 2023. Program ini merupakan program kali ketiga anjuran SRR dan merupakan salah satu aktiviti utama Persatuan Suri Rumah Rahmah.

Konvensyen Suri 2020

Konvensyen Suri 2018


Untuk info lanjut, saya nak ajak semua rakan suri untuk terus baca di website rasmi KONSURI.

Perkhidmatan Kaunseling SRR




Ya. Salah satu kelebihan yang terdapat di SRR ialah anda boleh mengambil satu sesi kaunseling secara percuma maksimum 45 minit, manakala sesi susulan seterusnya adalah berbayar sebanyak RM35 bagi satu sesi. Alhamdulillah, kini anda boleh ada sesi kaunseling dari kaunselor bertauliah yang memahami diri kita sebagai housewife. Barulah saling memahami gitu kan.

Info Rasmi NGO Persatuan Suri Rumah Malaysia (SRR)

Berminat nak berkenalan dengan NGO Persatuan Suri SRR dengan lebih dekat? Ikuti mereka melalui website dan akaun social media kay. Jangan lupa follow!

Website : https://www.surirumahrahmah.com/

Facebook Page : https://www.facebook.com/surirumahrahmah

Youtube Channel : https://www.youtube.com/@surirumahrahmah2461

Instagram : https://www.instagram.com/suri.rumah.rahmah/


Kesimpulan

Kita semua boleh memilih untuk menjadi sekadar surirumah atau menjadi suri rumah yang dapat memberi impak kepada rakan suri yang lain. Ianya bagus untuk diri kita kerana sifat seseorang yang berdaya saing ialah untuk sentiasa menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Setelah kita belajar tinggi-tinggi ya, atau tak tinggi mana tetapi ada kemahiran yang bagus apa salahnya jika kita kongsikan kepada orang ramai? Tak nak kongsi kepada seluruh dunia pun tidak mengapa, tetapi why not dengan wanita sama seperti kita?

Bukan sahaja menjadi ahli SRR ini membentuk peribadi sahsiah yang unggul, namun menjadikan kita insan yang lebih bersyukur, lebih menghargai status kita sebagai pengurus rumahtangga dan bangga to be a housewife!

Jika anda mencari di manakah platform untuk memajukan diri anda pada ketika ini, jawapan saya, marilah kita bersama-sama sertai Persatuan Suri-Rumah Rahmah hari ini. Insya Allah, anda akan dapat jawapannya. Jika tak dapat tak mengapa, duduk dulu, jika tak berkenan boleh je left kay. No worries, all positive minded here, full of love from suri to suri.


See you suri! Jika posting ini bermanfaat, sila kongsikan ya!

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Bagus inisiatif ini, surirumah harus Bijan ambil peluang dan ruang yang disediakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul.. bersyukur sangat2 dapat rakan support yg alami perkara sama, buat benda sama hari2, mmg bila sendirian kita akan cepat down. zaman skrg, suri rumah ni selalu dipandang rendah walaupun kita berpendidikan tinggi. mulala orang mengata. sebab tu kita kene bina dulu harga diri bahawa kita bukan suri rumah yang biasa-biasa.

      Padam
  2. tak valid lak nak join sbb jdi suri rumah 8 bulan je..ehehe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, bagus ada persatuan buat para suri rumah untuk motivate diri

    BalasPadam
  4. Emme pun ahli SRR ya. Sama dengan saya, saya SRR Bangi

    BalasPadam
  5. fuhhhhh menarik betul ni,baru tahu wujudnya benda macam ni....7 tahun dah jadi suri rumah,hanya kuatkan diri sendiri je...

    BalasPadam
  6. Woe, bagus ni..Untuk kesihatan mental para suri rumah! hehe..

    BalasPadam
  7. Tq atas info. Tak pernah tau ada persatuan ni. Bagus dikongsikan terutama untuk para suri rumah.

    BalasPadam
  8. Tq atas iinfo yang dikongsikan. Tak pernah tahu sebelum ini tentang persatuan ini. Sangat bagus disertai oleh para suri.

    BalasPadam
  9. bagus ada program yang macam ni. baru lah suri rumah berdaya saing.

    BalasPadam