Wanita, janganlah mudah meminta untuk dikasihani. Wanita yang kuat akan selalu bangkit ketika ada masalah dan tidak bersedih terlalu lama.
.
Meskipun kadangkala kita mengalami kerumitan dalam hidup yang membuat kita down, namun jika kita berfikir dengan jauh, sebenarnya hidup ini terlalu singkat untuk dibuat rumit. Ada perkara di mana, kita harus berfikir sejenak.
.
Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah-olah terlepas hilang. Ada sahaja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.
.
Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri. Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.
.
Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan lenangan air mata.
.
Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa? Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.
.
Apabila kita merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
.
Don’t waste your time.
Masih ada kesempatan jangan terlalu dibuai oleh perasaan. Berhentilah mengeluh dan bangkitlah!
@muslimahcircle 🌻
Menulis di BLOG adakalanya remeh bagi seseorang yang tidak mengerti keperluan penulisan berunsurkan ilmu. Namun tahukah anda? Dengan menulis perkara yang betul dan memberi manfaat,
ini adalah perkara yang Allah SWT sukai.
Selamat tahun baru, betul tu, wanita ni jgn cepat minta simpati, jgn mudah tunjukkan diri ni lemah ... be strong all ladies.
BalasPadam